Halaman

Monday 15 November 2010

Azmin Ali Yang akan Tewas Selepas Kemenangannya.

Berita ini memang tidak sesedap gulai masam Kak Azizah Presiden Parti Keadilan Rakyat Malaysia,jika tuan-tuan membacanya mungkin juga tuan-tuan tidak suka tetapi inilah hakikatnya dengan kemenangan Azmin dalam merebut kerusi teratas dalam parti.Bagi hamba hari ini Azmin menang tapi esok lusa ia akan kalah.

Bukan nak simpati pada mana-mana pihak tetapi dalam percaturan hamba, pusingan Azmin sudah ketahap kemuncak.Memang dia berkuasa dalam jangka masa tertentu kerana orang kuat parti tidak dapat ditonjolkan dalam pemilihan ini.Kekuatan yang ada hanya pada Azmin.Apabila tiada siapa yang akan mengambil tempat beliau akhirnya parti akan mengalami masalah ,apabila parti tidak kuat maka Azmin Ali akan tewas dengan kuasanya sendiri.Sedikit demi sedikit pengikutnya akan berkurangan.Kekuatan sesuatu parti bukan pada seorang pemimpin tetapi pada beberapa orang pemimpin.Bila mereka bersatu barulah kekuatan mutlak akan terbangun.

Dalam fenomena ini hamba dapat melihat bahawa Parti keadilan tertumpu kepada kekuatan individiu bukan kekuatan pasukan maka kehancuran akan mendatang.Ini fenomena yang berlaku dalam Parti Semangat 46 dulu.Kekuatannya tertumpu pada Tengku R tapi langkah bijak Tengku telah kembali kepada UMNO menyebabkan dia masih lagi dapat bertahan dalam politik tapi kekuatan taringnya hanya dipadang sendiri.

Azmin pun begitu juga kekuatan politik dia hanya tertumpu pada diri dan Anwar sahaja orang bawahan hanya penyokong.Penyokong keadilan kita dah tahu tahap kesetiaannya kalau gempak sikit mesti lemah semangat.Maka tinggallah Azmin seorang diri .selamat berjuang.

No comments: