Halaman

Tuesday 19 April 2011

Kajian Tindakan

ABSTRAK KAJIAN
Kajian ini memfokuskan pada beberapa penggunaan sistem tatabahasa yang diamalkan oleh murid-murid tahun 5. Mereka dilihat dan diuji semasa proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia di dalam bilik darjah. Pelaksanaan kajian tindakan ini menggunakan kaedah pemerhatian dan kaedah ujian dalam aktiviti penulisan kemahiran memindahkan maklumat. Responden yang terlibat dalam kajian tindakan ini melibatkan 34 orang murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Rasa, Rasa, Selangor. Dapatan menunjukkan di peringkat awal murid-murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Rasa tidak mengamalkan secara menyeluruh sistem tatabahasa yang mereka pelajari seperti penggunaan kata sendi nama, kata nama dan penjodoh bilangan dalam struktur ayat yang mereka tutur dan tulis. Setelah diberitahu dan diterangkan secara mendalam maka amalan mereka berubah dan mereka dapat menulis struktur ayat yang baik serta menggunakan sistem tatabahasa yang diajar kepada mereka. Berdasarkan dapatan kajian tersebut beberapa implikasi dan cadangan telah dikemukakan.


PENGUASAAN SISTEM TATABAHASA BAHASA MELAYU SATU KAEDAH MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT DAN BERBAHASA KALANGAN MURID-MURID TAHUN LIMA DI SEKOLAH KEBANGSAAN RASA
OLEH:ENCIK ABDUL WAHIB BIN MUHAMMAD NASIR
1.0 PENGENALAN
Perkataan ‘Nahu’ atau ‘Tatabahasa’ begitu sinonim dengan pembelajaran Bahasa Melayu yang menjadi subjek penting dalam sistem pendidikan di Malaysia.Selepas ini saya akan menulis menggunakan istilah ‘tatabahasa’ kerana istilah ini telah mendominasi arena istilah bahasa Melayu berbanding dengan istilah ‘Nahu’ seperti yang saya nyatakan di atas. Pengetahuan tentang tatabahasa merupakan unsur penting yang perlu diketahui oleh setiap murid atau pelajar dalam mempelajari Bahasa Melayu.Pendek kata ilmu tatabahasa haruslah dikuasai oleh mereka kerana ilmu itu dapat memahirkan mereka dari segi membina ayat untuk tujuan penulisan dan juga sebagai penutur Bahasa Melayu yang baik.
Kelemahan menguasai tatabahasa dalam penulisan dan pertuturan menandakan kurangnya keindahan gaya bahasa atau kegramatisan bahasa yang dituturkan khususnya Bahasa Melayu. Berdasarkan permasalahan ini, kajian tindakan telah saya lakukan bertujuan mengubah amalan murid supaya memahami dan menguasai sistem tatabahasa Melayu. Selain itu amalan ini dapat membantu mereka menghasilkan bahasa tulisan dan bahasa pertuturan yang gramatis.
Kajian ini dilakukan kepada 34 orang murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Rasa, Rasa Selangor. Sebelum kajian ini dilakukan tinjauan telah di buat menggunakan kaedah pemerhatian dan penyelidikan berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun di tahun 4 tahun 2010 yang lalu. Temubual juga dilakukan kalangan murid yang menjadi responden kajian tindakan ini.Penilaian soalan tatabahasa pula telah dilakukan kepada 34 orang murid tahun 5 sebagai mengesahkan kajian tindakan ini.

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Kelas 5 Pintar merupakan kelas yang mempunyai 34 orang murid yang merupakan target Panitia Bahasa Melayu Sekolah kebangsaan Rasa untuk lulus A dalam Kertas Pemahaman dan Kertas Penulisan pada Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ) tahun 2012.
Walaupun dominasi murid daripada kelas ini merupakan penuntur asli Bahasa Melayu iaitu seramai 33 orang murid berbangsa Melayu dan seorang murid berbangsa Punjabi namun tahap penguasaan mereka terhadap tatabahasa masih lemah. Kebanyakan mereka tidak dapat menguasai kemahiran tatabahasa dengan baik, sedangkan mereka telah belajar semasa tahun 1 hingga tahun 4. Perkara-perkara asas telah didedahkan kepada mereka sebelum ini. Buktinya apabila saya memberi latihan membina ayat kata kerja transitif, kebanyakkan mereka tidak dapat membina ayat dengan gramatis kerana tidak faham akan konsep kata kerja transitif. Kesalahan penggunaan kata kerja transitif begitu ketara apabila murid-murid menulis karangan dan menjawab soalan tatabahasa dan pemahaman. Keadaan ini menggambarkan ada berlaku gangguan sama ada dalam penyampaian maklumat atau kecuaian yang nyata dari aspek tatabahasa, kerana bukan sahaja dari aspek kata kerja transitif malah banyak bahagian tatabahasa yang belum boleh dikuasai dengan baik oleh murid-murid tersebut.
SENARAI NAMA MURID TAHUN 5 PINTAR 2011
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2010
(PKSR II TAHUN2010)
BIL
NAMA MURID
MARKAH
BM 1
(Pemahaman)
GRED
MARKAH
BM 2
(Penulisan)
GRED
1
ABDUL RAHMAN BIN GHAZALI
88
A
67
B
2
ABDUL RAHMAN BIN ISMAIL
73
B
65
B
3
AHMAD MUSTAQIEM BIN MUZANI
78
B
67
B
4
AIMAN HARIZ BIN ZULKIFLI
70
B
73
B
5
A’INA SHAHIRA BT ZULHAIRI
80
A
58
C
6
AMIRAH FATINAH BT AZMI
93
A
70
B
7
ARIEF ZIKRI BIN JEFRIDI
90
A
75
B
8
ARIF IMRAN BIN ANUWAR
75
B
67
B
9
ARISHA BT SAIFUL ANUAR
73
B
68
B
10
FARAH SYAZWINA BT ZULKEPALI
70
B
78
B
11
MARIAH BT OTHMAN
80
A
73
B
12
MUHAMMAD AIRUL EZHAM BIN MOHD RAZI
80
A
68
B
13
MUHAMMAD ALIF HAQIMI BIN MAZLI
55
C
77
B
14
MUHAMMAD AMMAR MUSYRIF BIN MOHD
70
B
87
A
15
MUHAMMAD ASRAF BIN MUHD FAIRUDDIN
88
A
80
A
16
MUHAMMAD HAKIMI BIN ALAIAS
83
A
75
B
17
MUHAMMAD KHAIRUL NAJMAN B.ABD RANI
83
A
58
C
18
MUHAMMAD SHAHRIN AZWAN BIN AZMI
75
B
62
B
19
NUR AMIRAH SYAHIRAH BT ZAHARI
95
A
78
B
20
NUR AMIRAH ZAHIRAHBT ZAHARIN
88
A
62
B
21
NUR ATIQAH ILYANA BT MOHD ARIFFIN
68
B
57
C
22
NUR FATIMAH BT MOHD. MUSA
83
A
70
B
23
NUR INTAN FARIZA BT MOHD YAZID
63
B
63
B
24
NUR RAHIMAH BT ABDUL RAHIM
85
A
72
B
25
NURLIAYANA BT NORDIN
88
A
67
B
26
NURTAISA BT RASHID
78
B
63
B
27
NURUL HANIS FARHANAH BT ZULAILI
80
A
58
C
28
NURUL ZUHANNA ALIA BT ABD RAZAK
88
A
77
B
29
RASHID MUHAMMAD AZIM BIN ABD WALI
83
A
78
B
30
RAZWANATASHA BT RUZAIDI
93
A
77
B
31
SIMRANJEET KAUR A/P SARJIT SINGH
83
A
77
B
32
SOFWAH SOLEHAH BT MOHD HARNAIN
75
B
62
B
33
WAN NUR ALISYA BT WAN MOHD ZAMZURI
93
A
70
B
34
WAN NURSHAZMIN BT WARUZI
85
A
55
C
ANALISA KEPUTUSAN
GRED
Pemahaman
Penulisan
BM 1
% Lulus
BM 2
% Lulus
A
21
61.7 %
2
5.9 %
B
12
35.3 %
27
79.4 %
C
1
3.0 %
5
14.7 %
JUMLAH
34
34
Ulasan:
Kertas Bahasa Melayu Pemahaman menunjukkan peratus kelulusan yang tinggi dalam gred A berbanding dengan peratus kelulusan dalam Kertas Penulisan iaitu 61.7 % bagi Pemahaman dan 5.9 % bagi Penulisan. Bagi gred B pula Kertas Pemahaman mendapat 35.3 % berbanding 79.4 % bagi Kertas Penulisan. Manakala gred C peratus kelulusan Kertas Pemahaman mendapat 3.0 % berbanding 14.7 % bagi Kertas Penulisan.
Secara keseluruhan menunjukkan bahawa murid-murid tahun 5 ini lebih menguasai Kertas Pemahaman berbanding Kertas Penulisan. Oleh itu, murid-murid tidak dapat mempraktikkan sistem tatabahasa yang mereka gunakan dalam kertas pemahaman kepada bahasa tulisan di dalam kertas penulisan.
3.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERHATINAN
Menulis merupakan satu kemahiran yang perlu dipelajari dan amat penting dikuasai oleh setiap murid khususnya dalam kertas penulisan kerana kemahiran ini merupakan tingkat tertinggi kemahiran berbahasa. Oleh kerana menulis memerlukan idea yang kreatif maka penguasaan sistem tatabahasa yang mendalam akan menghasilkan hasil kerja tulisan yang bermutu.
Setelah 3 minggu saya melakukan pengajaran dalam kelas 5 Pintar saya dapati murid-murid tidak dapat menguasai sepenuhnya sistem tatabahasa bahasa Melayu yang saya berikan. Maka saya mengambil keputusan untuk menggunakan akhbar didik sebagai perantara untuk memberi pendedahan kepada mereka.
Fokus kajian saya dalan kajian ini adalah penggunaan sistem tatabahasa kalangan murid-murid Tahun 5 Pintar di Sekolah Kebangsaan Rasa semasa membina ayat. Kemahiran ini dilakukan semasa menjawab soalan bahagian A dalam kemahiran memindahkan maklumat. Dalam pemerhatian saya murid-murid tidak dapat menguasai sistem tatabahasa kerana murid-murid terlalu banyak diberi pendedahan kepada teknik menjawab soalan penulisan. Penumpuan kaedah menulis ini menyebabkan kurangnya guru-guru menekankan sistem tatabahasa yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Oleh itu saya menggunakan pendekatan penggunaan akhbar dalam dalam bilik darjah (ADD) sebagai permulaan penyelesaian permasalahan ini. Akhbar Didik melalui Akhbar Berita Harian setiap hari Isnin adalah medium perantaraan penyelesaian masalah ini.
Pendedahan sistem tatabahasa yang terdapat dalam tatabahasa Bahasa Melayu telah saya laksanakan selama 5 minggu setakat ini. Bermula dengan kata ganti nama,kata hubung, kata adjektif, kata kerja dan simpulan bahasa. Murid-murid diberi pengertian dan latihan sebagai menguji kefahaman mereka dalam menggunakan tatabahasa dalam ayat-ayat yang mereka tutur dan tulis semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam bilik darjah.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini ialah:
1.Membantu murid mengetahui dan memahami sistem tatabahasa Bahasa Melayu.
2.Membantu murid menggunakan sistem tatabahasa Bahasa Melayu dalam pertuturan dan
penulisan.
5.0 PERSOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif-objektif kajian di atas, kajian ini dapat menjawab persolan-persoalan berikut:
1. Adakah murid-murid mengetahui dan faham sistem tatabahasa yang terdapat dalam tatabahasa Bahasa Melayu ?
2. Adakah sistem tatabahasa Bahasa Melayu dapat membantu murid-murid tahun 5 bertutur dan menulis dengan baik dalam proses pembelajaran mereka ?
6.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran kajian ini ialah murid-murid tahun 5 Pintar Sekolah Kebangsaan Rasa sesi 2011 seramai 34 orang murid yang terdiri daripada 14 orang lelaki dan 20 orang murid perempuan.
7.0 PERLAKSANAAN KAJIAN/METODOLOGI KAJIAN
7.1 TINJAUAN KAJIAN/BATASAN KAJIAN
Dalam perlaksanaan kajian ini saya membataskan kajian kepada penggunaan sistem tatabahasa iaitu penggunaan kata ganti nama, kata kerja dan kata hubung dalam membina ayat penyata yang ditulis oleh murid tahun 5 pintar seramai 34 orang.Sistem tatabahasa Bahasa Melayu ini penting atau menjadi asas kepada penulisan kreatif. Rasional batasan kajian ini dilakukan adalah melihat sejauhmana sistem tatabahasa ini menjadi amalan kepada murid-murid tahun 5 tersebut.
7.2 KAEDAH KAJIAN
Dalam kajian ini saya telah melakukan kaedah pemerhatian dan kaedah ujian untuk mengutip data.
7.2.1 Kaedah Pemerhatian
Pemerhatian yang saya lakukan adalah semasa saya melakukan pengajaran di dalam bilik darjah. Saya telah memberi beberapa latihan namun hasil yang saya perolehi agak mengecewakan. Maka saya telah mengadakan pendekatan seperti yang saya nyatakan di atas iaitu penggunaan akhbar didik.
7.2.2 Kaedah Ujian
Setelah saya dapati terdapat beberapa kecelaruan dalam membina ayat yang telah dilakukan oleh murid saya menggunakan pula kaedah ujian untuk mengesan kelemahan yang dilakukan oleh murid-murid dalam membina ayat. Maka saya dapati hasil penulisan mereka seperti di lampiran iaitu Latihan 1
7.3 ANALISIS DAPATAN KAJIAN
7.3.1 Analisis Kajian Kaedah Pemerhatian
Langkah pertama yang saya lakukan dalam kaedah ini ialah meminta murid membina ayat melalui buku latihan yang mereka ada.Pengetahuan sedia ada mereka menjadi sandaran dalam membina ayat atau memindahkan maklumat berdasarkan gambar. Pengetahuan sedia ada mereka berdasarkan kemahiran yang di ajar pada tahun 4 pada tahun 2010. Saya dapati banyak banyak kesalahan yang dilakukan.Hanya terdapat 4 orang daripada 34 orang di kelas tahun 5 itu dapat menulis dengan baik selain itu saya membuat kesimpulan mereka harus diberikan penekanan yang lebih untuk mereka lebih mahir menggunakan sistem tatabahasa dalam penulisan mereka.
7.3.2 Analisis Kajian Kaedah Ujian
Selepas pemerhatian , saya melakukan satu sesi latihan seperti di lampiran Latihan 1. Saya menguji murid-murid dengan latihan tersebut dan hasil yang diperolehi adalah seperti berikut.
Ada kalangan murid tidak menulis mengikut struktur ayat yang betul yang terdiri daripada subjek dan predikat.
Ditulis : Pada waktu rehat ramai murid pergi ke kantin sekolah.
Sepatutnya: Ramai murid pergi ke kantin sekolah pada waktu rehat.
Ada kalangan murid tidak dapat membezakan kata sendi nama atau imbuhan.
Ditulis: kedalam
Sebenarnya : ke dalam
Ada kalangan murid tidak menulis penjodoh bilangan .
Ditulis: dua murid lelaki
Sepatutnya: dua orang murid lelaki
Ada kalangan murid menggunakan kata hubung di awal ayat.
Ditulis: Untuk membeli makanan hendaklah beratur.
Sepatutnya: kata hubung tidak boleh ditulis di awal ayat kerana sifat kata hubung ialah menghubungkan dua atau lebih frasa ayat.
Contoh Murid-murid itu beratur untuk membeli makanan.
Ada kalangan murid tidak menulis tanda baca yang betul iaitu huruf besar dan tanda noktah.
Ditulis : ismail membuang sampah di tong sampah sebelah tiang kantin
Sepatutnya: Ismail membuang sampah ke dalam tong sampah yang terletak di sebelah tiang kantin .
Secara keseluruhan terdapat kesalahan sistem tatabahasa yang dilakukan oleh sebilangan murid tahun 5 ini. Contoh-contoh kesalahan yang saya senarai di atas ialah kesalahan struktur ayat,kata sendi nama,penjodoh bilangan,kata hubung dan tanda bacaan. (huruf kecil, huruf besar dan tanda noktah)
Kesalahan ini membuktikan bahawa murid-murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Rasa belum menguasai sepenuhnya sistem tatabahasa Bahasa Melayu yang di ajar oleh guru-guru.
7.4 REFLEKSI KAJIAN
Setelah melihat dan menguji kemahiran murid-murid menggunakan latihan 1 saya dapati bahawa murid-murid perlu diberikan penekanan yang lebih supaya masalah penggunaan sistem tatabahasa yang betul perlu diketahui oleh mereka secara jitu. Pendekatan yang telah saya lakukan lebih kurang dua minggu perlu dilihat. Bagi menilai perubahan amalan penggunaan sistem tatabahasa yang betul dalam penulisan murid mereka sekali lagi diuji dengan latihan 2 ( Sila Rujuk Lampiran).Masih lagi konsep yang sama iaitu membina ayat dengan memindahkan maklumat berdasarkan gambar.
Berdasarkan kajian tersebut saya dapati bahawa amalan yang mereka lakukan sebelum ini iaitu menulis struktur ayat yang salah, menulis kata sendi nama yang salah, tidak menulis penjodoh bilangan dihadapan kata nama, menulis kata hubung di awal ayat dan menulis tanda baca yang salah tidak mereka ulangi dalam latihan 2 .
8.0 CADANGAN KAJIAN
Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :-
(a) Guru-guru Bahasa Malaysia digalakkan mengubahsuai pendekatan proses P & P di dalam kelas terutama kelas lemah dan sederhana.
(b) Menggunakan kaedah sumbangsaran dari segi kefahaman dalam aspek sistem tatabahasa.
(c) Menggunakan kaedah penyelidikan melalui buku-buku bahasa .
(d) Guru-guru Bahasa Malaysia boleh menggunakan kaedah penyelidikan pada pelbagai peringkat sama ada di peringkat kelas, panitia atau sekolah.
Hasil dari penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif dari segi minat murid dalam proses pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia. Semoga minat murid ini boleh menjadikan titik tolak kepada pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia yang lebih menyeronok dan berkesan, seterusnya menjadikan peningkatan prestasi akademik yang amat memberangsangkan. Selain itu proses pengajaran dan pembelajaran juga perlu disesuaikan dengan masa kini serta menggunakan pendekatan Sekolah Bestari.
BIBLIOGRAFI

1.-------------- ( 1992) Action Research For Educational Change, Milton Keynes : Open University Press.
2.Atan Bin Long (1976). Psikologi Pendidikan. Penerbit Adabi Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
3.Brown, T. (1987) Language Interaction Pattens in Lessons Featuring Mathematical
Investigations. PhD thesis, University of Southampton.
4.Clark, P.A ( 1972 ) Action Research: Organisational Change.Harper and Row
            Ltd.London.
5.Dunn, T. (1997) Michel Foucault and the Politics of Freedom Thousand Oaks, CA:
Sage.
6.Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam.(1985).Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab
             Perguruan.Penerbit fajar Bakti, Petaling Jaya.



1 comment:

NORSHIDA said...

bagus nye kajian tindakan ni..boleh dijadikan rujukan..mohon share dalam blog saya boleh?