Halaman

Saturday 11 October 2008

Mukadimah Ilmu

Kejayaan dalam kehidupan seseorang bukan hanya bergantung kepada kejayaan dalam bidang akademik semata-mata. Banyak faktor yang mendorong seseorang menjadi berjaya. Berfikir adalah salah satu usaha yang berlaku dalam setiap diri individu untuk menjadikan diri mereka berjaya pada hari ini berbanding pada masa-masa lalu. Dengan adanya usaha berfikir seseorang itu akan dapat mengubah kehidupannya dari masa ke semasa. Sejak dahulu lagi budaya pendidikan di sekolah-sekolah mengamalkan budaya berfikir tetapi sejauh manakah usaha itu beroleh kejayaan. Para guru telahpun berusaha untuk melihat kejayaan murid-muridnya dan kemahiran berfikir adalah fokus utama dalam menjayakan usaha ini.

Tanpa adanya penjanaan mental kalangan pelajar sesuatu usaha untuk melahirkan seorang insan yang berfikir tidak akan berlaku. Untuk melahirkan pelajar yang berfikir setiap mata pelajaran yang dipelajari akan diberi masalah untuk diselesaikan. Daripada usaha ini guru-guru dapat menjana mental pelajar supaya mereka berfikir secara kritis dan kreatif.

Pelbagai istilah berfikir ada dibincangkan oleh Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (2003) seperti berfikir kerana terpaksa, berfikir kerana sengaja mahu berfikir, berfikir bagi mencabar sesuatu permasalahan yang timbul, berfikir kerana ingin menjadi pemikir, berfikir kerana memprotes dan berfikir kerana mengkritik. Semuanya itu adalah usaha menjadikan setiap manusia berfikir. Dalam keadaan ini sudah pasti dunia pada hari ini melahirkan manusia yang berbagai ragam pemikirannya.

2 comments:

Anonymous said...

salam cikgu....

jenguk2 la muallim kat sini

unrestmind said...

salam bro...saya telah mnyemak kamus DBP...ejaan yg betul bg SERINDIK ialah SERINDIT...pls take note .