Halaman

Sunday 10 August 2008

Apa Nak Jadi Kita Hari Ini Sentimen Islam Dipertikaikan

Ambiga memberitahu wartawan bahawa pihaknya akan meneruskan forum berkenaan.
"Ini hak kami dan kami mengalu-alukan sesiapa untuk menyertai forum," kata beliau.
Siapa kami,siapa yang bagi hak,siapa Ambiga,siapa majlis peguam, siapa yang di bincangkan cuba tuan-tuan fikirkan persoalan-persoalan ini.Apa tujuan mereka ,mengapa mereka mahu itu dan ini,apa kepentingan isu terhadap mereka semuanya ada jawapan.Jika tiada batu yang jatuh ke tasik ,manakan air boleh berkocak.Tuan-tuan cuba fikirkan .Sekarang semua orang hendak mempertikaikan hak keistimewaan atau hak wargabumi malaysia yang berbangsa Melayu dan beragama islam dan bertuankan ketuanan Melayu.Apa yang mereka hendakkan kepada kita jika bukan kuasa yang kita ada.Wahai orang Melayu sedarkanlah diri kamu yang diulit dengan mimpi indah yang tidak menjadi kenyataan.Dimana kuasa Melayu yang harus kita angkat martabatnya.Mengapa dari saat demi saat,minit demi minit,jam demi jam, hari demi hari, tahun demi tahun mereka mahukan kuasa ini yang dah tinggal secubit.Apa yang ada pada kita jika semua yang ada hendak di ambil .Apa peranan kita untuk mempertahankan hak itu.Wahai anak-anak muda Malaysia Apa Nak Jadi Kita Hari Ini jangan leka gunakan semua jentera yang ada sam ada kuasa politik,kuasa NGO atau apa - apa kuasa yang ada mempertahankan apa yang dipertikaikan.Semua harus bersatu guru di sekolah jalankan tugas mu,pemuda kampung jalankan tugasmu,pelajar di kolej jalankan tugas mu,dan mana-mana individu yang membaca jalankan tugas kamu untuk mempertahankan pertikaian ini.Gunakan kekuatan ilmu (fikiran dan pengetahuan) yang ada bukan gunakan kekuatan tenaga.Kekuatan ilmu boleh menguasai kekuatan tenaga yang kita miliki sekiranya kita tahu menggunakannya.Tapi ramai orang Melayu pada hari ini tidak menggunakan kekuatan ilmu sebagai senjata. Jangan jadi lawyer buruk di kedai kopi cari pengetahun dan ilmu di kedai kopi.

1 comment:

Aloy Paradoks said...

melayu malaysia akan jadi seperti melayu singapura suatu hari nanti,, hilang ketuanan jika masih tidak sedar..

- aloyparadoks.blogsot.com