Halaman

Friday 17 April 2009

PKR dan Pilihan Raya

Terpanggil semula hamba hendak mengulas arena politik tanah air setelah lama terduduk memikirkan kesudahan politik masa kini.Apa dah jadi dengan UMNO dan orang Melayu secara umumnya. Bilakah berakhirnya tumpuan Melayu terhadap party terbesar ini hamba pun tertanya-tanya.Tatkala Najib membawa perubahan apakah yang akan berubah atau membawa luka semakin parah.
Selepas Bukit gantang,Bukit Selambau dan Batang Ai kini pati politik akan bertarung lagi di DUN Penanti.Apa harus dinantikan lagi wahai pengundi disana.
Nampaknya ada golongan ahli politik yang sengaja mempermainkan prinsip demokrasi ini seolah-olah mereka sengaja hendak menguji kemampuan parti untuk bertarung dalam pilihan raya.Kalau ini yang berlaku orang politik ini hanyalah untuk mencari populariti sahaja bukan untuk melaksanakan tugasa yang di amanahkan kepada mereka.Benar kata sesetengah pendapat mengatakan bahawa pilihan raya ini hanya akan membazirkan masa,dan wang ringgit.Tapi orang politik tidak peduli itu semua janji mereka puas apa yang di impikan.
Wahai rakyat pengundi apakah kita tertipu dengan retorik politik mereka atau kita harus menipu diri sendiri dengan percaya tentang omong kosong yang mereka reka untuk pengundi.
Sejurus itu nampaknya kempen di DUN penanti akan menampak satu lagi pertarungan antara dua party yang diketuai oleh Melayu.Kalau PKR dengan ANWAR dan UMNO pula dengan NAJIB. Kita lihatlah kekuatan antara dua tokoh politik ini.ANWAR dengan emosi membalas dendam kesumatnya terhdap party yang pernah di dokongnya dan NAJIB yang menghakiskan imej buruk parti yang dari dulu diwarnai oleh ayahdanya.Oleh kerana ahli umno yang tidak bertanggung jawap itu telah memudarkan warna itu terpaksalah NAJIB membasuh dan mewarnainya semula supaya nampak keseriannya semula.
Wahai ANWAR kalau pilihan raya menjadi pengukur dan medan untuk mencari publisiti janganlah disalahgunakan demokrasi ini letakkan kejujuran kamu untuk membela rakyat.Dimana janji kamu yang di momokkan sampai hari ini rakyat menjadi keliru adakah benar apa yang diperkata oleh kepetahan kamu (ANWAR) apabila berbicara.SEnaraikan perubahan yang telah kamu lakukan dalam negara kerana telah duduk dalam PARLIMEN bukan menyenaraikan retorik dan penipuan politik dalam kepetahan berhujah dikhalayak ramai.
Mungkin ramai anak-anak muda yang menjadikan ANwar sebagai idola politik mereka seperti saya semasa remaja.Tapi fikiran remaja sehinggalah peringkat layak mengundi kematangan berfikiran belum menjamin masa depan dalam sesebuah negara.Banyak pengalaman dan peristiwa yang harus mereka nilai untuk mencapai kejayaan pada masa depan.Kalau kamu Jujur dengan retorik politik ini bawalah anak-anak muda Melayu khususnya dan anak- anak muda Malaysia tanpa mengira bangsa dan keturunan kearah satu wawasan yang boleh dibanggakan.Gunakan kepetahan kamu berbicara di parlimen bukan kepetahan berbicara dalam siri pilihanraya yang penuh dengan retorik politik angin.(berlalu tanpa meninggalkan apa-apa kesan kecuali melintukkan dedaun pokok sahaja.
Bagi pemilih di DUN penanti kamu adalah orang yang bertuah kerana boleh membuat pilihan lebih daripada sekali tetapi adakah pilihan kamu tepat kepada orang yang dapat membangunkan minda, jasmani dan rohani kamu.Luuuu fikir-fikirkanlahhhhh.