Halaman

Sunday 26 September 2010

Orang Tamak selalu rugi

Petikan daripada ucapan Tun Mahathir.

“Inilah kesan daripada politik yang terdapat kepada orang yang terlalu sangat ingin menjadi kerajaan memimpin negara ini. Kerana nak seorang menjadi Perdana Menteri segala kesalahannya sudah dihalalkan oleh pemimpin seperti ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada orang Melayu sama ada daripada Perkasa, UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat insaf mengenai bahaya yang dihadapi orang Melayu pada masa kini.

“Orang Melayu patut sedar supaya tidak berpecah belah semata-mata untuk mendapat jawatan Perdana Menteri. Jangan tamak, orang yang tamak akhirnya akan hilang segala-galanya.

“Sepatutnya orang Melayu bersatu padu dan sokong apa yang baik bagi kaum mereka, bukan nak tolak kaum lain, bukan nak rampas hak kaum lain.

“Hak kaum lain adalah hak mereka , tetapi hak orang Melayu mesti kekal sebagai hak orang Melayu. Ini saja yang kita minta,”

No comments: