Halaman

Saturday 12 December 2009

Bendera Malaysia Dibakar Oleh Indon


Apakah perasaan saudara apabila melihat bendera negara saudara di bakar ? Tergamam saya hendak menjawapnya apabila sebuah rancangan televisyen Indonesia menayangkan bendera Malaysia di bakar oleh rakyatnya.Ketika itu kami sama-sama menonton rancangan televisyen negara mereka.Slogan yang di tulis pada bendera itu begitu menghina negara kita yang tercinta iaitu" MALINGSIA'. Lalu bendera itu di bakar dan di arak beramai-ramai.
Pengalaman ini saya dapat semasa saya berkunjung ke Bumi Minangkabau.Terdiam seketika saya memikirkan apakah jawapan yang harus saya perkatakan.Saya terfikir bahawa ada isu yang mereka tidak puas hati kepada kita.
Wahai warga negara Malaysia mereka secara amnya tidak puas hati dengan cara kita mempromosikan budaya kita,layanan sesetengah orang kepada pembantu rumah dan lain-lain lagi.Itulah sebabnya mereka memandang serong terhadap kita Malaysia ini.

No comments: