Halaman

Wednesday 30 December 2009

Apa nak jadi pemimpin kita

KOTA BHARU: Suasana tegang menyelubungi perkarangan rumah isteri kedua bekas Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Dr Rosli Allani Abd Kadir, 35, di Kampung Telipot di sini, semalam, apabila dikepung sekumpulan lelaki yang tidak berpuas hati dengan tindakan pasangan terbabit yang didakwa enggan mematuhi perintah mahkamah syariah mengarahkan mereka dimufarakah (dipisahkan) sehingga perbicaraan kes mereka selesai.

Apa nak jadi kepada pemimpin kita hari ni. Tok guru nak pilih pemimpin yang berakhlak tapi dapat yang buat kerja salah.Tak berakhlak lah tu.Macam mana ya kalau nak cari pemimpin yang berakhlak 100% baik.Wahai pembaca sekalian kalau nak cari pemimpin carilah cara bijak pandai dalam cerita Musang berjanggut arahan P ramlee.Watak bijak pandai yang di lakunkan oleh saadiah amat menarik dan patut di contohi.Kalau kita ikut cara tu mungkin dapatlah pemimpin yang baik dan luhur untuk rakyat jelata.Waalahualam.

Tuesday 22 December 2009

Harapkan pagar Pagar Makan padi

Sabtu lalu Berita Harian mendedahkan kehilangan enjin jenis GE J85-21A pesawat tempur F-5E milik TUDM yang dipercayai antara skandal penyelewengan terbesar dalam sejarah TUDM. Maklumat risikan mengesahkan enjin itu dijual ke sebuah negara di Asia Barat.

Rakyat Malaysia mengharapkan pasukan yang bertanggungjawab menjaga harta benda negara namun hakikatnya harapkan pagar ,pagar yang makan padi harapkan pasukan keselamatan negara mengawal keamanan negara mereka pula yang membuat onar dalam negara hapuskanlah mereka itu.Telunjuk saja lurus tapi kelingking berkait.Kalau hamba dapat mereka akan hamba sembelih hidup-hidup kerana mereka negara kita jadi kelam kabut.Dah lah harapkan wakil rakyat menjaga kita mereka pun tak menjaga seberapa.Yang tahu kuasa dan jawatan saja.Peeeegilah.Jual maruah kamu itu ke pada mafia-mafia yang ada.Jangan persalahkan hamba jika hamba tidak menghormati kamu semua.Dan jangan salahkan rakyat jika kuasa beralih kepada tangan orang lain .
Selamat mengubah persepsi hamba dan rakyat jelata.

Monday 14 December 2009

Ngapa ANWAR Gelabah


KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa Biro Tata Negara (BTN) telah menayangkan di Internet beberapa rakaman ucapannya pada sesi BTN.Katanya BTN harus bertanggungjawab dan tidak harus memilih dalam menyiarkan ucapan tersebut.BTN juga harus menyiarkan ucapan pemimpin Umno yang lain pada sesi BTN tersebut, katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
"Saya akan mempertahankan kedudukan saya," katanya dan menjelaskan ucapan itu dibuat ketika beliau di dalam Umno.
"Dulu Lain Sekarang Lain" slogan orang yang takut dengan bayangannya sendiri.Luu fikirlah sendiri...Kalau dah berani menikam mengapa pula takut untuk mencabut keris yang terbenam.

Saturday 12 December 2009

Bendera Malaysia Dibakar Oleh Indon


Apakah perasaan saudara apabila melihat bendera negara saudara di bakar ? Tergamam saya hendak menjawapnya apabila sebuah rancangan televisyen Indonesia menayangkan bendera Malaysia di bakar oleh rakyatnya.Ketika itu kami sama-sama menonton rancangan televisyen negara mereka.Slogan yang di tulis pada bendera itu begitu menghina negara kita yang tercinta iaitu" MALINGSIA'. Lalu bendera itu di bakar dan di arak beramai-ramai.
Pengalaman ini saya dapat semasa saya berkunjung ke Bumi Minangkabau.Terdiam seketika saya memikirkan apakah jawapan yang harus saya perkatakan.Saya terfikir bahawa ada isu yang mereka tidak puas hati kepada kita.
Wahai warga negara Malaysia mereka secara amnya tidak puas hati dengan cara kita mempromosikan budaya kita,layanan sesetengah orang kepada pembantu rumah dan lain-lain lagi.Itulah sebabnya mereka memandang serong terhadap kita Malaysia ini.

Malaysia atau Indonesia


Itulah Gunung Merapi yang terletak di Tanah Minangkabau Daerah Sumatera Barat yang bergelora dengan lahar panas yang akan menenggelamkan penduduk disekitarnya.Tiada siapa yang dapat meneka bila gunung tersebut akan meletus.Berbanding dengan tanah Malaysia yang tercinta yang kita boleh teroka dan menambah rezeki di atasnya tanpa gangguan sesiapa.

Wahai warga negara Indon ketahuilah kamu bahawa negara ini aman dan makmur sumber mencari rezeki kepada kamu yang rajin.Tetapi ada di kalangan kamu yang tidak pernah memijak bumi Malaysia berperasaan serong terhadap warga kami lalu maruah negara kami di cerca dan di bakar. Apakah perkataan 'MALINGSIA' dapat merapatkan hubungan Malaysia dan Indonesia ? Ketahuilah kamu Malaysia adalah bumi BERTUAH.

Friday 27 November 2009

Selamat Menyambut Aidil Adha



Selamat Hari Raya Aidil Adha Kepada Semua Pembaca

Saturday 21 November 2009

SPRM dan Kebebasan

Malaysia negara tunggal amal soal saksi waktu pejabat
KUALA LUMPUR 20 Nov. - Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan peraturan tidak menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat.
Seorang bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), Abdul Razak Idris berkata, peraturan itu juga menggambarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seolah-olah tidak mempunyai kuasa selepas waktu pejabat.
Beliau berpendapat, keterangan saksi adalah satu perkara penting dalam mengheret seseorang pesalah itu ke mahkamah.
"Jika tempoh merekod keterangan saksi itu dihadkan, siasatan sesuatu kes itu bukan saja akan memakan masa yang panjang malah saksi juga berpeluang menghapuskan keterangan atau bukti.
"Lebih buruk lagi, saksi yang disiasat itu berpotensi melarikan diri semasa penangguhan (selepas waktu pejabat)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mahkamah Tinggi semalam memutuskan supaya SPRM tidak boleh lagi menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat seperti yang diamalkan sebelum ini.
Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Mohamad Ariff Md. Yusof dalam penghakiman bersejarah itu berkata, tindakan menahan seorang saksi untuk disoal siasat menjangkaui waktu pejabat adalah satu penahanan secara salah di sisi undang-undang.
Pada hemat beliau, peruntukan menyoal siasat saksi 'sehari-ke-sehari' seperti tertera dalam Seksyen 30(3)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 tidak bermakna SPRM boleh melakukannya secara berterusan selama 24 jam.
Bagaimanapun, Abdul Razak berkata, beliau menghormati dan akur dengan keputusan yang diambil mahkamah.
Pada masa yang sama, beliau berharap mahkamah akan menimbangkan rayuan Peguam Kanan Persekutuan, Noorin Badaruddin yang mewakili pihak responden berhubung keputusan tersebut.
"Setahu saya, Malaysia adalah negara pertama di dunia yang mengadakan sekatan sebegini kepada badan pencegah rasuah," katanya.
Tambah beliau, kesediaan suruhanjaya itu untuk berkerja tanpa mengira waktu untuk memerangi jenayah rasuah sepatutnya dihargai dan bukan sebaliknya.
"Sekiranya operasi dilakukan pada waktu malam, apakah ini bermakna suruhanjaya itu tidak boleh merakam keterangan saksi walaupun dalam keadaan terdesak," soal beliau.
Sementara itu, seorang lagi bekas Pengarah Siasatan BPR, C. Thavarajah berkata, SPRM mungkin akan gagal untuk mencapai objektif utamanya jika dilarang mengambil keterangan saksi di luar waktu pejabat.
Menjelaskannya, beliau berkata, sepanjang perkhidmatannya dengan agensi pencegahan rasuah itu tidak pernah terdengar mengenai sekatan seumpama itu.
"Kalau saya dalam situasi sebegini, mungkin saya perlu berfikir beberapa kali untuk terus berkhidmat dalam badan penguatkuasa ini kerana sekatan itu boleh mengakibatkan reputasi siasatan terganggu," tambah beliau.
Tambah Thavarajah, beliau tidak dapat bayangkan bagaimana pegawai penyiasat dapat menjalankan tugas hanya dalam tempoh waktu yang ditetapkan.
Bagaimanapun, beliau menerima serta menghormati keputusan yang diputuskan oleh mahkamah.
Dalam pada itu, SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata, suruhanjaya itu akur dengan keputusan mahkamah.
Kata kenyataan itu, SPRM akan mengeluarkan satu garis panduan berhubung perkara itu untuk diedarkan kepada semua pejabat SPRM di seluruh negara dalam masa terdekat.
Ini Komen saya (SERINDIK KESUMBA)
Kalau dilihat secara umumnya tiada kebebasan kepada SPRM. Maknanya SPRM tak boleh siasat pesalah sewenang-wenangnya.Kalau begitu tak payah SPRM lah pegi bagi polis saja siasat.

Wednesday 7 October 2009

Pilihan raya Vs Hari raya

DUA istilah yang dipaparkan di atas menjadi topik perbincang hamba pada kali ini iaitu PILIHAN RAYA Vs HARI RAYA. Dua istilah ini memang sedap di sebut namun apa yang tersirat dan tersurat kamus minda kita mempunyai makna tersendiri.

Bagi hamba PILIHAN RAYA adalah satu pentas politik yang memaparkan retorik seseorang pemimpin dalam menghuraikan perjuangan parti yang di dokong olehnya.Fenomena pilihan raya ini memaparkan dua puak besar iaitu pemerintah dan pembangkang.Kedua-dua puak ini mempunyai peranan penting dalam masyarakat dan saling mempengaruhi antara satu sama lain untuk mencari sokongan bagi memenangi pertandingan.Ada kalanya fenomena persembahan pilihan raya di sertai oleh lebih daripada dua golongan maka timbul istilah pertandingan tiga atau lebih penjuru.

Dalam pilihanraya perjuangan yang didokong adalah perjuangan nafsu kerana mereka tidak memikirkan pertandingan tersebut adalah perjuangan khalifah ALLAH.Jika mereka berfikir perjuangan ini ada kaitan dengan perjuangan Khalifah ALLah mungkin mereka tidak memburukkan sesama sendiri tapi apa yang dilihat,didengar dan dipertontonkan oleh para pejuang politik tanah air seolah-olah perjuangan mereka adalah pejuang yang suci untuk berbakti kerana ALLAH.Jika pembuka bicaranya berlandaskan amalan syaitan bagaimana pula untuk mentadbir rakyat jelata dengan hukum ALLAH.Begitu juga pejuang politik nasionalisma.Kalau pembuka bicaranya berdasarkan pemikiran logik akal ,bagaimana pula untuk mentadbir dalam bentuk perlembagaan.Itulah pilihan raya.

Hari raya pula ialah satu perayaan yang disambut untuk meraikan kejayaan setelah manusia berjaya melawan nafsu shahwatnya sepanjang sebulan dalam bulan RAMADHAN.Di samping itu dapat melatih diri daripada berlebih-lebihan.Namun demikian perjuangan semasa hari raya terbahagi kepada perjuangan nafsu dan perjuangan kemewahan.Siapa yang mewah akan berbelanja hinggalah selesai sebulan berhari raya sedangkan ALLAH hanya suruh bertakbir dari terbenam matahari hingga selesai sembahyang hari raya.Al kalam segelintir rakyat bertakbir perutnya hinggalah selama-lamanya.Apakah ini berhari raya?.

Nasihat hamba berpilihan rayalah kamu sekadarnya supaya rakyat tidak merasa jemu dan berhari rayalah kamu sekadar yang termampu.Sunat Shawal 6 hari harus dilakukan untuk penampungan ramadhan yang tercalar.Sekian

Thursday 24 September 2009

Selamat Hari Raya Untuk Pembaca




Inilah Tanda-tanda Hari Raya di Persekitaran Hamba Kerana semuanya lari entah kemana.


Selamat Hari Raya Hamba Ucapkan Kepada kalian Pembaca Blog Yang budiman.Maaf di pohon moga kita mendapat keredhaan Allah S.W.T di bulan -bulan yang mendatang.Khususnya sepanjang kehidupan kita di alam ini.Semoga Allah memberi rahmatNya supaya kita tidak melakukan apa-apa kesalahan yang boleh mendatangkan kemarahan orang lain kepada kita.Moga juga Allah memberi RahmatNya kepada kita kurnia rezeki ,kebaikan dan keredhaan sepanjang kita hidup .Amin.









Selamat Hari Raya Untuk Pembaca

Saturday 29 August 2009

UMNO,PKR,PAS dan MELAYU

UMNO.PKR.PAS.MELAYU.Empat kata yang semua tahu tak kira orang Cina,India atau Semua bangsa di Negara Malaysia ini. Malah seluruh pelusuk rantau negara ini tahu apakh empat kata tersebut.
Adakah kalian tahu apakah makna empat kata di atas ? Fikirlah Sendiri.
Jawapan saya.
UMNO pasti di kaitkan dengan parti utama pemerintahan negara yang mempertahankan agenda MELAYU.
PKR pasti dikaitkan dengan ANWAR IBRAHIM ketua pembakang MELAYU yang lantang menghentam MELAYU.
PAS pasti dikaitkan dengan parti ISLAM yang pengikutnya adalah MELAYU.
MELAYU adalah perkataan yang diperbodoh-bodohkan oleh orang MELAYU ,CINA,INDIA dan lain-lain lagi.
Tadi satu peristiwa yang menyentuh perasaan Melayu serindik kerana orang Melayu mengheret kepala lembu.Orang INDIA sudah kata orang Melayu Seksyen 22 Shah Alam menghina agama mereka.Orang Melayu kata kami bukan hina kamu punya tuhan kami nak bagi tahu lambang kebodohan pemimpin MELAYU di Selangor.Melayu juga yang salah.Pemimpin PKR Selangor Kata ini kerja orang UMNO. Melayu kena lagi.Orang PAS ikut kerana terpedaya dengan hasutan UMNO.Melayu kena lagi.UMNO kata sila siasat.Melayu kena lagi.Samy velu kata padan Muka MELAYU.
Kesimpulan cerita di atas ialah MELAYU yang salah.Orang India yang ceroboh kawasan Melayu nak dirikan kuil tak salah.Mereka kata itu hak mereka.Mana HAK MELAYU?
Wahai pemimpin-pemimpin MELAYU kamu semua kena berfikirlah dengan waras jangan kerja ikut buku saja kerana pertimbangan dan perbincangan adalah perkara yang mesti diutamakan.Memang kamu ada kuasa tapi adakah kuasa itu boleh digunakan sewenang-wenangnya.
Wahai pembaca yang budiman sila komen cerita yang hamba karangkan ini.

Wednesday 5 August 2009

Penjenayah Selangor


Samseng dan Parang

Ronnie Liu dari DAP dikatakan sebagai samseng dikalangan ADUN yang bertugas dalam kerajaan pakatan di selangor.Hai ...baru dapat jadi wakil rakyat dah banyak isu timbul.Dulu kata samseng,lepas tu surah letak jawatan kerana membenarkan arak bertebaran di selangor. Baru sehari dua dapat kuasa semua nak diubah .Macam kuasa itu bapak dia yang punya.Ni petanda yang kita sebagai rakyat harus mengambil ikhtibar. Adakah pemimpim sebegini yang harus di sokong.Kalau ini yang di amalkan oleh menteri besar selangor akan berada dalam kegelapan.Kalau samseng dipilih menjadi ketua mestilah pengikut nya juga samseng..




Hai Ronie Liu berundurlah kamu sebelum kamu di cantas oleh samseng-samseng yang menjadi pengikut kamu tu...Hai rakyat selangor kalau dah samseng yang memimpin kamu sebelum kamu di cantas kepala cantaslah kepala si Ronie LIu tu.. Luuuu Fikirkanlah Sendiri.. Haa kalau semua rakyat hendak kenal siapa Ronie Liu lihatlah puas-puas gambar di atas.

Friday 17 April 2009

PKR dan Pilihan Raya

Terpanggil semula hamba hendak mengulas arena politik tanah air setelah lama terduduk memikirkan kesudahan politik masa kini.Apa dah jadi dengan UMNO dan orang Melayu secara umumnya. Bilakah berakhirnya tumpuan Melayu terhadap party terbesar ini hamba pun tertanya-tanya.Tatkala Najib membawa perubahan apakah yang akan berubah atau membawa luka semakin parah.
Selepas Bukit gantang,Bukit Selambau dan Batang Ai kini pati politik akan bertarung lagi di DUN Penanti.Apa harus dinantikan lagi wahai pengundi disana.
Nampaknya ada golongan ahli politik yang sengaja mempermainkan prinsip demokrasi ini seolah-olah mereka sengaja hendak menguji kemampuan parti untuk bertarung dalam pilihan raya.Kalau ini yang berlaku orang politik ini hanyalah untuk mencari populariti sahaja bukan untuk melaksanakan tugasa yang di amanahkan kepada mereka.Benar kata sesetengah pendapat mengatakan bahawa pilihan raya ini hanya akan membazirkan masa,dan wang ringgit.Tapi orang politik tidak peduli itu semua janji mereka puas apa yang di impikan.
Wahai rakyat pengundi apakah kita tertipu dengan retorik politik mereka atau kita harus menipu diri sendiri dengan percaya tentang omong kosong yang mereka reka untuk pengundi.
Sejurus itu nampaknya kempen di DUN penanti akan menampak satu lagi pertarungan antara dua party yang diketuai oleh Melayu.Kalau PKR dengan ANWAR dan UMNO pula dengan NAJIB. Kita lihatlah kekuatan antara dua tokoh politik ini.ANWAR dengan emosi membalas dendam kesumatnya terhdap party yang pernah di dokongnya dan NAJIB yang menghakiskan imej buruk parti yang dari dulu diwarnai oleh ayahdanya.Oleh kerana ahli umno yang tidak bertanggung jawap itu telah memudarkan warna itu terpaksalah NAJIB membasuh dan mewarnainya semula supaya nampak keseriannya semula.
Wahai ANWAR kalau pilihan raya menjadi pengukur dan medan untuk mencari publisiti janganlah disalahgunakan demokrasi ini letakkan kejujuran kamu untuk membela rakyat.Dimana janji kamu yang di momokkan sampai hari ini rakyat menjadi keliru adakah benar apa yang diperkata oleh kepetahan kamu (ANWAR) apabila berbicara.SEnaraikan perubahan yang telah kamu lakukan dalam negara kerana telah duduk dalam PARLIMEN bukan menyenaraikan retorik dan penipuan politik dalam kepetahan berhujah dikhalayak ramai.
Mungkin ramai anak-anak muda yang menjadikan ANwar sebagai idola politik mereka seperti saya semasa remaja.Tapi fikiran remaja sehinggalah peringkat layak mengundi kematangan berfikiran belum menjamin masa depan dalam sesebuah negara.Banyak pengalaman dan peristiwa yang harus mereka nilai untuk mencapai kejayaan pada masa depan.Kalau kamu Jujur dengan retorik politik ini bawalah anak-anak muda Melayu khususnya dan anak- anak muda Malaysia tanpa mengira bangsa dan keturunan kearah satu wawasan yang boleh dibanggakan.Gunakan kepetahan kamu berbicara di parlimen bukan kepetahan berbicara dalam siri pilihanraya yang penuh dengan retorik politik angin.(berlalu tanpa meninggalkan apa-apa kesan kecuali melintukkan dedaun pokok sahaja.
Bagi pemilih di DUN penanti kamu adalah orang yang bertuah kerana boleh membuat pilihan lebih daripada sekali tetapi adakah pilihan kamu tepat kepada orang yang dapat membangunkan minda, jasmani dan rohani kamu.Luuuu fikir-fikirkanlahhhhh.

Monday 23 March 2009

Klentong Si Pemutar PKR

Inilah satu lagi cerita kelakar yang di bawa oleh agen politik PKR.Kalau diulas oleh kawan-kawan serindik yang pro PKR alasan si pemutar ini mereka kata munasabah iaitu nak sambung belajar program Pasca Ijazah.Tapi bagi serindik taklah sebodoh itu nak cepat percaya bahawa si klentong ini nak sambung belajar sampai nak letak jawatan.Luuu fikirlah sendiri.
Kalau tak ada batu jatuh ke air tenang manakan berkocak air tersebut.Kalau tak ada yang tak sependapat manakan senang nak letak jawatan.Serindik dah ulas pun sikap melayu, kalau merajuk nak letak jawatan sebagai alasan untuk menarik simpati.Porahlah pegi jauh-jauhlah wahai melayu yang suka merajuk.Kuatkan semangat kalau benar-benar hendak membela bangsa ,tanah air dan agama.Kalau cepat merajuk jangan mengaku melayu.
Pada firasat serindik kes ni kes tak sependapat dengan boss.Itu saja sebabnya.Kalau Si DAP tu dapat kuasa jangan haraplah nak terima pendapat ahli politik segera seperti kau tu.Baru setahun jagung dah nak tunjuk teror manalah orang nak hormat.Bukannya hebat sangat PKR yang kau sanjung tu.Kalau Sultan pun Si DAP boleh pertikaikan inikan pula PKR atau hang yang tak punya wibawa.Inikan pula hendak bersama.Mana ada sejarah Cina mahu berkongsi kuasa kalau mereka berada di atas.
Cadangan serindik kalau YB Fairus mahu sambung belajar,belajarlah tentang sejarah politik bangsa China moga petunjuk dan pengetahuan tentang rakan kongsi kamu itu terserlah.Tapi ingat jangan menipu kaum kamu yang darahnya mengalir seperti darah YB itu. salammmm.

Cerita Politik PKR


Inilah cerita timbalan Lim Eng Guan.Mohammad Fairus Khairuddin kalau tak silap.Dah dapat kuasa dan duduk menjadi timbalan ketua menteri P.Pinang alih-alih nak letak jawatan.Apakah cerita sebenarnya yang berlaku kepada YB.Jangan nak tipu pengundi atau penyokong PKR bahawa nak tumpukan Program Pasca Ijazah kononnya.Nak klentong budak darjah 6 bolehlah tapi kalau nak klentong bapak budak yang berumur 21 tahun ke atas dan dah layak mengundi usah le.Alasan hang tu tak kuatlah.Carilah alasan lain bagi orang lebih percaya barulah jadi retorik politik PKR yang kau sanjungkan tu.

Saturday 28 February 2009

Allahhu akhbar,allahhuakhbar


Maha suci Allah.Itulah zikir serindik terhadap isu sekarang ini.Dimana pejuang agama Islam agama rasmi dalam negara kita.Isu ini adalah isu yang paling tinggi rangkingnya daripada isu-isu lain.Kalau kita umat Melayu yang beragama islam tidak menghiraukan isu ini maka anak cucu kita akan lebih ramai lagilah yang akan menukarkan agama mereka kepada agama kristian.
Nama Allah akan di tulis dalam cetakan untuk penganut kristian itulah isunya.Bagi serindik inilah cara para kristian itu hendak mempengaruhi umat Melayu Islam di Malaysia ini.Inilah perancangan strategik yang mereka plankan sejak lama dahulu.Wahai pemimpin dan orang yang berkuasa di bidang ini mengapakah persoalan ini boleh berlaku.Tidakkah kamu tahu bahawa perancangan yang direka khas ini akan memusnahkan Agama Kamu yang kita jaga ini.
Dalam keadaan sekarang inipun ramai anak-anak melayu islam yang terpesong akidahnya inikan bila ada satu lagi elemen yang berlaku ini seolah-olah ada perancangan jahat yang sedang di atur.
Teringat serindik pada zaman lepas sekolah dahulu.Serindik ni agak suka menyimpan buku-buku dan adalah satu buku yang bersaiz kecil sebesar kamus yang sering dibawa oleh murid sekolah darjah 3 dan 4.Entah darimana buku itu serindik dapat tidak pasti.Yang pasti bukan serindik yang beli atau dapat Free.Persoalannya daerah serindik yang jauh di pedalaman dapat sebuah buku yang cantik dan dicetak dalam bahasa Melayu.Bahasanya baik dan tersusun rapi mirip kepada buku agama islam.Tetapi bila di baca nyatalah buku tersebut buku cetakan untuk penganut agama kristian.
Subhanallah,syukur serindik dapat membezakan yang hak dan yang batil.Maka serindik ambil keputusan membakar buku tersebut.Ini adalah pengalaman serindik yang benar dan seolah-olah isu PENCETAKAN NAMA ALLAH ini sudah terancang rapi .Cuma kita saja tak tahu atau buat-buat tak tahu.
Sekarang...., wahai umat Melayu Islam UMNO,PAS,KEADILAN,PARA PEGUAM ,PARA HAKIM YANG BIJAKSANA (orang-orang yang bertanggungjawab dalam persoalan ini)atau sesiapa saja yang mendengar berita ini apakah perasaan kamu.Kalau dengar isu cereka politik bolehlah kita tersenyum lagi kerana itu semua untuk kepentingan peribadi yang berpaksikan kuasa tetapi apakah kuasa ini tidah dapat menghalang perancangan jahat pengembang agama islam di rantau nusantara khususnya DI NEGARA MALAYSIA.Allahhuakhbar..................

Friday 27 February 2009

Kuasa Dan Mereka



Ahli Parlimen Puchong












Adun Bukit Selambar




Pengerusi DAP Kebangsaan










Speaker Kerajaan Perak





Bila tak diberi kuasa merekalah orang yang mengatakan begitu begini ,belit sana belit sini tetapi dah dapat kuasa pun masih melakukan perkara yang sama belit itu belit ini.Sekarang memang sesuailah perbidalan mengatakan bila jumpa ular berbisa dengan orang ini,libaslah orang ini dulu sebelum melibas ular yang berbisa. Kerana orang ini bisanya boleh mendatangkan kemusnahan kepada negara.
Tengok sendirilah apadah jadi isu yang dibawa oleh empat orang politik ini.Bukannya nak jaga kepentingan rakyat dibawah naungannya tetapi asyik nak buat kecoh di Parlimen dan dimana saja ada isu.Kepentingan politik peribadi menjadi agenda.
Libas,libas,libaslah orang ini demi kepentingan keamanan negara.


Tuesday 17 February 2009

Moral atau akhlak

Ahaaaaaaa. Ada satu lagi isu yang menarik dapat diulas oleh serindik kali ini.Isu yang tengah hangat dan dah sejuk untuk diperkatakan.Ramai orang politik ketawa dengar cerita ini dan tak kurang juga yang meluat.Seolah-olah isu ini dicipta-cipta .Cipta tak cipta sebenarnya inilah asam garam orang politik. Yang tak ada diada-adakan,yang ada di sorok-sorokkan.

Hal yang demikian inilah yang menjadikan politik murahan berlanjutan untuk mengisi sketsa politik tanah air.

Untuk dikaitkan dengan tajuk cerita serindik ini ialah isu Moral Elizebert Wong wakil rakyat Bukit Lanjan dan isu Akhlak seorang ahli politik bernama Anwar Ibrahim.Orang BN boleh tersenyum bila dengar hal perletakan jawatan wakil rakyat ini.Orang Pakatan Rakyat gelabah mempertahankan isu ini.

Hai Anwar yang YB pertahankan sangat isu itu menyebabkan timbul satu isu pula.Ahaaaaa kalau isu bogel pun nak dipertahankan isu LIWAT macam mana.Hang pikirrrrrrrrrrlah.

Isu ini jika dikaitkan dengan hang memang sahlah hang suka hal-hal sedemikian.Hang pun boleh buat bogel ikut suka hati dan bolehlah liwat ikut suka hati.Haaaa apa nak jawap.Inilah sketsa politik yang tak ada di ada-adakan yang dah ada di sorok-sorokkan dan di nafikan.

Wahai Elizebert letaklah jawatan semoga semua orang puas hati.Individu yang sebarkan gambar tu ada sebabnya.Salah atu sebanya untuk YB letakkan jawatan dan bolehlah SPR buat pilihanraya baru dan ujilah kekuatan parti ,siapa yang kuat.


Begitulah cerita dan ulasan serindik kali ini.

Sunday 8 February 2009

Kisah Berebut Kuasa (Menang sorak negeri tergadai)

















Almaklumlah dinegeri hamba yang porak puranda dengan adanya 2 menteri besar.Kedua-duanya Melayu campuran.Seorang dari keturunan cina dan seorang lagi keturunan India.Bila mereka berbahasa Melayu,beragama islam dan mengamalkan budaya Melayu ,melayulah mereka.Itu adalah peruntukan undang-undang.tambahan pula keturunan mereka ada salah seorangnya sama ada dari sebelah datuk atau sebelah ibu ayah mereka ada Melayu.Itu namanya Melayu kacukan.Itu ikut sejarah bangsa Melayu di Malaysia. Hamba melihat ini kerana hamba merenung pada rupa bentuk muka kedua-dua Menteri besar yang berebut kuasa itu.

Almaklum cerita mereka ini seorang dah di lantik dan disuruh berhenti jadi menteri besar dan yang sorang lagi baru dilantik.Kalau ikut perkiraan mudah hamba,yang dilantik jika di suruh berhenti kenalah berhenti.Kalau tak mahu itu namanya gila kuasa,Sebab yang melantiknya adalah ketua negeri.Itu perkiraan mudah.Tapi yang tak mau berhenti apa pasal hamba pun tak reti .Ikut undang-undanglah,itulah,inilah itu semua tak pakai bagi hamba,undang-undang itu boleh dipinda-pinda, dan mereka jugalah memindanya.Contoh hal tanah yang dipajak 30-60 tahun boleh dipinda kepada 99 tahun.Apa lah bezanya kalau sultan suruh berhenti kemudian ganti orang lain. Lebih kurang samalah.


Kalau dia kata dia dilantik oleh rakyat .ahaa itu retorik politik saja.Cakap dengan orang kampung boleh tapi kalau cakap dengan orang politik kenyatan itu salah.Rakyat lantik jadi wakil mereka menjadi ADUN bukan rakyat lantik jadi menteri besar.Menteri besar dilantik oleh sultan perak.Itu pun tak boleh fikir Ke. Apalah si gila kuasa.Hamba bukanlah nak menyokong mana-mana pihak kalau dah kerusi sama banyak sultan berhak lantik siapa yang sultan mahu jangan buat kecohlah di negeri hamba tu.

Hamba terbang ke negeri lain nak cari rezeki dahlah tempat hamba tak banyak peluang hamba pun larilah.Tapi kalau macam ini politik Melayu di negeri hamba sampai bilapun negeri tak maju.Orang lain sibuk mengaut keuntungan di Negeri Melayu ,penjaga negeri sebuk berbalah hendakkan kuasa.

Kalau di ulas angka kerusi politik pakatan rakyat di perak orang PAS tak boleh dilantik menjadi Menteri besar pada mulanya kerana DAP lagi mendominasi kerusi.Hamba setuju kalau orang DAP jadi MB tapi sultan tak mahu maka di lantiklah si Orang PAS.Oklah sebab peruntukan dah kata untuk orang melayu.Jadi kalau sultan lantik orang Melayu dari orang UMNO jadi salah pulak.Itu gila kuasa namanya.Kalau nak diikutkan orang DAP lagi marahkan pada sultan tapi mereka takut nak bersuara maka mereka gunakan kebodohan orang Melayu.

Bab demontrasi ni ada baik buruknya.Baik bagi orang melayu.Biar mereka berlatih menjadi demontrasi jalanan,sebab pada masa akan datang mungkin penjajah baru datang menjajah negeri hamba tu.Haa masa tu demontrasi jalanan jadi halal,baru lah sedar si Melayu bahawa mereka dah tak ada KUASA....Wahai Melayu fikir-fikirkanlah.Ada mata lihat,ada telinga dengar,ada mulut berkatalah dan ada otak fikir-fikirlah sendiri.