Halaman

Tuesday 9 December 2008

Air disekat, meter tiada, wang di pungut

Tersebutlah cerita disebuah kawasan ditengah pelusuk nusantara.Disebuah negeri yang bernama Selangor Darul Ehsan.Seorang menteri besar bernama Tan Sri Mohamed Khalid Ibrahim.Dulu Negeri ini diperintah oleh Dato Sri Dr Khir Toyo.Wakil rakyatnya dahpun ditukarkan (parlimennya -G Palanivel,DUNnya Zainal Abidin Sakom,Dahulunya lagi Muhammad Taib).Kini Parlimennya Zainal Abidin Ahmad dan DUNnya Isa Abu Kassim.
Mana peginya air yang di anugerahkan Allah secara percuma kepada Hambanya.
Kerakusan manusia menyebabkan manusia lain menderita.
Ingatlah wahai manusia kamu akan dipertanggungjawapkan dan kamu akan di hitung segala perbuatan.
Ingatlah sebelum kamu mati.Alkisahnya pemimpin dah berubah masalah tak diubahpun. Kami dah susah payah ubah mereka tak sedar-sedarkah lagi.Ngapa tak ubah nasib kami yang perlukan pertolongan daripada kamu semua. Yang boleh kami lakukan sendiri kami akan lakukan tapi kalau yang kami tak mampu kami minta tolonglah.
Tersebutlah kisah di daerah kami ini Bukit Beruntung 3 (Kesumba & Widuri) tanah jajahan parlimen Hulu Selangor dan Dewan Undangan Negeri Batang Kali tidak mendapat bekalan air bersih yang di war-warkan oleh kerajaan negeri. Nak jaga kesihatan konon,tapi kami masih lagi meneguk pelahap air sungai selangor yang tercemar. Mesin Pam di gunakan pemaju untuk memberi kami yang kehausan air.Sampah keladak dan najis semuanya kami terima kerana tiada pilihan.Bekalan air di sekat,meter tak dipasang,wang kami telah dikutip pemaju Talam Coperation yang entah dimana.Mana janji kamu itu.
Arakian telah lama kami bertahan kalau ikut kelendar Serindik sejak tahun 2003 hingga Kini 2008 ( Dah 5 Tahun ) kalau ikut kelendar kawan-kawan, mereka kata lebih daripada itu. Maknanya dah lama kami menelan pelahap air yang dimaksudkan tadi.Nak tak nak kami terpaksa.Tak ada pilihan.... Hanya Allah yang tahu apa yang kami masukkan ke dalam kantong perut ini.

Masa serindik menulis ni air tak ada di tangki kami dah dua hari tak dapat bekalan air yang di Pam pemaju Talam Coperation konon.Aduan dah di buat pelbagai alasan di beri,wakil rakyat dah tahu tapi tak ada taring untuk menerkam,tak ada suara untuk mengaum,adu kat syabas mereka kata begitu begini.Apa nak lagi.Kalau Serindik ada kuasa Superman dah lama serindik bertindak memerangi musuh-musuh ini.Biar mereka tahu bahawa kuasa pembelaan lebih bermakna pada ketika kuasa mereka bermaharaja lela.

1 comment:

Zul-Elle said...

Salam duhai kawanku si burung serindik...

Tak de ape nak ulas pun... takut nanti burung marah plak kang, so sabau jer laa.. sambil2 tu buatla per2 tindakan yg patut!

wassalam...