Halaman

Tuesday 21 October 2008

Doa

DOA
Doa ialah satu ucapan permohonan iaitu memohon dari hamba
(manusia) kepada Allah dengan hati yang ikhlas bagi mendapat
rahmat, inayah (pertolongan) dan juga bagi dijauhkan dari bala’
bencana dengan cara dan adab yang tertentu.


Perlembagaan Persekutuan (Perkara 3) memperuntukkan bahawa agama
Islam adalah Agama Bagi Persekutuan. Oleh itu amalan membaca doa
dalam Majlis-majlis Rasmi dan Separuh Rasmi Kerajaan adalah suatu
amalan yang suci dan murni sesuai dengan kedudukan agama Islam di Malaysia.


Pembaca doa seelok-eloknya seorang lelaki dan beragama Islam,
boleh menyebut perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu dan
Arab dengan tepat, fasih dan betul.

Pembaca doa seboleh-bolehnya individu yang mempunyai akhlak
dan sahksiah yang baik yang tidak dipertikai oleh pendengar dan
masyarakat.

Pembaca doa mestilah mengetahui kesesuaian doa yang dibaca
bagi satu-satu majlis yang diadakan.

Pembaca doa hendaklah datang ke majlis lebih awal sebelum
majlis dimulakan.

Pembaca doa hendaklah mempastikan dimana tempat bacaan
doa.

Sebelum memulakan doa, pembaca doa hendaklah memberi
tanda hormat kepada tetamu khas dan lain-lain tetamu yang hadir.

Pembaca doa hendaklah mengangkat tangan ketika berdoa.

Pembaca doa hendaklah membaca dengan nada suara yang
sesuai dengan maksud ayat di samping suara yang jelas, tidak
terlalu laju dan hendaklah dibaca dengan khusyuk serta tawadu’.

Tidak digalakkan pembaca doa membalikkan tangan taktala
memohon tolak bala’.

Pembaca doa hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian.

No comments: