Halaman

Wednesday 30 December 2009

Apa nak jadi pemimpin kita

KOTA BHARU: Suasana tegang menyelubungi perkarangan rumah isteri kedua bekas Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Dr Rosli Allani Abd Kadir, 35, di Kampung Telipot di sini, semalam, apabila dikepung sekumpulan lelaki yang tidak berpuas hati dengan tindakan pasangan terbabit yang didakwa enggan mematuhi perintah mahkamah syariah mengarahkan mereka dimufarakah (dipisahkan) sehingga perbicaraan kes mereka selesai.

Apa nak jadi kepada pemimpin kita hari ni. Tok guru nak pilih pemimpin yang berakhlak tapi dapat yang buat kerja salah.Tak berakhlak lah tu.Macam mana ya kalau nak cari pemimpin yang berakhlak 100% baik.Wahai pembaca sekalian kalau nak cari pemimpin carilah cara bijak pandai dalam cerita Musang berjanggut arahan P ramlee.Watak bijak pandai yang di lakunkan oleh saadiah amat menarik dan patut di contohi.Kalau kita ikut cara tu mungkin dapatlah pemimpin yang baik dan luhur untuk rakyat jelata.Waalahualam.

Tuesday 22 December 2009

Harapkan pagar Pagar Makan padi

Sabtu lalu Berita Harian mendedahkan kehilangan enjin jenis GE J85-21A pesawat tempur F-5E milik TUDM yang dipercayai antara skandal penyelewengan terbesar dalam sejarah TUDM. Maklumat risikan mengesahkan enjin itu dijual ke sebuah negara di Asia Barat.

Rakyat Malaysia mengharapkan pasukan yang bertanggungjawab menjaga harta benda negara namun hakikatnya harapkan pagar ,pagar yang makan padi harapkan pasukan keselamatan negara mengawal keamanan negara mereka pula yang membuat onar dalam negara hapuskanlah mereka itu.Telunjuk saja lurus tapi kelingking berkait.Kalau hamba dapat mereka akan hamba sembelih hidup-hidup kerana mereka negara kita jadi kelam kabut.Dah lah harapkan wakil rakyat menjaga kita mereka pun tak menjaga seberapa.Yang tahu kuasa dan jawatan saja.Peeeegilah.Jual maruah kamu itu ke pada mafia-mafia yang ada.Jangan persalahkan hamba jika hamba tidak menghormati kamu semua.Dan jangan salahkan rakyat jika kuasa beralih kepada tangan orang lain .
Selamat mengubah persepsi hamba dan rakyat jelata.

Monday 14 December 2009

Ngapa ANWAR Gelabah


KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa Biro Tata Negara (BTN) telah menayangkan di Internet beberapa rakaman ucapannya pada sesi BTN.Katanya BTN harus bertanggungjawab dan tidak harus memilih dalam menyiarkan ucapan tersebut.BTN juga harus menyiarkan ucapan pemimpin Umno yang lain pada sesi BTN tersebut, katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
"Saya akan mempertahankan kedudukan saya," katanya dan menjelaskan ucapan itu dibuat ketika beliau di dalam Umno.
"Dulu Lain Sekarang Lain" slogan orang yang takut dengan bayangannya sendiri.Luu fikirlah sendiri...Kalau dah berani menikam mengapa pula takut untuk mencabut keris yang terbenam.

Saturday 12 December 2009

Bendera Malaysia Dibakar Oleh Indon


Apakah perasaan saudara apabila melihat bendera negara saudara di bakar ? Tergamam saya hendak menjawapnya apabila sebuah rancangan televisyen Indonesia menayangkan bendera Malaysia di bakar oleh rakyatnya.Ketika itu kami sama-sama menonton rancangan televisyen negara mereka.Slogan yang di tulis pada bendera itu begitu menghina negara kita yang tercinta iaitu" MALINGSIA'. Lalu bendera itu di bakar dan di arak beramai-ramai.
Pengalaman ini saya dapat semasa saya berkunjung ke Bumi Minangkabau.Terdiam seketika saya memikirkan apakah jawapan yang harus saya perkatakan.Saya terfikir bahawa ada isu yang mereka tidak puas hati kepada kita.
Wahai warga negara Malaysia mereka secara amnya tidak puas hati dengan cara kita mempromosikan budaya kita,layanan sesetengah orang kepada pembantu rumah dan lain-lain lagi.Itulah sebabnya mereka memandang serong terhadap kita Malaysia ini.

Malaysia atau Indonesia


Itulah Gunung Merapi yang terletak di Tanah Minangkabau Daerah Sumatera Barat yang bergelora dengan lahar panas yang akan menenggelamkan penduduk disekitarnya.Tiada siapa yang dapat meneka bila gunung tersebut akan meletus.Berbanding dengan tanah Malaysia yang tercinta yang kita boleh teroka dan menambah rezeki di atasnya tanpa gangguan sesiapa.

Wahai warga negara Indon ketahuilah kamu bahawa negara ini aman dan makmur sumber mencari rezeki kepada kamu yang rajin.Tetapi ada di kalangan kamu yang tidak pernah memijak bumi Malaysia berperasaan serong terhadap warga kami lalu maruah negara kami di cerca dan di bakar. Apakah perkataan 'MALINGSIA' dapat merapatkan hubungan Malaysia dan Indonesia ? Ketahuilah kamu Malaysia adalah bumi BERTUAH.