Halaman

Saturday 28 February 2009

Allahhu akhbar,allahhuakhbar


Maha suci Allah.Itulah zikir serindik terhadap isu sekarang ini.Dimana pejuang agama Islam agama rasmi dalam negara kita.Isu ini adalah isu yang paling tinggi rangkingnya daripada isu-isu lain.Kalau kita umat Melayu yang beragama islam tidak menghiraukan isu ini maka anak cucu kita akan lebih ramai lagilah yang akan menukarkan agama mereka kepada agama kristian.
Nama Allah akan di tulis dalam cetakan untuk penganut kristian itulah isunya.Bagi serindik inilah cara para kristian itu hendak mempengaruhi umat Melayu Islam di Malaysia ini.Inilah perancangan strategik yang mereka plankan sejak lama dahulu.Wahai pemimpin dan orang yang berkuasa di bidang ini mengapakah persoalan ini boleh berlaku.Tidakkah kamu tahu bahawa perancangan yang direka khas ini akan memusnahkan Agama Kamu yang kita jaga ini.
Dalam keadaan sekarang inipun ramai anak-anak melayu islam yang terpesong akidahnya inikan bila ada satu lagi elemen yang berlaku ini seolah-olah ada perancangan jahat yang sedang di atur.
Teringat serindik pada zaman lepas sekolah dahulu.Serindik ni agak suka menyimpan buku-buku dan adalah satu buku yang bersaiz kecil sebesar kamus yang sering dibawa oleh murid sekolah darjah 3 dan 4.Entah darimana buku itu serindik dapat tidak pasti.Yang pasti bukan serindik yang beli atau dapat Free.Persoalannya daerah serindik yang jauh di pedalaman dapat sebuah buku yang cantik dan dicetak dalam bahasa Melayu.Bahasanya baik dan tersusun rapi mirip kepada buku agama islam.Tetapi bila di baca nyatalah buku tersebut buku cetakan untuk penganut agama kristian.
Subhanallah,syukur serindik dapat membezakan yang hak dan yang batil.Maka serindik ambil keputusan membakar buku tersebut.Ini adalah pengalaman serindik yang benar dan seolah-olah isu PENCETAKAN NAMA ALLAH ini sudah terancang rapi .Cuma kita saja tak tahu atau buat-buat tak tahu.
Sekarang...., wahai umat Melayu Islam UMNO,PAS,KEADILAN,PARA PEGUAM ,PARA HAKIM YANG BIJAKSANA (orang-orang yang bertanggungjawab dalam persoalan ini)atau sesiapa saja yang mendengar berita ini apakah perasaan kamu.Kalau dengar isu cereka politik bolehlah kita tersenyum lagi kerana itu semua untuk kepentingan peribadi yang berpaksikan kuasa tetapi apakah kuasa ini tidah dapat menghalang perancangan jahat pengembang agama islam di rantau nusantara khususnya DI NEGARA MALAYSIA.Allahhuakhbar..................

No comments: