Halaman

Sunday 8 February 2009

Kisah Berebut Kuasa (Menang sorak negeri tergadai)

















Almaklumlah dinegeri hamba yang porak puranda dengan adanya 2 menteri besar.Kedua-duanya Melayu campuran.Seorang dari keturunan cina dan seorang lagi keturunan India.Bila mereka berbahasa Melayu,beragama islam dan mengamalkan budaya Melayu ,melayulah mereka.Itu adalah peruntukan undang-undang.tambahan pula keturunan mereka ada salah seorangnya sama ada dari sebelah datuk atau sebelah ibu ayah mereka ada Melayu.Itu namanya Melayu kacukan.Itu ikut sejarah bangsa Melayu di Malaysia. Hamba melihat ini kerana hamba merenung pada rupa bentuk muka kedua-dua Menteri besar yang berebut kuasa itu.

Almaklum cerita mereka ini seorang dah di lantik dan disuruh berhenti jadi menteri besar dan yang sorang lagi baru dilantik.Kalau ikut perkiraan mudah hamba,yang dilantik jika di suruh berhenti kenalah berhenti.Kalau tak mahu itu namanya gila kuasa,Sebab yang melantiknya adalah ketua negeri.Itu perkiraan mudah.Tapi yang tak mau berhenti apa pasal hamba pun tak reti .Ikut undang-undanglah,itulah,inilah itu semua tak pakai bagi hamba,undang-undang itu boleh dipinda-pinda, dan mereka jugalah memindanya.Contoh hal tanah yang dipajak 30-60 tahun boleh dipinda kepada 99 tahun.Apa lah bezanya kalau sultan suruh berhenti kemudian ganti orang lain. Lebih kurang samalah.


Kalau dia kata dia dilantik oleh rakyat .ahaa itu retorik politik saja.Cakap dengan orang kampung boleh tapi kalau cakap dengan orang politik kenyatan itu salah.Rakyat lantik jadi wakil mereka menjadi ADUN bukan rakyat lantik jadi menteri besar.Menteri besar dilantik oleh sultan perak.Itu pun tak boleh fikir Ke. Apalah si gila kuasa.Hamba bukanlah nak menyokong mana-mana pihak kalau dah kerusi sama banyak sultan berhak lantik siapa yang sultan mahu jangan buat kecohlah di negeri hamba tu.

Hamba terbang ke negeri lain nak cari rezeki dahlah tempat hamba tak banyak peluang hamba pun larilah.Tapi kalau macam ini politik Melayu di negeri hamba sampai bilapun negeri tak maju.Orang lain sibuk mengaut keuntungan di Negeri Melayu ,penjaga negeri sebuk berbalah hendakkan kuasa.

Kalau di ulas angka kerusi politik pakatan rakyat di perak orang PAS tak boleh dilantik menjadi Menteri besar pada mulanya kerana DAP lagi mendominasi kerusi.Hamba setuju kalau orang DAP jadi MB tapi sultan tak mahu maka di lantiklah si Orang PAS.Oklah sebab peruntukan dah kata untuk orang melayu.Jadi kalau sultan lantik orang Melayu dari orang UMNO jadi salah pulak.Itu gila kuasa namanya.Kalau nak diikutkan orang DAP lagi marahkan pada sultan tapi mereka takut nak bersuara maka mereka gunakan kebodohan orang Melayu.

Bab demontrasi ni ada baik buruknya.Baik bagi orang melayu.Biar mereka berlatih menjadi demontrasi jalanan,sebab pada masa akan datang mungkin penjajah baru datang menjajah negeri hamba tu.Haa masa tu demontrasi jalanan jadi halal,baru lah sedar si Melayu bahawa mereka dah tak ada KUASA....Wahai Melayu fikir-fikirkanlah.Ada mata lihat,ada telinga dengar,ada mulut berkatalah dan ada otak fikir-fikirlah sendiri.

No comments: