Halaman

Tuesday 19 April 2011

Proposal Kajian Tindakan


KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

1.0 Tajuk

PENGUASAAN SISTEM TATABAHASA BAHASA MELAYU SATU KAEDAH MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT DAN BERBAHASA DALAM

KALANGAN MURID-MURID TAHUN LIMA DI SEKOLAH KEBANGSAAN RASA

2.0 Nama dan Alamat Penuh Organisasi

ENCIK ABDUL WAHIB BIN MUHAMMAD NASIR

SEKOLAH KEBANGSAAN RASA

44200 HULU SELANGOR

3.0 Latar Belakang Kajian

Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras disemua peringkat persekolahan. Masih ramai dalam kalangan murid-murid menganggap bahawa mata pelajaran teras ini adalah mudah untuk dipelajari.Namun, hakikatnya adalah berbeza kerana dalam mempelajari Bahasa Melayu murid perlu memahami dan mengetahui konsep sistem tatabahasa dengan betul.Dalam permasalahan ini murid tidak dapat memahami konsep sistem tatabahasa yang diajar kepada mereka.Mereka belajar mengikut kelaziman sahaja.Oleh itu , mereka mengetahui tetapi tidak memahami konsep dan kaedah menggunakan sistem tatabahasa yang betul dalam menghasilkan penulisan.

4. 0 Penyataan masalah/isu keperihatinan yang dikaji

· Murid tidak menguasai sistem tatabahasa Melayu

· Murid tidak didedahkan secara terperinci sistem tatabahasa yang terdapat dalam Bahasa Melayu kerana sukatan matapelajaran tahun 4 tidak memberatkan sistem tatabahasa.

· Murid tidak diajar menulis ayat mengikut struktur tatabahasa yang piawai seperti ada subjek dan predikat.

· Sukatan mata pelajaran Bahasa Malaysia tidak mengkhususkan pendekatan pengajaran kepada aspek sistem tatabahasa.

5.0 Persoalan Kajian/Fokus kajian

Fokus kajian yang saya akan lakukan ialah melihat sejauhmana kefahaman murid menggunakan sistem tatabahasa Bahasa Melayu dari aspek struktur ayat, kata kerja , kata hubung , penjodoh bilangan, tanda baca dan kata sendi nama dalam kemahiran membina ayat.

6.0 OBJEKTIF KAJIAN

6.1 OBJEKTIF AM

Melihat kefahaman murid menggunakan sistem tatabahasa yang terdapat dalam Bahasa Melayu dalam pembinaan ayat semasa menulis dan bertutur.

6.2 OBJEKTIF KHUSUS

6.2.1 Memudahkan murid mengenalpasti elemen-elemen tatabahasa yang terdapat dalam Bahasa Melayu.

6.2.2 Meningkatkan minat murid untuk mengetahui lebih banyak ilmu tatabahasa.

6.2.3 Membantu murid menulis ayat yang tersusun struktur tatabahasa dalam hasil penulisan mereka.

7.0 KUMPULAN SASARAN

Murid-murid tahun 5 seramai 34 orang merupakan calon UPSR tahun 2012.

8.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

8.1 Membuat Analisis berpandukan markah peperiksaan akhir tahun 2010 semasa murid tersebut di tahun 4 .

8.2 Membuat pemerhatian tak berstruktur.

8.3 Mengadakan ujian khusus kemahiran membina ayat berpandukan gambar setara dengan ujian penulisan kertas Bahasa Melayu bahagian A iaitu memindahkan maklumat.

9.0 BAHAN YANG DICADANGKAN

Kertas ujian 1 dan 2 untuk menguji kefahaman murid.

10.0 Jadual Pelaksanaan Kajian

1.

Menulis proposal Kajian

05 Januari 2011

2.

Merancang Tindakan

11 Januari 2011

3.

Melaksanakan Tindakan 1

23 Januari 2011

4.

Refleksi

01 Februari 2011

5.

Melaksanakan tindakan 2

12 Februari 2011

6.

Refleksi

20 Februari 2011

7.

Melaksanakan tindakan 3

22 Februari 2011

8.

Refleksi

24 Februari 2011

9.

Melaksanakan tindakan 4

27 Februari 2011

10.

Refleksi

02 March 2011

11.

Penilaian kajian

05 March 2011

12.

Menulis laporan Kajian

23 April 2011

No comments: