Halaman

Tuesday 16 December 2008

Apakah Yang di Jeritkan

Polis akan mengambil tindakan terhadap ahli Parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar kerana didakwa menyalahgunakan kanak-kanak dalam kempen "Rakyat Pengayuh Perubahan" anjuran Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) di Rawang malam semalam.

Ni lah yang hamba nak ceritakan. Apa lagi yang nak di jeritkan oleh ahli parlimen Sungai Siput ni. Wahai Melayu sungai siput apalah yang wakil rakyat hang buat ni jeritlahlah,perubahanlah apakah jadahnya.Cari publisiti murah. Nak buat itu ini sekarang kena ada permit. Takkan lah nak buat perubahan pulak nak adakan kayuh basikal tanpa permit. Hoi orang sungai siput menjerit sajalah di sungai siput apa lagi atau jerit saja di Parlimen baru betul tempatnya ini kat Rawang pulak.Dekat daerah hamba pulak nak menjerit ,nak terbang pun tak boleh.

Jeyakumar ni pun satu nak tunjuk glamor janganlah buat dekat Rawang buat sajalah di tempat lain kan bodoh namanya.Memanglah bukan semua ahli parlimen PKR tu pandai.Ada juga yang bodoh dungu.Itu pun kau orang pilih.Kan bodoh jugak orang yang memilihnya.

Kita nak buat Basikalton pun ada permit ini nak menjerit suka hati nak tunjuk perubahan kepala otak hang Jeya Kumar.Luuuu pikir sendirilah.

Melayu Oh Melayu

MELAYU
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani,
semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Usman Awang
26 NOVEMBER 1999

Tuesday 9 December 2008

Air disekat, meter tiada, wang di pungut

Tersebutlah cerita disebuah kawasan ditengah pelusuk nusantara.Disebuah negeri yang bernama Selangor Darul Ehsan.Seorang menteri besar bernama Tan Sri Mohamed Khalid Ibrahim.Dulu Negeri ini diperintah oleh Dato Sri Dr Khir Toyo.Wakil rakyatnya dahpun ditukarkan (parlimennya -G Palanivel,DUNnya Zainal Abidin Sakom,Dahulunya lagi Muhammad Taib).Kini Parlimennya Zainal Abidin Ahmad dan DUNnya Isa Abu Kassim.
Mana peginya air yang di anugerahkan Allah secara percuma kepada Hambanya.
Kerakusan manusia menyebabkan manusia lain menderita.
Ingatlah wahai manusia kamu akan dipertanggungjawapkan dan kamu akan di hitung segala perbuatan.
Ingatlah sebelum kamu mati.Alkisahnya pemimpin dah berubah masalah tak diubahpun. Kami dah susah payah ubah mereka tak sedar-sedarkah lagi.Ngapa tak ubah nasib kami yang perlukan pertolongan daripada kamu semua. Yang boleh kami lakukan sendiri kami akan lakukan tapi kalau yang kami tak mampu kami minta tolonglah.
Tersebutlah kisah di daerah kami ini Bukit Beruntung 3 (Kesumba & Widuri) tanah jajahan parlimen Hulu Selangor dan Dewan Undangan Negeri Batang Kali tidak mendapat bekalan air bersih yang di war-warkan oleh kerajaan negeri. Nak jaga kesihatan konon,tapi kami masih lagi meneguk pelahap air sungai selangor yang tercemar. Mesin Pam di gunakan pemaju untuk memberi kami yang kehausan air.Sampah keladak dan najis semuanya kami terima kerana tiada pilihan.Bekalan air di sekat,meter tak dipasang,wang kami telah dikutip pemaju Talam Coperation yang entah dimana.Mana janji kamu itu.
Arakian telah lama kami bertahan kalau ikut kelendar Serindik sejak tahun 2003 hingga Kini 2008 ( Dah 5 Tahun ) kalau ikut kelendar kawan-kawan, mereka kata lebih daripada itu. Maknanya dah lama kami menelan pelahap air yang dimaksudkan tadi.Nak tak nak kami terpaksa.Tak ada pilihan.... Hanya Allah yang tahu apa yang kami masukkan ke dalam kantong perut ini.

Masa serindik menulis ni air tak ada di tangki kami dah dua hari tak dapat bekalan air yang di Pam pemaju Talam Coperation konon.Aduan dah di buat pelbagai alasan di beri,wakil rakyat dah tahu tapi tak ada taring untuk menerkam,tak ada suara untuk mengaum,adu kat syabas mereka kata begitu begini.Apa nak lagi.Kalau Serindik ada kuasa Superman dah lama serindik bertindak memerangi musuh-musuh ini.Biar mereka tahu bahawa kuasa pembelaan lebih bermakna pada ketika kuasa mereka bermaharaja lela.

Wednesday 3 December 2008

Zaid yang tercabar

"Pakatan Rakyat hari ini mengalu-alukan penyertaan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim ke dalam pakatan pembangkang itu selepas beliau dipecat keahliannya daripada Umno semalam."

Aku dah katakan dalam rencana mengenai zaid tuuuu. Ha baru padan kat kau Zaid.Aku nak tengok reaksi kamu.Ke mana arah kamu yang sebenarnya.Apa prinsip kamu wahai zaid tunjuk baik konon orang dah bagi tempat untuk berjuang .Sekarang perjuangan kamu hanya pada prinsip dan batu PKR sahaja.

Kalau kamu terima pelawaan PKR bererti kamu lalang.Harapkan lalang macam kamu tu bila masuk PKR pun orang tak pakai.

Kalau kamu duduk di dalam UMNO orang macam kamu tak perlu dipedulikan. Bukan apa sangat jasa kamu dah tujuk lagak.

Sekarang kamu pilihlah sendiri. Bawalah diri jangan tunjuk teror nak bantu orang Melayu.Kalau melayu macam kamu tu boleh peegilah.

Isu Bahasa Melayu

“Jika kita ingin memahami orang Melayu, kita perlu tinggal di negerinya, bertutur bahasanya, menghormati agamanya, meminati apa yang diminatinya, melayan apa yang disukai dan tidak disukainya, bersimpati dengannya dan menolongnya dalam kesusahan, sama-sama merasai keseronokan dan mungkin juga menanggung kerugiannya. Hanya dengan kepercayaannya inilah kita dapat memahami jiwanya dan pengetahuan seperti ini hanya boleh didapati oleh orang yang diberikan peluang tersebut dan menggunakannya dengan sebaik-baiknya.” Ungkapan ayat di atas bukanlah lahir daripada cendekiawan Melayu, tetapi daripada seorang lelaki asing, Sir Frank A Swettenham, Residen-Jeneral British pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu, dipetik dari bukunya, ‘Malay Sketches’. Tulisan Swettenham itu bukan sahaja patut dibaca pemimpin-pemimpin bukan Melayu tetapi patut juga dikaji oleh pemimpin-pemimpin Melayu sendiri. Kita boleh menempelak kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin DAP kerana dangkal mentafsirkan status Bahasa Melayu sebagai bahasa rakyat, tetapi secara tidak sedar bahasa kebangsaan ini telah lama dihumban dan dibunuh oleh golongan-golongan elit yang mengaku pejuang bangsa dan negara. Menurut satu teori sejarah yang kuat, bahasa Melayu dikatakan berpunca daripada bahasa Austronesia, yakni asal usul bangsa Melayu yang berasal dari daerah Yunnan (bermaksud awan selatan) di China. Kemudiannya, bangsa Melayu yang datang dari Yunnan ini digelar sebagai Melayu Proto setelah berhijrah ke Asia Tenggara ketika zaman batu sehingga terbentuknya masyarakat Melayu Asli di Semenanjung Malaysia, dayak di Sarawak, Batak dan Komering di Sumatera. Kata nama Austronesia itu sendiri membawa maksud ‘Kepulauan Selatan’, diterjemahkan daripada Bahasa Latin, ‘australis’ yang bermaksud ‘selatan’ dan bahasa Yunani, ‘nesos’ yang bermaksud ‘pulau’. Bahasa bangsa Austronesia itu dikatakan tersebar luas ke merata dunia, dari Taiwan dan Hawaii di hujung utara sehinggalah ke Selandia Baru (Aotearoa) di hujung selatan dan dari Madagaskar di hujung barat sehinggalah ke Pulau Paskah (Rapanui) di hujung timur.

terima kasih Membaca .Sila Beri Respon.Di Petik Dari Sinar Harian.Oleh :: Mohd Azhan Othman

Tuesday 2 December 2008

Cuba Lihat Jawapan

Baru satu isu tentang sekolah aliran satu bahasa ( Bahasa Melayu) yang di perkatakan oleh Mukriz.Dah melenting si Cina DAP tu.Takut kalau kerajaan yang tak ada taring tu buat perubahan. Si Najib pulak berlembut konon nak jaga hati rakan kongsi.Apalah ikut sangat telunjuk mereka tu buat tak tahu saja lah biar mereka jawap. Mungkin takut tak jadi PM ke.Alahai kalau orang dah tak suka bila dah jadi PM pun boleh turun juga.Tegoklah saja PM yang dah ada sekarang terpaksa mengalah. I respect to you Pak Lah.
Mukriz I juga respect pada awak kerana bawa satu isu yang boleh membuka mata melayu yang sedang layu. Konon nak jaga hati rakan kongsi. Kongsi-kongsi lama-lama di kebas orang semuanya baru padan muka.

Merajuk nak di pujuk Porahlah Melayu Kacukan

"Salahkah saya mempertimbangkan tawaran itu, jika khidmat dan kerja- kerja saya selama ini tidak dihargai dan seolah-olah ada niat untuk mencantas saya daripada parti," tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah.

"Saya masih berpendirian bahawa tidak menolak dan tidak pula kata menerima namun tawaran yang datang dari sahabat baik saya, penasihat PKR , Datuk Seri Anwar Ibrahim masih boleh dipertimbangkan jika saya terus dilayan sebegini oleh UMNO bahagian sendiri.


Wahai melayu jangan merajuklah.Hidupni memang ada persaingan kalau kita tak mahu bersaing nak buat apa masuk dalam arena politik.Kalau dah tak mampu untuk menambah kuasa dan glamour sila berundurlah nak buat apa salahkan orang lain.Terpinggirlah,dipinggirlah entah apa lagi alasan yang tak munasabah kau cakapkan. Sila berundur dan masuklah parti mana-mana yang hang suka Aku tak mahu tengok muka kau dalam golongan melayu yang memang suka merajuk.Melayu hari ini mahukan orang yang tulin dan bersemangat kental.Sesiapa yang merajuk silalah keluar dari kelompok oarang yang kental semangatnya.Jangan me+ la +yu lagi.

Ancaman Perkongsian Kuasa

KUALA LUMPUR: Tindakan Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk M Kayveas semalam yang mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu akan keluar daripada Barisan Nasional (BN) jika kerajaan tidak meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum pilihan raya umum akan datang.


PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah (gambar) masih mempertimbangkan tawaran untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dua peristiwa yang membuatkan orang melayu tercabar satu daripada Parti India satu lagi dari Parti Umno dan sebelum ini daripada parti Cina.Semuanya tak boleh pakai.Semuanya merosakkan orang melayu.Apa kata wahai orang melayu semua ambil tindakan terhadap mereka. Singkirkan mereka daripada berpolitik biar kita yang ambil peranan mereka . Dimana melayu kudus yang memperjuangkan hak melayu? Telah saya perkatakan dahulu lagi melayu harus mempunyai senjata yang tajam iaitu pemikiran yang kreatif dan kritis untuk menewaskan mereka semua.

Sunday 30 November 2008

Melayu Tercabar @ Melayu Dicabar

Apakah tindakan pemimpin Melayu apabila di cabar oleh Timbalan Parti MCA?

Persoalan ini memerlukan kupasan yang teliti supaya tidak ada individu yang terguris.Tapi apa boleh buat jawapan yang telus akan membuatkan mereka berfikir.Banyak yang orang melayu fikirkan tentang semangat setia kawan dan perkongsian kuasa . Silap jawap orang merajuk akan pergi ke pihak pembangkang. Itulah hakikatnya bila orang MCA( Parti Cina) ada dalam ruang perkongsian kuasa. Orang melayu masih tak sedar, orang cina kalau berkongsi mereka nak bolot semuanya. Luuu jangan percayalah....Mereka mana ada sikap tolak ansur. Sejarah dah dibaca mana ada orang cina datang ke rantau tanah melayu mereka mau kongsi itu ini. Kapal mereka hanya untuk mereka saja. Mereka mau orang melayu hantar ufti kerana melindungi Melayu daripada ancaman musuh. Sedangkan mereka merupakan musuh dalam selimut. Melayu tak reti lagi ke.

Kemanakah taring pemimpin melayu setelah 50 tahun berkuasa?

Mengenai taring ini hanya simbol saja.Kalau sebut tentang taring kita terbayang tentang taring harimau atau singa.Pemimpin Melayu mana ada taring yang di simbulkan itu. Mereka di didik supaya hormat pada orang lain.Tambahan pula kalau bangsa asing. Jika dilihatdaripada faktor sejarah orang melayu tinggal di kampung-kampung.Mereka tidak terdedah dengan aktiviti monopoli berbanding dengan keturunan Cina. Mereka ada puak-puak untuk monopoli kawasan perlombongan. Mereka pandai mewujudkan kumpulan Kongsi Gelap.Melayu tak sehebat mereka ,Melayu ada samseng kampung.Itupun tunjuk teror dengan orang kampung saja.Bila berdepan dengan orang asing lembut gigi dari lidah.Hormat sungguh kalau ada orang masuk kampung mereka. Mereka bangga kalau orang asing masuk kampung mereka . Layan pulun sampai jiran yang buat baik beratus tahun nasihatkan mereka pun no layan.Sampai Bangla boleh duduk-duduk minum kopi. Ini sikap melayu nak bertaring apa taring tak di asah .Samseng kampung sergah sikit dah lari masuk kelambu.

Kemanakah kuasanya apabila dah dilantik menjadi pemimpin?

Bab kuasa ni pun temberang saja lebih.Melayu kalau dah berkuasa mana ingat asal usul mereka. Bila rakan kongsi kuasa minta 1 baginya 3. kalau ada 4 semua bagi kat rakan tadi. Konon nak bersedekah. Kalau dah hak kita nak buat apa bagi kat orang lain tambahlah lagi kuasa tu supaya ada Power.

Semua pemimpin begituke ?

Nak kata semua Pemimpin begitu kejamlah saya. Mulut kena jaga.Nanti orang marah.Tapi bak kata pepatah cakap siang pandang-pandang,cakap malam dengo-dengo. Tak semua pemimpin begitu.

Apa sejarah kepimpinan Melayu?

Sejarah kepimpinan Melayu mempunyai liku-likunya.Sebab nya orang Melayu bukan di pimpin oleh Melayu.Sejarah yang kita baca zaman sekolah dulu kerajaan Melayu Melaka diKuasai oleh India Muslim (Parameswara).Kemudian perkembangan sejarah memperkatakan kepada kita tentang penaklukan kuasa Barat( Portugis,Belanda,Inggeris) dan timur (Jepun). Kemudian masuk komunis (Bintang 3).Beratus tahun orang Melayu tak berkuasa di bumi sendiri.Bila dah bijak sikit barulah dapat pada Melayu Kacukan bukannya Melayu tulen Tunku Abdul Rahman( ?),Tun Abdul Razak ( ?) , Tun Hussin Onn (Peranakan Arab),Tun Mahathir (Peranakan India)dan sekarang Pak Lah (?).Wallahhuaalam Bissawap. Hanya Allah yang tahu .Nak sorok macam mana....kalau dah fakta sejarah mengatakan begitu.Itulah yang dikatakan oleh sejarah tentang melayu. Bila dipersoalkan begitu kita terpaksa berpatah kepada perlembagaan yang memperkatakan tentang Definisi Melayu ( Berbahasa Melayu,Mengamalkan Budaya Melayu dan Beragama Islam).Jangan pertikaikan itu semua.... Kalau tak mahu berbahasa Melayu atau salah satu daripadanya.Gugurlah kamu daripada menamakan diri kamu BANGSA MELAYU. Fikir-fikirlah sendiri.

Monday 24 November 2008

Kata Itu Memberi Makna

William A.Ward
"Guru yang sederhana memberitahu. Guru yang baik menjelaskan. Guru yang hebat menunjukkan cara. Guru yang agung menjadi inspirasi.

Tenas EffendySebagai pemimpin ianya cerdik Tahu Menyemak bijak menilik Tahu menyelesaikan perkara pelik. Ilmunya luas budi pun baik Akalnya panjang bicara pun molek Negeri makmur rakyat terdidik.

Abdullah Ibnu Abbas
"Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir".

Munsyi Abdullah
”Jika orang Melayu hendak menjadi bangsa yang besar, orang Melayu mesti mempelajari dan memelihara secermat-cermatnya bahasa Melayu, di samping menerima serta menambah pengetahuan baharu.”

Monday 17 November 2008

Melayu Jangan Diduga Gengam Bara Biar Menjadi Abu

Bubar Majlis Peguam jika mahu berpolitik, kata Abu Zahar
Nov 16, 08 6:41pm
Majlis Peguam Malaysia perlu dibubarkan jika badan itu bertindak tidak ubah seperti sebuah parti pembangkang, mempersoalkan hak-hak pribumi di negara ini, kata Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia Tan Sri Abu Zahar Ujang.Katanya, badan itu kini tidak lagi memainkan peranan yang sepatutnya kepada peguam-peguam yang menjadi anggotanya."Saya menasihatkan supaya Majlis Peguam dibubarkan dan mereka yang terbabit menubuhkan sebuah parti jika ingin aktif dalam politik," katanya ketika berucap di program wacana isu perundangan dan hak-hak pribumi dalam perlembagaan di Memorial Tun Hussein Onn di ibunegara hari ini. Menurut laporan Bernama, beliau juga meminta semua peguam Melayu di negara ini supaya bersatu dalam menangani isu bangsa mereka yang berada dalam keadaan "amat tertekan sekali" ketika ini. Katanya, isu berhubung hak-hak keistimewaan orang Melayu sering dibangkitkan, lebih-lebih lagi selepas Pilihanraya Umum 8 Mac lalu dan "saya tidak sanggup lagi menghadapi situasi seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969." Dalam ucapannya, Abu Zahar yang juga anggota jawatankuasa Lembaga Disiplin Umno berkata lembaga itu tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati mengamalkan rasuah atau politik wang. "Kita nak pemuda harapan bangsa, yang ada hari ini kebanyakannya adalah pemusnah bangsa," katanya.
Fikirkanlah wahai pemuda warga Melayu.............

Thursday 13 November 2008

Musim Cuti atau Bercuti


Berdasarkan tajuk dan gambar yang terpapar suka hamba nak berkata sekarang ni tibalah musim cuti sekolah.Bagi anak-anak kecil masa inilah kegembiraan datang dalam jiwa mereka.Bagi ibu bapa yang bekerja masa ini agak pening kepala. Mana tidaknya anak mereka siapa yang nak jaga. Kalau masa sekolah separuh hari cikgu dah ambil tugas tu.
Bagi yang banyak duit masa ini masa bercuti paling lama pun 7 hari lepas tu poket pun bercuti.Mana tidaknya duit habis bagi kat toke-toke atau penyangak mata wang malaysia yang ada di sekeliling sampai makan pun boleh missing. Jalan sikit toke minyak sudah stanby,jalan lagi toke tol sudah sedia,jalan lagi toke restoran menanti, begitulah seterusnya.
Alhamdulillah hamba masih lagi boleh bergerak tapi kena berhati-hati dengan penyangak yang ada......silap langkah habis di kebas oleh mereka zakat pun tak sempat nak bayar.Begitulah cerita musim cuti dan masa bercuti di akhir-akhir tahun ni.

Friday 31 October 2008

Kes Altanthuya Satu Persoalan

Persoalannya Kalau Razak Baginda tidak bersalah siapa yang bersalah ? Luu fikirlah sendiri.
Yang bersalah tetap bersalah tapi kita lihat bagaimana berita memanipulasi kita sebagai pembaca.

Kalau dulu Razak dan 2 orang pegawai polis tu di tuduh bersalah tetapi kini tinggal berdua sahaja.

Sekarang 2 orang itu pula akan membela diri masing-masing. Benar mereka yang melakukan perbuatan tersebut persoalannya siapakah yang memberi lesen perbuatan tersebut. Kita mahu tunggu laporan berita selanjutnya.. Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.

Keadilan atau DAP


Dato Khalid diberi nama. Keadilan partinya.DAP rakan seperjuangan pula.
Sekarang ni timbul isu baru. Dimana pula rasionalnya.
Dulu PKNS Melayu jadi ketua, Kini Khalid cuba berniaga.
PKNS rugi Dato marah, lalu di tukar bangsa Pengarah.
Melayu marah Khalid gelisah, marah pun ada lawan maruah.
Melayu selangor tak pandai mengarah.PKNS rugi negeri parah.
Muka Dato naik merah.
Melayu selangor apa jadah, tak pandai niaga kena marah.
Dato cuba tukar pengarah,orang lain pula yang cuba di arah.
DAP atau keadilan yang punya arah, PAS marah kerana Melayu Selangor tidak diberi peluang.
Nak bagi peluang apa kalau merugikan perniagaan. ITu kata Dato.
Wahai Melayu Selangor mana yang pandai berniaga semuanya Korap.
Itu sebab Dato marah.
Ada yang kata Dato ada strategi niaga, atau Dato rabun strategi DAP .
Ada kata Dato pening, atau DAP dah masuk line .
Ada kata Dato tak percaya Melayu, atau Dato dah makan rasuah politik DAP.
Ada kata Dato cari rakan kongsi, atau Dato dah nampak DAP sahaja.
Wahai ahli politik selangor hati-hatilah kamu jangan selangor menjadi P.Pinang.
ketua menterinya dah tak dapat kat kita lagi..........................
Melayu Boleh
Melayu Boleh
Melayu Boleh bagi pada rakan kongsi,
Rakan kongsi tak mau bagi kongsi.

Kalut dan tekanan


Apakah yang dilakukan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim MB selangor? Ada golongan mengatakan bagus dan ada strategi koperatnya terhadap PKNS. Dulu Melayu sebagai ketua kini Melayu dah tak ada dalam selangor untuk di jadikan pengarah baru dalam PKNS mulalah si Dato Khalid di nasihati oleh kawan-kawannya yang bukan melayu tu. Alih-alih orang Pas dah marah marah pada Si Khalid. Apa dah jadi Dato'? Bijak-bijak dato dalam perniagaan rupanya cuba di tipu oleh rakan. Ini bukan perniagaan Dato. Ini politik. Bezakan ? jangan politik nak di niagakan...


Wednesday 22 October 2008

Al Quran Kalamullah

Al-Quran Al-Karim adalah semulia-mulia kitab. Al-Quran Al-Karim adalah Kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Kitab suci Al-Quran Al-Karim menjadi panduan dan pembimbing utama bagi umat Islam.
Kemuliaan kitab suci Al-Quran telah diketahui umum, di antaranya tidak boleh diletakkan di sebarang tempat, ia mesti diletakkan pada tempat yang sesuai dengan kemuliaan dan kesuciannya. Maka bagi menjaga kemuliaannya itu tidak boleh meletakkan benda lain di atasnya. Imam At-Turmuzi Rahimahullah berkata di dalam kitab Nawadir Al-Ushul dalam fasal yang ke-253 : "Hendaklah jangan diletakkan di atas Mushaf Al-Quran mana-mana buku supaya ianya tetap buat selamanya di atas semua buku." - Syed ‘Alawi, pengarang Sab’ah Kutub Mufidah, menerangkan bahawa Mushaf Al-Quran hendaklah diletakkan di atas segala buku sekiranya ianya diletakkan dan disusun bersama-sama buku lain, dan yang paling sesuai adalah lebih elok jika ianya diletakkan secara tergantung di tempat yang suci, misalnya pada dinding yang bersih di ruang-ruang utama rumah.
Tuntutan menghormati Al-Quran boleh ditinjau daripada berbagai sudut termasuk untuk mengambil berkatnya, bahkan tuntutan ini adalah berbentuk wajib, dan dari sudut akidah, jika tuntutan ini diabaikan, ia boleh membawa kerosakan akidah. Oleh itu ulama Islam menerangkan bahawa sesiapa dari kalangan orang-orang Islam yang menghina dan meremehkan kitab suci ini, ia boleh menjadi murtad. Imam Al-Ramli Rahimullah berkata :
"Perbuatan yang boleh membawa kufur termasuklah kesengajaan mempermain (meremehkan) agama dengan terang-terangan, atau menentangnya atau mengingkarinya, seperti mencampakkan Mushaf atau sesuatu yang padanya terdapat kandungan Al-Quran, bahkan, ataupun ianya nama-nama mulia, atau mana-mana hadis. Imam Al-Rayyani menambah : "ataupun mana-mana ilmu syarak, kekotoran atau yang menjijikkan (walaupun ia suci)." (Nihayah Al-Muhtaj : 7:416).
Dalam kehidupan sehari-hari murid-murid sekolah atau penuntut-penuntut agama sangat terdedah kepada kitab-kitab agama termasuk Mushaf Al-Quran. Oleh itu, para guru dan ibu bapa hendaklah memahamkan anak-anak atau murid-murid mereka cara menghormati dan memuliakan kitab-kitab agama dan sentiasa mengingatkan mereka akan hal ini. Pastikan bahawa buku-buku agama yang kadang-kadang bersamanya ada Mushaf Al-Quran di dalam beg sekolah, tidak diletak di tempat-tempat yang tidak terhormat seperti di lantai atau di kusyen kereta yang kadang-kadang menjadi penyandaran atau diletakkan berhampiran dengan kaki sehingga terpijak atau dilangkahi. Semua cara-cara ini bukan cara yang betul meletak kitab-kitab lebih-lebih lagi Mushaf Al-Quran.
Oleh kerana itu, dalam menyusun kitab-kitab atau buku-buku agama pastikan Mushaf Al-Quran sentiasa berada di atas sekali, baik susunan itu di atas meja atau di rak-rak buku atau di perpustakaan.
Demikianklah seterusnya kitab-kitab agama sentiasa di atas sekali dalam susunan bersama buku-buku yang lain.

Pengkatalogan atau cara menyusun letak buku-buku dan kitab-kitab merupakan salah satu ilmu perpustakaan. Tujuan ilmu ini adalah bagi mendisiplinkan letak susunan buku-buku dan kitab-kitab supaya lebih kemas dan mudah digunakan oleh penggunanya.
Dalam dunia perpustakaan telah banyak panduan yang dikemukakan oleh pakar perpustakaan tentang cara penyusunan buku-buku. Di antara sistem yang paling terkenal ialah sistem dewi dan kongres. Secara umumnya, kedua-dua sistem ini tidak membezakan antara kitab agama dengan buku-buku lainnya. Mengikut sistem ini kitab tafsir Al-Quran boleh diletakkan di bawah buku sejarah, kitab hadis boleh berada di bawah buku sastera dan sebagainya. Keadaan ini terjadi kerana mengikut sistem nama atau kategori ilmu yang terkandung di dalam buku berkenaan, atau berdasarkan unsur-unsur lain. Sistem ini jelas tidak berdasarkan kepada kemuliaan dan keagungan ilmu yang terkandung dalam sesebuah buku atau kitab itu dan tidak berdasarkan kemuliaan yang empunya kitab atau pengarangnya.
Seperti yang sudah disebutkan di awal-awal lagi, mengikut pendapat ulama Islam, dasar utama etika dalam meletakkan susunan buku-buku dan kitab-kitab agama adalah mengikut kemuliaan kitab dan pengarangnya. Syed Alawi bin Ahmad As-Saqqaf Rahimahullah mengatakan bahawa hendaklah diambil kira adab meletakkan susunan kitab-kitab berdasarkan kemuliaan kitab dan kemuliaan pengarangnya, oleh sebab itu hendaklah yang paling mulia diletakkan di sebelah atas. (Majmu’ah Sab’ah Kutub Mufidah, h : 24).
Mengikut panduan yang diberikan di atas, Mushaf Al-Quran Al-Karim hendaklah diletakkan di sebelah atas sekali, kemudian di sebelah bawah diiringi oleh kitab-kitab hadis sahih dengan mendahulukan Sahih Bukhari daripada Sahih Muslim, kerana selain Sahih Bukhari sebagai kitab hadis yang paling sahih, ianya juga lebih banyak mengandungi ayat-ayat Al-Quran. Sekiranya ada beberapa kitab ilmu pengetahuan yang sama banyak mengandungi ayat-ayat Al-Quran, termasuk risalah tahlil, panduan zikir, maka didahulukan kitab-kitab tafsir Al-Quran, kemudian diiringi oleh kitab-kitab syarah hadis, usuluddin, usul fikah, fikah nahu, sharaf, ilmu ma’ani, ilmu bayan, ilmu badi’ dan yang seumpamanya seterusnya diiringi oleh buku-buku syair Arab dan ilmu ‘arudh.
Beliau juga menerangkan bahawa sekiranya ada beberapa kitab yang bersamaan yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran, maka didahulukan kitab yang paling banyak mengandungi ayat-ayat Al-Quran, kemudian yang paling banyak mengandungi hadis. Selepas itu barulah diambil kira pula kemuliaan dan keagungan pengarangnya, dan yang paling banyak dipakai oleh para ulama dan orang-orang salihin, serta kitab yang paling diperakui tentang kesahihan kandungannya.

Penghormatan yang selayaknya kepada kitab-kitab termasuk menerusi cara penyusunannya seperti yang disebut di atas, selain daripada satu perkara yang dituntut oleh agama, ia bertujuan bagi memperolehi berkat dan manfaat ilmu berkenaan. Walau sebanyak mana ilmu yang dicari dan walau setinggi mana peringkat pembelajaran yang diterokai, tanpa keberkatan dan manfaat ilmu, ia dianggap sia-sia dari sudut pandangan agama. Khasnya kepada para penuntut, mereka tidak akan memperolehi ilmu yang sebenar yang bermanfaat melainkan dengan menghormati ilmu, ahli ilmu, guru dan kitab.
Syeikh Az-Zarnuji Rahimahullah di dalam kitab Ta’lim Al-Muta’allim berkata :
"Ingatlah, bahawa para penuntut ilmu tidak akan memperolehi ilmu dan manfaatnya melainkan dengan menghormati ilmu, ahli ilmu dan guru." (H : 19).
Katanya lagi : "Cara menghormati ilmu itu termasuklah juga menghormati kitab-kitab." (H : 18).

Kitabun Perlu Dihormati

SECARA umumnya, kita percaya setiap rumah kediaman orang-orang Islam pasti menyimpan buku atau kitab-kitab agama, sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Arab atau dalam bahasa-bahasa lainnya. Dalam hubungan ini termasuklah Mushaf Al-Quran Al-Karim, sama ada secara lengkap atau bersama tulisan lain.
Buku atau kitab dalam kaca mata Islam adalah khazanah mutiara yang bernilai yang perlu dihormati kerana ia mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang telah dituangkan oleh pengarangnya dalam bentuk tulisan, sebagai panduan dan pembimbing bagi sesiapa yang membacanya. Di samping itu apabila disebut sebagai buku agama (kitab) pada lazimnya ia mengandungi petikan-petikan ayat-ayat Al-Quran Al-Karim, hadis-hadis Nabawi, atau paling tidaknya terjemahan maknanya atau qaul-qaul ulama.
Selain dari yang disebut sebagai kitab, ada lagi sejenis kitab dalam ukuran kecil yang lazim disebut ulama sebagai risalah atau kurrasat. Buku kecil atau risalah ini banyak dimiliki orang awam yang di antaranya mengandungi zikir, selawat dan doa-doa yang juga terdiri daripada ayat-ayat Al-Quran Al-Karim dan hadis-hadis Nabawi.
Pada masa ini ada di antara buku-buku atau kitab-kitab itu diperolehi secara percuma, sama ada yang diberikan oleh pihak kerajaan di majlis-majlis rasmi atau oleh orang perseorangan secara sukarela dalam bentuk wakaf. Keadaan ini menjadikan orang ramai dengan mudah dapat memiliki berbagai jenis buku atau kitab, kerana banyaknya buku-buku dan kitab-kitab itu ada di antara mereka yang membuat perpustakaan mini peribadi di rumah.
Mengikut ulama-ulama yang muktabar, kesemua kitab agama, baik yang besar atau yang kecil, mestilah dihormati dan dimuliakan dengan harapan untuk mengambil manfaatnya. Walaupun banyak mana kitab yang dimiliki, jika tidak diperolehi manfaatnya, ia adalah bagaikan barangan yang dibawa oleh keldai, tetapi sang keldai tidak dapat memanfaatkan barangan yang dibawanya.
Di antara etika menghormati dan memuliakan buku-buku atau kitab-kitab agama ialah tidak meletakkannya di sebarang tempat, terutamanya di tempat yang hina dan terdedah kepada penghinaan, seperti di lantai, di tempat yang kotor, di bawah tempat tidur dan sebagainya.
Sekiranya sesebuah kitab agama terpaksa diletakkan juga di lantai, maka hendaklah diletakkan sekatan atau pelapik di antara ramai dengan buku berkenaan. Demikian diterangkan oleh pengarang kitab ‘Majmu’ah Sab’ah Kutub Mufidah’. (H : 24).
Sesungguhnya orang yang mengenali nilai dan kemuliaan buku-buku atau kitab-kitab agama Islam hanyalah orang Islam, terutamanya para ulama. Justeru itulah para ulama sangat mengambil berat tentang etika dan tatacara meletakkan kedudukan dan susunan buku-buku atau kitab-kitab agama Islam. Merekalah yang ahli dalam menangani penyusunan dan etika menghormati buku-buku atau kitab-kitab agama dengan mengambil kira tentang kedudukan isi kandungan sesebuah kitab itu, begitu juga tentang kedudukan pengarangnya. Mereka meletakkan yang paling mulia dan dihormati secara tersusun mulai dari atas ke bawah, bukan dari bawah ke atas.

Tuesday 21 October 2008

Cangkir & sirap


Sekilas pandang inilah kenakalan. Tapi apa yang serindik nak ceritakan ialah tentang cangkir dan sirap. Pada bulan syawal ni banyak cangkir yang dilihat.Ada cangkir kaca,plastik,tembikar dan apa-apa saja yang seumpamanya. Semuanya berungsi untuk tujuan yang sama.
Apa yang menariknya cangkir polesterin yang laku di pasaran. ramai pengunjung ke rumah-rumah pada hari raya ini menggunakan cangkir polisterin ini untuk meneguk air.
Persoalannya apakah zaman kemajuan ini budaya pakai buang mendapat tempat dalam budaya manusia khususnya masyarakat Malaysia. Dimana-mana polisterin digunakan seolah-olah itulah gambaran masyarakat kita.
Sirap yang bergula dijadikan pelepas dahaga atau menolak juadah yang tersepik d celah tekak? Memang apa saja yang hendak diperkatakan itulah budaya kita kalau nak special datanglah sendirian secara privacy.

Adab bertamu

Hadith :
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Janganlah kamu datang ke rumah orang berhadapan pintunya, tetapi datanglah dari bahagian tepinya dan mintalah izin, jika diizinkan untuk kamu, masuklah, kalau tidak, baliklah.”

(At-Tabrani)


Huraian1. Semulia-mulia manusia adalah mereka yang beradab dan tahu tata tertib setiap perkara yang dilakukannya.2. Islam mengambilkira segala hal yang bersangkutan dengan kehidupan manusia termasuklah aspek hubungan sosial mereka dan mengajarkan adab-adab yang tertentu demi mewujudkan suasana masyarakat yang aman dan harmoni.3. Adab dalam berziarah contohnya disebutkan secara terperinci iaitu i) Memberi salam terlebih dahuluii) Mengetuk pintu perlahan-lahan dan tidak melebihi tiga kali iii) Berdiri bersebelahan pintu kerana dibimbangi jika yang membuka pintu itu adalah orang yang bukan muhrimiv) Tidak masuk melainkan setelah mendapat keizinanv) Tidak mengintai atau mengendap ke dalam rumahvi) Duduk di tempat yang disediakan kerana tuan rumah lebih maklum tentang keadaan rumah mereka.4. Berkunjung sebagai tetamu hendaklah memilih masa yang sesuai agar ia tidak menimbulkan keberatan kepada tuan rumah lebih-lebih lagi jika kedatangan tersebut didapati mengganggu urusan penting yang hendak dilaksanakannya.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Menghadapi Cabaran Zaman

Hadith :
Salim r.a mendengar Abu Hurairah mengatakan bahawa Nabi SAW bersabda:”Nanti akan dilenyapkan ilmu pengetahuan, akan bermaharajalela perzinaan dan kejahatan serta banyak haraj.” Seorang sahabat bertanya,:”Apakah haraj itu ya Rasulullah?” Jawab baginda:”Begini!”(Nabi memberi syarat dengan tangan beliau seolah-olah menggambarkan terjadinya suatu pembunuhan”.

(al-Bukhari)


Huraian1. Dalam arus pembangunan dan kemajuan yang pesat dewasa ini, umat Islam menghadapi krisis kebejatan moral yang amat membimbangkan. Ramai orang seolah-olah sudah lupa pada akhirat. Pelaku kejahatan bukan hanya terdiri daripada kalangan dewasa sahaja, namun anak-anak yang belum dewasa, ibu-ibu, bahkan orang yang sudah lanjut umur juga terlibat. 2. Perkara seperti ini perlu diberi perhatian serius oleh kita umat Islam kerana Allah SWT akan menimpakan bala dan laknat-Nya yang amat dahsyat disebabkan maksiat yang dilakukannya itu di mana ianya akan mengenai seluruh manusia.3. Apa yang dinyatakan oleh Rasul SAW di dalam hadis baginda telah pun berlaku di dalam realiti kehidupan kita pada hari ini. Ilmu telah diangkat atau disisihkan. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu agama atau ilmu syarak yang boleh memandu umat Islam kepada kebenaran, ilmu yang boleh menyelamatkan mereka daripada azab api neraka di akhirat kelak. Ulamak-ulamak yang takut kepada Allah SWT, yang memuliakan sifat-sifat zuhud dan warak semakin berkurangan dan berlaku pembunuhan di sana sini4. Maka bagi menghadapi situasi akhir zaman ini umat Islam perlu berhati-hati agar tidak terjatuh ke dalam kemungkaran. Benteng pertahanan aqidah perlu diperkuat dan diperkemaskan supaya tidak mudah terpedaya. Di samping itu konsep amar makruf nahi munkar harus diterapkan. Begitu juga konsep untuk saling mengingatkan dalam kebaikan dan kebenaran
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Doa

DOA
Doa ialah satu ucapan permohonan iaitu memohon dari hamba
(manusia) kepada Allah dengan hati yang ikhlas bagi mendapat
rahmat, inayah (pertolongan) dan juga bagi dijauhkan dari bala’
bencana dengan cara dan adab yang tertentu.


Perlembagaan Persekutuan (Perkara 3) memperuntukkan bahawa agama
Islam adalah Agama Bagi Persekutuan. Oleh itu amalan membaca doa
dalam Majlis-majlis Rasmi dan Separuh Rasmi Kerajaan adalah suatu
amalan yang suci dan murni sesuai dengan kedudukan agama Islam di Malaysia.


Pembaca doa seelok-eloknya seorang lelaki dan beragama Islam,
boleh menyebut perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu dan
Arab dengan tepat, fasih dan betul.

Pembaca doa seboleh-bolehnya individu yang mempunyai akhlak
dan sahksiah yang baik yang tidak dipertikai oleh pendengar dan
masyarakat.

Pembaca doa mestilah mengetahui kesesuaian doa yang dibaca
bagi satu-satu majlis yang diadakan.

Pembaca doa hendaklah datang ke majlis lebih awal sebelum
majlis dimulakan.

Pembaca doa hendaklah mempastikan dimana tempat bacaan
doa.

Sebelum memulakan doa, pembaca doa hendaklah memberi
tanda hormat kepada tetamu khas dan lain-lain tetamu yang hadir.

Pembaca doa hendaklah mengangkat tangan ketika berdoa.

Pembaca doa hendaklah membaca dengan nada suara yang
sesuai dengan maksud ayat di samping suara yang jelas, tidak
terlalu laju dan hendaklah dibaca dengan khusyuk serta tawadu’.

Tidak digalakkan pembaca doa membalikkan tangan taktala
memohon tolak bala’.

Pembaca doa hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian.

Saturday 11 October 2008

Mukadimah Ilmu

Kejayaan dalam kehidupan seseorang bukan hanya bergantung kepada kejayaan dalam bidang akademik semata-mata. Banyak faktor yang mendorong seseorang menjadi berjaya. Berfikir adalah salah satu usaha yang berlaku dalam setiap diri individu untuk menjadikan diri mereka berjaya pada hari ini berbanding pada masa-masa lalu. Dengan adanya usaha berfikir seseorang itu akan dapat mengubah kehidupannya dari masa ke semasa. Sejak dahulu lagi budaya pendidikan di sekolah-sekolah mengamalkan budaya berfikir tetapi sejauh manakah usaha itu beroleh kejayaan. Para guru telahpun berusaha untuk melihat kejayaan murid-muridnya dan kemahiran berfikir adalah fokus utama dalam menjayakan usaha ini.

Tanpa adanya penjanaan mental kalangan pelajar sesuatu usaha untuk melahirkan seorang insan yang berfikir tidak akan berlaku. Untuk melahirkan pelajar yang berfikir setiap mata pelajaran yang dipelajari akan diberi masalah untuk diselesaikan. Daripada usaha ini guru-guru dapat menjana mental pelajar supaya mereka berfikir secara kritis dan kreatif.

Pelbagai istilah berfikir ada dibincangkan oleh Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (2003) seperti berfikir kerana terpaksa, berfikir kerana sengaja mahu berfikir, berfikir bagi mencabar sesuatu permasalahan yang timbul, berfikir kerana ingin menjadi pemikir, berfikir kerana memprotes dan berfikir kerana mengkritik. Semuanya itu adalah usaha menjadikan setiap manusia berfikir. Dalam keadaan ini sudah pasti dunia pada hari ini melahirkan manusia yang berbagai ragam pemikirannya.

Saturday 4 October 2008

Aidil Fitri Kembali

Selamat Hari Raya kepada pembaca laman blog serindik.Kini serindik menulis di hutan pahang. Nak kata jauh tak jauh sangat sepelaung terbang mencari makna. Tujuan serindik menulis hari ini adalah untuk mengucapakan selamat hari raya kepada semua teman dan sanak saudara serta pembaca .Maaf di pohon kepada semua yang membaca dan yang terasa. Lepas ni niat hati serindik tak mahu lagi mengkritik soal politik tanah air .Serindik nak ubah canel kepada yang memberi ilmu kepada pembaca. Maaf dipinta kepada semua sempena hari raya ni.



Sila datang kerumah untuk kita sama-sama makan kuih raya.

Wednesday 17 September 2008

Zaid Ibrahim Yang Kepanasan Menggenggam Bara &Terpacul Mencabut Keris


Ramai pemimpin umno yang serupa dengan zaid ibrahim.Mereka hanya masuk umno demi kepentingan diri bukan untuk perjuangan.Mencari sebab untuk membuat kecoh dan merajuk. tengok sajalah si Zaid Ibrahim dah elok-elok menjadi wakil dalam kerajaan sebok pula letak jawatan. Teringat pula Serindik di zaman kolej dahulu memanglah mereka berebut nakkan jawatan tapi Serindik tengok saje tapi bila dah dapat tak mampu hendak menghadapi kerenah orang yang di pimpin,akhirnya mereka kecewa dan gagal melaksanakan tanggung jawap maka serindik berkata dalam hati.? x- : % @ # dan pelbagai lagi. Inilah kerenah manusia yang di gelar pemimpin. Daripada peristiwa itu Serindik menggunakan tindakan tunggu dan lihat.Hari ni pun berlaku perkara yang sama mereka tidak mahu menggunakan pendekatan menggenggam api biar menjadi bara,genggam bara biar jadi abu,alang-alang menyeluk pekasam biar kepangkal lengan semuanya mereka tak nak gunakan. Apa boleh buat.

Berbalik pada cerita Zaid Ibrahim tadi hangat-hangat tahi ayamlah dia tu. baru dapat jadi wakil kepada rakyat kelantan yang tidak berapa suka dengan pangkat senator mengendeng Paklah untuk dapat jawatan menteri kabinet. Deh-deh dah letak jawatan. Alang-alang letak jawatan elok juga pegi lompat party barulah gempak sikit. Apalah bodohnya Zaid ibrahim. Ha ya lah letak jawatan orang kutuk jika lompat parti orang kutuk berbaloilah tu.

Bukan dia tak tahu masuk umno nak cabut keris yang berkarat dan melekat kuat kerana darah perjuangan menentang British dahulu kuat keramatnya kalau tak cukup ilmu dan penuh dengan kejujuran dan kebaikan hantu keramat pemimpin Umno itu akan memaksa mereka kembali ke tempat asal.Maka mungkinlah Zaid Ibrahim ni balik ke tempat asalnya dan berkuburlah ia dalam kerier politik UMNO Kelantan dan Malaysia.

Wednesday 10 September 2008

Master dan Tesis


Setelah dua semester aku membuat penyelidikan dan akhirnya aku dapat membuat satu kesimpulan yang berharga dalam dunia seorang pelajar telah musnah hanya sekelip mata.

Apa yang berlaku pada master ku pada hari ini ialah Hard Disk my Computer dah rosak teruk.Mengikut perkiraan aku Hard Disk itu mengalami harapan tipis untuk di baiki.Nampaknya aku tak dapat menghabiskan tesis tersebut.Hanya tinggal beberapa ayat lagi untuk aku mencetaknya tapi apakan daya satu kesilapan kerana aku terlalu yakin dengan Pc aku yang ada.Rupanya sangkaan aku meleset dengan PC itu kerana akhirnya musnah.Tak tahu bila aku akan menyambung kerja itu kembali.Harapan hanya menjadi penyesalan.Serindik terbang mencari kedamaian sepetang.

Tuesday 9 September 2008

Sunday 7 September 2008

Menu For Ramadhan

Ramadan is just around the corner. Just a piece of ‘fasting’ advice. Start preparing yourself today. reduce food intake. 3/4 fullness, 3 meals a day, veggies and fruits or fruits only. Avoid meat, processed food, even white rice (sub with brown rice) if possible. Into Ramadan, be mindful when berbuka puasa. Plz refrain from indulging too much solid food. The best way is to start with a glass of water (with 2 slices of lemon if possible) and at least 3 kurma. Then to the prayers (be mindful when praying). After that, vegetable or fruit juices is recommended for ease of digestion, fiber and nutrients. If there’s still hunger pangs, take foods which is easy to digest and gentle to the stomach like porridge. REMEMBER! Fasting is the best way to detoxify the body’s system (if done correctly), so let your digestive system take a holiday and start turbocharging your excretion and immune system…. Selamat berpuasa

Gurindam Anwar Oh Anwar

Anwar Oh Anwar
Baru Jadi ketua pembakang atas alasan belas ehsan isteri
19 september di gembar-gembur
Benar atau tidak
Belum ada kepastian.

Berita ini sama dengan berita liwat anwar
Belum apa-apa kata dah meliwat
Benar atau tidak
Belum Pasti lagi

Anwar oh Anwar
Kami mahu kepastian
Kebenaran adalah benar
Ngapa Di Indonesia di gembar pula
Tidak dalam negara dekat dengan kami

Anwar-oh Anwar
16 September hampir tiba
Bila tahun ngapa tak di kata
Tahun 2008 atau 2009 atau 2010 atau 2011atau 2012 atau 2013
pada tahun itu ada 16 september
Bisa UmnO dan Barisan buat gelisah

Dap dan konco gembira tak terhingga
Melayu terpinga-pinga
Benar atau retorik saja
Kami diperbodoh umpama.
Anwar oh Anwar...............

Saturday 6 September 2008

Merdeka




MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA!
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 51
SELAMAT NEGARA KU, AMIN.

Isu Perkauman

Wajarkah Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail meminta maaf secara terbuka berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur perkauman ?

Persoalan yang di paparkan di atas membawa maksud orang melayu mempertikaikan kedudukan orang Cina di Dalam Negara Malaysia. Wahai orang Melayu sekalian adakah anda menyokong bahawa orang Cina adalah pendatang? Memang ada dua jawapan yang berbeza tentang persoalan ini.Tapi hakikatnya memanglah orang Cina itu pendatang pada asal nenek moyang mereka.Mereka harus sedar bahawa mereka adalah mewarisi keturunan mereka yang mendatang ke Bumi Tanah Melayu dan Kini Malaysia.

Bagi orang Cina pula fikirlah sedikit bahawa kamu itu memang mewarisi keturunan pendatang itu.Dah nama pun Cina asal keturunan kamu dari tanah besar Cinalah.Tak sedar-sedar diri lagikah.

Wahai orang politik melayu kamu harus sedar keturunan mereka tu dah menjadi warga negara dan mereka sedar dah lama pun dan mereka juga sedar dan mula berfikir bagaimana hendak menghalau orang-orang melayu ini .Sekarang ni mereka Cina-cina tu dah mula berani mempertikaikan sana-sini hak yang ada pada kita .Hak mereka langsung tak boleh di usik .Jenis apa kah mereka ini .Hak orang lain dia mahu hak sendiri perlu dikekalkan supaya anak cucu mereka senang.Wahai ahli politik melayu jangan gula-gula yang di beri sebagai umpan semuanya kamu katakan manis dan sedap cubalah fikirkan nasib anak bangsa kamu di kemudian hari.

Wahai orang politik Cina kamu boleh pertikaikan apa saja yang kamu suka.Tapi kamu harus sedar asal usul kamu tu.Kalau asal usul pun tak mahu nak tahu apa nak jadi pada bangsa kamu yang begitu rakus dan tidak menghormati orang lain.

Hoi orang melayu sedarlah mereka orang-orang cina cuba menjadi penjajah di era moden ini.
Kalau dulu orang melayu bertuankan Mat Saleh kau( orang politik) kata orang melayu di jajah,
Kalau dulu orang melayu bertuankan Jepun Kau kata orang melayu dijajah,
Kalau dulu orang melayu bertuan kan Belanda kau katakan orang melayu dijajah,

Tapi Hari Ini.........................................


Tapi hari ini berapa ramai orang melayu bertuankan Orang Cina kau katakan rakan kongsi.

Fikirkanlah wahai orang melayu.

Hoi orang Cina

Berakit-rakit kemuara sungai,
Jangan sampai terseliuh tangan;
Berdikit-dikit bila menilai,
Jangan sampai lupa asal keturunan.


Apakah ketuanan Melayu semakin di kikis oleh orang Melayu sendiri atau rakan kongsi yang di katakan tadi ? Persoalan baru yang akan terjawab dalam minda tuan-tuan semua.

Wednesday 27 August 2008

Piliharaya Permatang pauh dan kebenaran

Kemenangan Anwar adalah benar.
Kemenangan PKR adalah benar.
Kekalahan Datuk Arif adalah benar.
Kekalahan Umno adalah benar.
Kelebihan majoriti 15,640 lebih adalah benar.
Kegembiraan PKR adalah benar.
Kekalutan Umno juga adalah benar.
Nasib Melayu selepasini adakah benar?
Melayu boleh menjatuhkan melayu adakah benar?
Anwar nak jadi PM adakah benar?
Kemanakah Umno selepas ini adakah benar ?
Semuanya terjawab selepas kamu semua sedar bahawa Malaysia tidak stabil dari segi ekonomi,politik dan hubungan sosial.
Oleh itu wahai kaum pemimpin sekalian dengarlah luahan rakyat dibawah ini jangan buat pekak kerana perbuatan itu akan menghancurkan keutuhan kamu yang duduk di kerusi empuk tersebut.

Sunday 10 August 2008

Apa Nak Jadi Kita Hari Ini Sentimen Islam Dipertikaikan

Ambiga memberitahu wartawan bahawa pihaknya akan meneruskan forum berkenaan.
"Ini hak kami dan kami mengalu-alukan sesiapa untuk menyertai forum," kata beliau.
Siapa kami,siapa yang bagi hak,siapa Ambiga,siapa majlis peguam, siapa yang di bincangkan cuba tuan-tuan fikirkan persoalan-persoalan ini.Apa tujuan mereka ,mengapa mereka mahu itu dan ini,apa kepentingan isu terhadap mereka semuanya ada jawapan.Jika tiada batu yang jatuh ke tasik ,manakan air boleh berkocak.Tuan-tuan cuba fikirkan .Sekarang semua orang hendak mempertikaikan hak keistimewaan atau hak wargabumi malaysia yang berbangsa Melayu dan beragama islam dan bertuankan ketuanan Melayu.Apa yang mereka hendakkan kepada kita jika bukan kuasa yang kita ada.Wahai orang Melayu sedarkanlah diri kamu yang diulit dengan mimpi indah yang tidak menjadi kenyataan.Dimana kuasa Melayu yang harus kita angkat martabatnya.Mengapa dari saat demi saat,minit demi minit,jam demi jam, hari demi hari, tahun demi tahun mereka mahukan kuasa ini yang dah tinggal secubit.Apa yang ada pada kita jika semua yang ada hendak di ambil .Apa peranan kita untuk mempertahankan hak itu.Wahai anak-anak muda Malaysia Apa Nak Jadi Kita Hari Ini jangan leka gunakan semua jentera yang ada sam ada kuasa politik,kuasa NGO atau apa - apa kuasa yang ada mempertahankan apa yang dipertikaikan.Semua harus bersatu guru di sekolah jalankan tugas mu,pemuda kampung jalankan tugasmu,pelajar di kolej jalankan tugas mu,dan mana-mana individu yang membaca jalankan tugas kamu untuk mempertahankan pertikaian ini.Gunakan kekuatan ilmu (fikiran dan pengetahuan) yang ada bukan gunakan kekuatan tenaga.Kekuatan ilmu boleh menguasai kekuatan tenaga yang kita miliki sekiranya kita tahu menggunakannya.Tapi ramai orang Melayu pada hari ini tidak menggunakan kekuatan ilmu sebagai senjata. Jangan jadi lawyer buruk di kedai kopi cari pengetahun dan ilmu di kedai kopi.

Cerita Hari Ini


Hari ini aku tertidur keletihan .Apa sebab aku pun tak tahu .Yang pasti aku fedup lihat PC telah dimasuki Virus .Aku pergi kekedai untuk install anti virus haa mereka nak duitlah.Ada yang hendak RM 100,ada yang hendak RM 60.Last sekali aku cari yang free.Haaa ....

Tuesday 29 July 2008

Kerenah dan keseronokan

Satu percubaan dan kerenah anakku.Beginilah seronoknya zaman kanak-kanak.Kalau aku berada di tempat ini aku tidak mengenal kesusahan hanya yang tahu gembira dan merajuk.

Sunday 27 July 2008

UMNO & PAS @ PARTI BARU

"UMNO bubar PAS pun bubar, tubuh parti lain dengan syarat berdasarkan kepada Islam,"
kata ,Nik Abdul Aziz -Mursyidul Am PAS.

Apa pandangan orang-orang UMNO dan PAS?.Bagi Serindik Kesumba cadangan ini adalah yang terbaik daripada menyokong satu satu parti yang kita kenal keburukan.Nak di cuci pun tak boleh.Yang satu dah berkarat dan yang satu lagi dah berkulat.Tunggu sajalah masa untuk terus tersunggkur tanpa bermaya.Hukum tuhan yang tua akan mati yang baru menjadi muda dan kuat jika di berikan cukup peluang untuk menjdi pahlawan terbilang.Hai orang Melayu seluruh alam fikir-fikirkanlah nasib kamu semua .Serindik akan terbang kabus akan kering pokok akan tumbang hutan akan terang.Kamu yang tinggal harus pembelaan. Hai anak muda peluang ini terbuka kepada kamu sebagai pewaris bangsa khususnya Melayu Islam di alam jagat ini.

Tuesday 22 July 2008

Melayu Oh Melayu

Aku tertarik dengan satu isu sekarang ini apabila kerajaan Pulau Pinang menggunakan Bahasa Cina sebagai Bahasa Alternatif untuk menerangkan tanda jalan yang selama ini bahasa Melayu adalah bahasa Utama.berapa ramai orang cina yang datang ke Pulau Pinang hendak membaca papan tanda jalan dalam tulisan cina.Aku boleh kata orang cina Pulau Pinang dah kurang ajar . Apa orang melayu masih tak sedar lagike.Padan Muka pada orang melayu yang menyokong pakatan rakyat.Bangga sangatlah merekadengan pakatan rakyat yang sebuk hendakkan jawatan hingga lupa hak orang melayu telah di ambil sedikit demi sedikit.

MCA pula memberi kenyataan isu ini tidak boleh diperdebatkan dengan alasan di negara malaysia ini ada pelbagai kaum apalah salah gunakan pelbagai bahasa. Kepala bapak mereka nak guna bahasa cina datuk nenek moyang mereka .Hai orang cina seluruh Pulau pinang kalau hang nak tahu bahasa bapak ko orang guna sahaja lah di tanah besar cina tu.Di malaysia dalam perlembagaan kita dah kata bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa kebangsaan.Apa pasal nak guna bahasa cina pulak.Hang tutur sendirilah kami orang melayu tak mahu bahasa itu di tutur oleh keturunan kami.

hai orang bijak pandai dalam kerajaan kau harus sedar bahasa kita dah hampir terpinggir.Tak keterlaluan aku katakan kamu yang bijak pandai senang-senang tukar Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia apa pasal.Jika kita nak dengar orang bijak pandai cina dengan hujahnya yang logik tu mengarutlah.Mereka bukankah dah terkenal dengan putar belit,penipu dan berbagai lagi.Kau orang melayu tak sedarkah lagi.

Hai orang melayu tak keterlaluan aku kata disini makin lama makin terhakislah bahasa orang melayu yang timbul bahasa entah apa-apa.Sekarangni kalau nak ikut ramai pelajar tak mahu berbahasa melayu sebab dia orang kata buat apa nak belajar dah boleh bercakap dah cukup.

Fikir-fikirkanlah wahai orang bijak pandai bahasa dan orang kerajaan yang bertanggung jawab membincangkankan tentang bahasa melayu di peringkat atasan.

Wednesday 16 July 2008

Debat satu tinjauan

Semalam Bapak Menteri Penerangan danDSAI telah berdebat panjang lebar.Saya melihatnya sebagai satu sumber pengetahuan am sahaja.Namun ada yang melihat sebagai isu politik.Itu tak penting yang penting sebahagian daripada jutaan rakyat Malaysia telah melihat debat mereka .Terpulanglah kepada komen-komen daripada mereka yang melihat.Satu yang dapat saya simpulkan ada satu saluran telah dilakukan untuk memberitahu kepada rakyat kekuatan dan kelemahan kepada pendebat kita malam itu.Ada yang mengulas DSAI hebat ada juga mengatakan Bapak Menteri Penerangan Kita Hebat.Bagi saya kedua-duanya hebat.Satu wakil kerajaan satu lagi wakil pembakang.Memang mereka berperanan dengan tanggungjawab mereka.Kalau semua yang dilakukan tanpa bangkangan tidak timbul isu debat.Prinsip berdebat memang begitu ada pencadang ada pembakang.Keputusan kepada penonton.Mereka sebagai pengadil dalam perdebatan itu.Untung rugi kita sebagai rakyat yang menanggungnya.Tunggu dan lihatlah apa perubahan yang berlaku selepas debat ini menjadi perbincangan pihak atasan.

Sunday 29 June 2008

Politik Sekarang sambungan

Semalam aku ke rumah saudara mara. Mereka masih membicarakan tentang politik sekarang.Bagi aku itu tak penting yang penting aku kata siapa yang mentadbir negara mereka harus bertanggungjawab menguruskan semua keperluan rakyat tiba masa kita berkuasa kita gunakan kuasa itu bila mereka berkuasa mereka harus berhati-hati urusan mereka. Kita hidup di malaysia ini bukan seorang. Kita orang marhan ini hanya dapat bersuara di kedai kopi.Tindakan kita jika keterlaluan silap-silap masuk lokap. Kita serah kan kepada mereka yang berani. Bukan aku tak berani tetapi dah sampai 100 hari negeri selangor di tadbir oleh kerajaan baru air paip di daerah kita tidak bermeter dan kualiti air buruk.Minum air keruh macam air limbah.Ada persatuan tak juga boleh buat apa. ada kerajaan apa yang boleh mereka tolong. Mana orang-orang yang mengangkat sepanduk dulu buatlah sesuatu untuk mengubah keadaan ini pandai angkat sepanduk sahaja apa. Pernah saja bercakap mereka ketawa .Saya kata buat apa buang masa angkat sepanduk jual goreng pisang lagi bagus. Mana ada modal mereka kata.Sekarang mereka angkat sepanduk dapat modalke jual sepanduk. Fikir-fikirlah sendiri.Buat tu buatlah jangan melampau hingga lupa siapa diri ini...... nanti baca lah lagi luahan hati ini.




jika ada komen sila emailkan komen anda ke wahibkesumba@yahoo.com.my

Tempat tempat yang pernah dipijak

Kuala Selangor
Destinasi ke Bukit Melawati di Kuala Selangor. Bukit Melawati yang merupakan tapak di mana dua buah kubu telah dibina pada penghujung abad ke 18 terletak di muara Sungai Selangor. Di sinilah tempatnya di mana kerajaan Kesultanan Selangor yang kaya dengan bijih timah telah berkubu untuk mempertahankan diri dari serangan penceroboh Belanda yang telah pun menawan Melaka.


Langkawi
Langkawi is an archipelago of 99 islands (an extra 5 temporary islands are revealed at low tide [1]) in the Andaman Sea, some 30 km off the mainland coast of northwestern Malaysia. The islands are a part of the state of Kedah, which is adjacent to the Thai border. By far the largest of the islands is the eponymous Pulau Langkawi with a population of some 45,000, the only other inhabited island being nearby Pulau Tuba. Langkawi is also an administrative district with the town of Kuah as the capital and largest town. Langkawi is a duty-free island.

Kota Baharu Kelantan

pemerintahan Sultan Muhammad II pada tahun 1844. Bandar ini terletak tidak jauh dari muara Sungai Kelantan. Kota Bharu menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan negeri Kelantan. Jumlah penduduk pada 2005 ialah sekitar 425,294 orang.Kota Bharu tidak mempunyai rangkaian lebuh raya tetapi boleh dihubungi melalui Lebuh Raya terdekat LPT dan susur keluar di Kemaman dan meneruskan melalui Jalan Persekutuan 3 menuju ke Kota Bharu. Kota Bharu juga tidak mempunyai rangkaian kereta api tetapi boleh menggunakan stesen kereta api terdekat di Wakaf Bharu 7 kilometer ke utara Kota Bharu.
Kota Bharu juga merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli, dan Gua Musang


Bandaraya Melaka

Negeri Melaka terletak di pantai barat daya Semenanjung Malaysia, serta bertentangan dengan Sumatera. Berkeluasan 1,650 kilometer persegi, ia bersempadankan Negeri Sembilan di utara dan Johor di timur. Pulau Besar, Melaka juga termasuk dalam sempadan negeri. Jumlah penduduk Melaka pada tahun 2001 ialah 648,000.
Penduduk-penduduk negeri Melaka terdiri daripada:
Bangsa Melayu: 50%
Bangsa Cina dan Peranakan (Baba dan Nyonya): 40%
Bangsa India, termasuk segolongan kecil bangsa Chitty
Lain-lain bangsa, termasuk bangsa Papia Kristang, iaitu bangsa Serani yang berketurunan daripada bangsa Portugis dan yang bertutur dalam bahasa Cristao (sejenis dialek Portugis yang lama).
Bandar-bandar utama di negeri Melaka ialah Bandaraya Melaka, Alor Gajah, Masjid Tanah, Jasin, Merlimau, Tampin/Pulau Sebang, Ayer Keroh dan Asahan.
Bandaraya Bersejarah Melaka juga berkembar dengan lima buah bandar terkemuka yang lain iaitu - Lisbon, Portugal (16 Januari 1984), Kuala Lumpur, Malaysia (15 April 1989), Hoorn, Belanda (8 November 1989), Valparaiso, Republik Chile (24 June 1991) dan Nanjing, China (2001)

Kuala Kangsar

Kuala Kangsar adalah merupakan Bandar DiRaja dan bersejarah bagi negeri Perak Darul Ridzuan. Kuala Kangsar juga merupakan kawasan pelancongan yang mempunyai pelbagai produk-produk tempatan dan IKS (Industri Kecil dan Sederhana)yang menarik. Terletak kira-kira 48 kilometer ke utara dari Ipoh. Kuala Kangsar mendapat nama bersempena pokok kangsar yang tumbuh di tebing sungai dan juga terdapat versi mengatakan terdapatnya 99 anak sungai dan kurang 1 kepada seratus, iaitu melalui sebutan Kuala Kurang Sa. Kuala Kangsar dapat dihubungi melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), jalan persekutuan dan melalui kemudahan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Kuala Kangsar juga merupakan sebuah daerah yang ditadbir oleh Pejabat Daerah Kuala Kangsar dan bagi kawasan perbandaran ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Pusat pertumbuhan utama daerah adalah Bandar Kuala Kangsar, Sungai Siput (U), Padang Rengas, Manong, Sauk, Karai, Salak, Lintang dan Lasah. Bandar Sungai Siput (U) merupakan pusat pertumbuhan kedua terbesar selepas Bandar Kuala Kangsar
.


Temerloh
Temerloh adalah sebuah bandar di tengah-tengah negeri Pahang yang terletak di persimpangan antara Sungai Semantan dan Sungai Pahang. Temerloh berada pada ketinggian 163 kaki di atas aras laut dan kedudukan geografinya ialah 3°27'U dan 102°26'T. Bandar ini bermula daripada aktiviti perdagangan yang wujud sejak dahulu akibat daripada lokasinya yang strategik. Bandar ini telah digelar "Bandar Ikan Patin". Temerloh juga merupakan nama sebuah daerah di mana bandar Temerloh terletak.


Kuantan

Kuantan ialah ibu negeri Pahang, negeri terbesar di Semenanjung Malaysia dengan keluasan lebih kurang 36,000 km². Penduduk Kuantan terdiri daripada 62% orang Melayu, 28% orang Cina, 4% orang India dan 6% kaum-kaum lain. Kuantan terletak berhampiran Sungai Kuantan mengadap ke Laut China Selatan. Pusat pentadbiran negeri Pahang telah berpindah ke Kuantan dari Kuala Lipis sejak dari tahun 1976.
Kuantan dipercayai telah wujud semenjak awal tahun 1850-an lagi. Kewujudan Kuantan pada kurun ke-19 adalah bermula sebagai petempatan. Hal kewujudan Kuantan ini telah pun disentuh oleh Abdullah Abdul Kadir Munshi pada tahun 1851/2 seperti berikut:
"Hatta pada malam Khamis datanglah sebuah perahu kecil dari KUANTAN. Maka berkhabarlah ia kepada anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh, empat puluh buah dan di Pulau Kapas pun ada, dan di Pulau Redang pun ada dan; maka telah didapati dua buah perahu orang Kuantan dan dua buah lepas lari...."
Pada peringkat awalnya Kuantan lebih dikenali dengan nama Kampung Teruntum. Petempatannya adalah sekitar muara Sungai Teruntum iaitu berhadapan dengan bangunan hospital sekarang. Ia telah dibuka oleh Hj. Senik dan pengikutnya dalam tahun 1850-an. Semasa tinggal di sini mereka mengusahakan kawasan paya yang terletak di tapak hospital sekarang di samping menangkap ikan dan berniaga secara kecil-kecilan. Bukti bahawa kawasan tersebut telah dijadikan petempatan ialah perkuburan Cik Timah berhampiran dengan Taman Esplanade.

Teluk Intan
Bandar Teluk Intan di 4`Utara dan 101.5 `Timur , di sebelah pantai Barat Semenanjung Malaysia. Terletak di selatan negeri Perak, merupakan pusat pentadbiran bagi Hilir Perak.
Bandar Teluk Intan di lingkungi oleh aliran Sungai Perak dan Sungai Bidor. Bandar ini adalah bandar yang terbesar sekali di selatan Perak berbanding dengan Kampar, Tapah, Hutan Melintang dan Bagan Datoh.
Sungguhpun di luar Lebuh raya Utara Selatan, bandar Teluk Intan terus hidup dan pesat membangun.
Dari segi kedudukan bandar di Malaysia, Teluk Intan menduduki tempat ke-17. Di Perak menduduki tempat ketiga. Ini menunjukkan bandar ini sangat penting.
Bandar terdekat ialah Sabak Bernam, Bagan Datoh, Bidor, Tapah, Kampar dan Lumut.
Bandar ini disambungkan dengan Lebuh raya Kayan ke Manjung, Lumut dan Pulau Pangkor. Laluan ke Tapah dan Bidor.
Nama Teluk Mak Intan diambil dari seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik iaitu Mak Intan, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan disekitar awal abad ke 19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan. Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Jawa, Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para petani dan para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya. Berkuatkuasa 1 Januari 1982, bandar ini tukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan.[1], [2]



Sejarah
[sunting] Info Lain
Nama asalnya ialah Teluk Ma Hitam.
Nama asalnya Teluk Mak Intan. Seorang gadis bernama Intan dari sebuah keluarga keturunan Sumatera yang berpengaruh. Bapanya berulang-alik dari Sumatera ke sini untuk berniaga kain batik. Gadis ini mandi di tebing Sungai Perak bersama-sama rakan-rakannya. Cincin pemberian ibunya telah tenggelam dan lenyap di dalam lubuk Sungai Perak. Sejak itu diberi nama Teluk Mak Intan . Kemudiannya Telok Mak Intan telah di tukar nama kepada Teluk Anson sempena nama Jeneral Archibald Anson iaitu gabenor Inggeris yang datang ke Telok Mak Intan pada masa itu.

Saturday 21 June 2008

Inilah gambar kenakalan anak-anak ku di sekitar menara berkembar Petronas yang menjadi buah mulut orang selepas kenaikan harga minyak.

Politik sekarang

Sudah banyak berita yang dibaca dan didengar tentng politik dalam negara kita malaysia ini.Banyak keputusan yang difikirkan oleh orang-orang politik. Adakah situasi ini harus berlaku sehingga pilihan raya kali ke 13.Kita harus sedar dan perlu mengetahui adakah perjuangan individu pemimpin parti sama ada pembangkang atau pun kerajaan di persetujui oleh rakyat.Selain itu para pemimpin harus juga sedar bahawa adakah perjuangan mereka ikhlas terhadap apa yang hendak dibawa kepada rakyat.Saya berpendapat seolah-olah pemimpin sekarang ini hanya berebut kuasa tanpa memikirkan tentang rakyat.Mereka tidak memikirkan apa kesan atas tindakan mereka.Yang mereka tahu kedudukan dan kuasa.Lihatlah sekarang ni yang berkuasa boleh di singkirkan bila -bila masa sekiranya kuasa itu benar-benar diberikan kepada rakyat seperti kita. Fikir-fikirlah sendiri.

Sunday 15 June 2008

Jom Bercerita

Sekarang saya mencuba satu ruang di zaman it ini iaitu untuk mempunyai laman blog.Adakah betul cara penggunaan blog ini. jika sesiap hendak membuat komen silakan. Terima kasih

selamat datang ke blog saya

Selamat Datang keblog saya .Ini adalah ercubaan saya mahu memulakan blog saya ini.