Halaman

Friday 27 November 2009

Selamat Menyambut Aidil Adha



Selamat Hari Raya Aidil Adha Kepada Semua Pembaca

Saturday 21 November 2009

SPRM dan Kebebasan

Malaysia negara tunggal amal soal saksi waktu pejabat
KUALA LUMPUR 20 Nov. - Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan peraturan tidak menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat.
Seorang bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), Abdul Razak Idris berkata, peraturan itu juga menggambarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seolah-olah tidak mempunyai kuasa selepas waktu pejabat.
Beliau berpendapat, keterangan saksi adalah satu perkara penting dalam mengheret seseorang pesalah itu ke mahkamah.
"Jika tempoh merekod keterangan saksi itu dihadkan, siasatan sesuatu kes itu bukan saja akan memakan masa yang panjang malah saksi juga berpeluang menghapuskan keterangan atau bukti.
"Lebih buruk lagi, saksi yang disiasat itu berpotensi melarikan diri semasa penangguhan (selepas waktu pejabat)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mahkamah Tinggi semalam memutuskan supaya SPRM tidak boleh lagi menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat seperti yang diamalkan sebelum ini.
Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Mohamad Ariff Md. Yusof dalam penghakiman bersejarah itu berkata, tindakan menahan seorang saksi untuk disoal siasat menjangkaui waktu pejabat adalah satu penahanan secara salah di sisi undang-undang.
Pada hemat beliau, peruntukan menyoal siasat saksi 'sehari-ke-sehari' seperti tertera dalam Seksyen 30(3)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 tidak bermakna SPRM boleh melakukannya secara berterusan selama 24 jam.
Bagaimanapun, Abdul Razak berkata, beliau menghormati dan akur dengan keputusan yang diambil mahkamah.
Pada masa yang sama, beliau berharap mahkamah akan menimbangkan rayuan Peguam Kanan Persekutuan, Noorin Badaruddin yang mewakili pihak responden berhubung keputusan tersebut.
"Setahu saya, Malaysia adalah negara pertama di dunia yang mengadakan sekatan sebegini kepada badan pencegah rasuah," katanya.
Tambah beliau, kesediaan suruhanjaya itu untuk berkerja tanpa mengira waktu untuk memerangi jenayah rasuah sepatutnya dihargai dan bukan sebaliknya.
"Sekiranya operasi dilakukan pada waktu malam, apakah ini bermakna suruhanjaya itu tidak boleh merakam keterangan saksi walaupun dalam keadaan terdesak," soal beliau.
Sementara itu, seorang lagi bekas Pengarah Siasatan BPR, C. Thavarajah berkata, SPRM mungkin akan gagal untuk mencapai objektif utamanya jika dilarang mengambil keterangan saksi di luar waktu pejabat.
Menjelaskannya, beliau berkata, sepanjang perkhidmatannya dengan agensi pencegahan rasuah itu tidak pernah terdengar mengenai sekatan seumpama itu.
"Kalau saya dalam situasi sebegini, mungkin saya perlu berfikir beberapa kali untuk terus berkhidmat dalam badan penguatkuasa ini kerana sekatan itu boleh mengakibatkan reputasi siasatan terganggu," tambah beliau.
Tambah Thavarajah, beliau tidak dapat bayangkan bagaimana pegawai penyiasat dapat menjalankan tugas hanya dalam tempoh waktu yang ditetapkan.
Bagaimanapun, beliau menerima serta menghormati keputusan yang diputuskan oleh mahkamah.
Dalam pada itu, SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata, suruhanjaya itu akur dengan keputusan mahkamah.
Kata kenyataan itu, SPRM akan mengeluarkan satu garis panduan berhubung perkara itu untuk diedarkan kepada semua pejabat SPRM di seluruh negara dalam masa terdekat.
Ini Komen saya (SERINDIK KESUMBA)
Kalau dilihat secara umumnya tiada kebebasan kepada SPRM. Maknanya SPRM tak boleh siasat pesalah sewenang-wenangnya.Kalau begitu tak payah SPRM lah pegi bagi polis saja siasat.