Halaman

Tuesday, 19 April 2011

Proposal Kajian Tindakan


KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

1.0 Tajuk

PENGUASAAN SISTEM TATABAHASA BAHASA MELAYU SATU KAEDAH MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT DAN BERBAHASA DALAM

KALANGAN MURID-MURID TAHUN LIMA DI SEKOLAH KEBANGSAAN RASA

2.0 Nama dan Alamat Penuh Organisasi

ENCIK ABDUL WAHIB BIN MUHAMMAD NASIR

SEKOLAH KEBANGSAAN RASA

44200 HULU SELANGOR

3.0 Latar Belakang Kajian

Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras disemua peringkat persekolahan. Masih ramai dalam kalangan murid-murid menganggap bahawa mata pelajaran teras ini adalah mudah untuk dipelajari.Namun, hakikatnya adalah berbeza kerana dalam mempelajari Bahasa Melayu murid perlu memahami dan mengetahui konsep sistem tatabahasa dengan betul.Dalam permasalahan ini murid tidak dapat memahami konsep sistem tatabahasa yang diajar kepada mereka.Mereka belajar mengikut kelaziman sahaja.Oleh itu , mereka mengetahui tetapi tidak memahami konsep dan kaedah menggunakan sistem tatabahasa yang betul dalam menghasilkan penulisan.

4. 0 Penyataan masalah/isu keperihatinan yang dikaji

· Murid tidak menguasai sistem tatabahasa Melayu

· Murid tidak didedahkan secara terperinci sistem tatabahasa yang terdapat dalam Bahasa Melayu kerana sukatan matapelajaran tahun 4 tidak memberatkan sistem tatabahasa.

· Murid tidak diajar menulis ayat mengikut struktur tatabahasa yang piawai seperti ada subjek dan predikat.

· Sukatan mata pelajaran Bahasa Malaysia tidak mengkhususkan pendekatan pengajaran kepada aspek sistem tatabahasa.

5.0 Persoalan Kajian/Fokus kajian

Fokus kajian yang saya akan lakukan ialah melihat sejauhmana kefahaman murid menggunakan sistem tatabahasa Bahasa Melayu dari aspek struktur ayat, kata kerja , kata hubung , penjodoh bilangan, tanda baca dan kata sendi nama dalam kemahiran membina ayat.

6.0 OBJEKTIF KAJIAN

6.1 OBJEKTIF AM

Melihat kefahaman murid menggunakan sistem tatabahasa yang terdapat dalam Bahasa Melayu dalam pembinaan ayat semasa menulis dan bertutur.

6.2 OBJEKTIF KHUSUS

6.2.1 Memudahkan murid mengenalpasti elemen-elemen tatabahasa yang terdapat dalam Bahasa Melayu.

6.2.2 Meningkatkan minat murid untuk mengetahui lebih banyak ilmu tatabahasa.

6.2.3 Membantu murid menulis ayat yang tersusun struktur tatabahasa dalam hasil penulisan mereka.

7.0 KUMPULAN SASARAN

Murid-murid tahun 5 seramai 34 orang merupakan calon UPSR tahun 2012.

8.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

8.1 Membuat Analisis berpandukan markah peperiksaan akhir tahun 2010 semasa murid tersebut di tahun 4 .

8.2 Membuat pemerhatian tak berstruktur.

8.3 Mengadakan ujian khusus kemahiran membina ayat berpandukan gambar setara dengan ujian penulisan kertas Bahasa Melayu bahagian A iaitu memindahkan maklumat.

9.0 BAHAN YANG DICADANGKAN

Kertas ujian 1 dan 2 untuk menguji kefahaman murid.

10.0 Jadual Pelaksanaan Kajian

1.

Menulis proposal Kajian

05 Januari 2011

2.

Merancang Tindakan

11 Januari 2011

3.

Melaksanakan Tindakan 1

23 Januari 2011

4.

Refleksi

01 Februari 2011

5.

Melaksanakan tindakan 2

12 Februari 2011

6.

Refleksi

20 Februari 2011

7.

Melaksanakan tindakan 3

22 Februari 2011

8.

Refleksi

24 Februari 2011

9.

Melaksanakan tindakan 4

27 Februari 2011

10.

Refleksi

02 March 2011

11.

Penilaian kajian

05 March 2011

12.

Menulis laporan Kajian

23 April 2011

Pertikaian si Kitul Mengenai Kata Dalam Bahasa Melayu

"Gapena dan Pena masing-masing menegaskan kandungan perkataan dalam Kamus Dewan tidak perlu dipertikaikan oleh mana-mana pihak termasuk Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan), pertubuhan mewakili penulis kaum India."

Serindik Kesumba bersetuju dengan pandangan Gapena Dan Pena ini.Bangsa lain tidak boleh pertikaikan kata-kata yang terdapat dalam Kamus yang dipunyai oleh orang Melayu.Wahai sibodoh yang datang berdagang kesini.Hentikan mencari glamour kerana mempertikaikan hak dan kepentingan orang lain.Dah dapat bertapak disini pun dah cukup.Terima kasihlah kepada orang melayu kerana sanggup menerima kamu di alam Melayu ini.
Kajang Pak Malau Kajang Berlipat,
Kajang Parames kajang bertali:
Dagang Pak Malau membawa berkat,
Dagang Parames buruk padahnya nanti.

Sopan bicara adat digalas,
Tepak dihulur tanda muafakat;
Sorak bertepuk berbalas-balas,
Nila setitik rosakkan muafakat.



Tuesday, 14 December 2010

Anwar dan Penafian Liwatnya

ANWAR...! anwar ....! bila lagi nak menafikan perbuatan Datuk Sri tu.Jangan leka dengan ceramah sana- sini.Ini kerja politik untuk mempengaruhi pengundi tapi penafian secara sahsiah kena buat juga.Hamba dapat membuat perbandingan dengan orang yang diliwat iaitu Saudara Saiful sendiri,beliau dah buah penafian dengan pelbagai cara berceramah,berblog,bersumpah dan yang terakhir ini beristiqomah di Makkah.Hamba rasa itulah jalan terakhir yang patut dilakukan oleh orang yang mengaku dirinya islam dan benar.

Tapi berlainan pula dengan Datuk Sri ,berceramah,Berblog dan menjaja cerita penafian ke seluruh dunia.Ini satu tujuan songsang untuk tujuan penafian.Kalau kita ingat zaman kanak-kanak dahulu apabila kita bersalah bermati-matianlah kita menafikan kesalahan kita tersebut hinggalah kita akan ketawa dan tersenyum hingga orang lain tak percaya penafian kita itu dan akhirnya kesalahan yang kita lakukan akan terbongkar.Kalau benar kita tak bersalah kita akan menangis dan berserah kepada Allah untuk menentukan kebenaran maka akhirnya cerita yang dituduh kepada kita akan hilang begitu saja.

Sekarang umum tidak tertumpu sangat kepada Saudara Saiful tetapi umum tertumpu kepada Datuk Sri Anwar macamlah cerita yang saya utarakan zaman kanak-kanak dahulu.Sekarang orang lain pula tuduh iaitu dari Australia dan Singgapura.Bagi hamba lagi banyak kita berkata lagi banyak rahsia akan terbuka .Kalau begitu cerita ini ada juga kewajarannya.Dari orang tak percaya kini dah ramai yang mula percaya.

Ada dua perkara lagi Datuk Sri tak lakukan iaitu bersumpah ala Saudara Saiful dan juga Beristiqomah di Makkah.Kalau saudara Saiful bersumpah untuk mereka-reka cerita apa salahnya Datuk Sri Anwar bersumpah kerana kebenaran penafian,Kalau Saudara Saiful beristiqomah di Makkah untuk tujuan politik apa salahnya Datuk Sri beristiqomah di Makkah untuk tujuan menghapuskan kejahatan fitnah yang dilontarkan kepada Datuk Sri.Tak payah buang duit peruntukan yang diberi pergi keliling dunia untuk menafikan cerita yang telah dibawa kes ke mahkamah.Pergi lah dihadapan Kaabah dan minta pertolongan Allah lebih baik daripada minta belas kasihan daripada orang lain yang akhirnya menjerat leher Datuk Sri sendiri.Wallahhualam.


Monday, 15 November 2010

Azmin Ali Yang akan Tewas Selepas Kemenangannya.

Berita ini memang tidak sesedap gulai masam Kak Azizah Presiden Parti Keadilan Rakyat Malaysia,jika tuan-tuan membacanya mungkin juga tuan-tuan tidak suka tetapi inilah hakikatnya dengan kemenangan Azmin dalam merebut kerusi teratas dalam parti.Bagi hamba hari ini Azmin menang tapi esok lusa ia akan kalah.

Bukan nak simpati pada mana-mana pihak tetapi dalam percaturan hamba, pusingan Azmin sudah ketahap kemuncak.Memang dia berkuasa dalam jangka masa tertentu kerana orang kuat parti tidak dapat ditonjolkan dalam pemilihan ini.Kekuatan yang ada hanya pada Azmin.Apabila tiada siapa yang akan mengambil tempat beliau akhirnya parti akan mengalami masalah ,apabila parti tidak kuat maka Azmin Ali akan tewas dengan kuasanya sendiri.Sedikit demi sedikit pengikutnya akan berkurangan.Kekuatan sesuatu parti bukan pada seorang pemimpin tetapi pada beberapa orang pemimpin.Bila mereka bersatu barulah kekuatan mutlak akan terbangun.

Dalam fenomena ini hamba dapat melihat bahawa Parti keadilan tertumpu kepada kekuatan individiu bukan kekuatan pasukan maka kehancuran akan mendatang.Ini fenomena yang berlaku dalam Parti Semangat 46 dulu.Kekuatannya tertumpu pada Tengku R tapi langkah bijak Tengku telah kembali kepada UMNO menyebabkan dia masih lagi dapat bertahan dalam politik tapi kekuatan taringnya hanya dipadang sendiri.

Azmin pun begitu juga kekuatan politik dia hanya tertumpu pada diri dan Anwar sahaja orang bawahan hanya penyokong.Penyokong keadilan kita dah tahu tahap kesetiaannya kalau gempak sikit mesti lemah semangat.Maka tinggallah Azmin seorang diri .selamat berjuang.

Thursday, 11 November 2010

Zaid Yang kecundang

Dah lama hamba tak mencoret di paparan ini.Tapi entah mengapa membuak rasa didada untuk menulis mengenai anak Berahim ni.Dato Zaid Ibrahim orang ketiga selepas Anwar dan Khalid Ibrahim.Konon cerita dulu tidur sebantallah dan mimpi yang sama untuk keadilan dia dengan si Anwar ni tapi meletup pulak ketika ini dia suruh boss letak jawatan.Apalah si Zaid ni.Dulu dia yang terhegeh-hegeh keluar UMNO dan Masuk PKR tiba-tiba suruh orang kuat PKR keluar.Politik bodoh betullah kamu Zaid.Hamba yang tak tahu berpolitik sangat ni pun nampak kebodohan itu.

Dulu hamba ada ulas mengenai Zaid ni.Kes merajuklah.Orang Melayu jenis ni memang tak boleh pakai.Tak tetap pendirian.Aku cadangkan si Zaid ni pencen le berpolitik jual aje saham yang ada dan harta benda yang ada tu buat sedekah lagi baik kalau nak tunjuk bagus.

Haaa,baru lega sikit dada hamba dapat meluahkan perasaan ni.Wahai pembaca yang budiman sampaikanlah kepada rakan-rakan kalau jumpa si Zaid ni bacalah blog hamba ni moga sedarlah dia bahawa dia tu betul-betul bodoh.Konon nak tunjuk baik.Dalam UMNO pun gitu dalam PKR pun gitu.kalau dah tahu PKR tu adalah golongan yang kecewa dengan UMNO atau melayu tak tetap pendirian ngapa dekatkan diri.Pegi buat ibadat lainlah.Bukan dalam politik saja boleh buat baik.Kalau tak tahu juga cara nak buat baik jumpalah hamba...biorle hamba ajo sikit.
Selamat menamatkan kerjaya politik tuan Zaid.Kalau tubuh parti baru langsungle tak ada pengikut.Boleh mati katak le deme.kah-kah.Jual le rete yang ada.../sekian buat masa ni kita sambung dilain masa.

Sunday, 26 September 2010

Kecoh Sana Kecoh Sini ,Paku Dulang Paku Serpih Mengata orang entah-entah awak yang lebih.

Tibalah pula Parti keadilan Rakyat (PKR) bermesyuarat menentukan siapa pemimpin mereka yang patut dilantik.Nampaknya kecoh juga.Maka kecoh sana kecoh sini dah menjadi adat dalam berpolitik.Ingatkan UMNO,PAS,MCA,DAP,MIC dan lain-lain parti politik yang kecoh apabila tiba musim pemilihan pemimpin mereka rupa-rupanya PKR juga kecoh.Kah-kah-kah paku dulang paku serpih mengata orang rupanya awak pun lebih kurang.Ingatkan tak ada apa-apa rupanya sama saje orang politik ni .

Orang Tamak selalu rugi

Petikan daripada ucapan Tun Mahathir.

“Inilah kesan daripada politik yang terdapat kepada orang yang terlalu sangat ingin menjadi kerajaan memimpin negara ini. Kerana nak seorang menjadi Perdana Menteri segala kesalahannya sudah dihalalkan oleh pemimpin seperti ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada orang Melayu sama ada daripada Perkasa, UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat insaf mengenai bahaya yang dihadapi orang Melayu pada masa kini.

“Orang Melayu patut sedar supaya tidak berpecah belah semata-mata untuk mendapat jawatan Perdana Menteri. Jangan tamak, orang yang tamak akhirnya akan hilang segala-galanya.

“Sepatutnya orang Melayu bersatu padu dan sokong apa yang baik bagi kaum mereka, bukan nak tolak kaum lain, bukan nak rampas hak kaum lain.

“Hak kaum lain adalah hak mereka , tetapi hak orang Melayu mesti kekal sebagai hak orang Melayu. Ini saja yang kita minta,”

Saturday, 20 February 2010

Tangguh,Tangguh,Tangguh lagi

Telah diketahui bahawa drama SEK salah laku si Anwar berada di pentas mahkamah ketika ini.Banyak episod yang belum dipaparkan untuk tontonan umum oleh kerana kerenah si karpal singh yang membuat cerita terpesong dari tajuk yang sebenar.Ramai rakyat malaysia yang tertunggu-tunggu dengan ending cerita sek salah laku ini.Adakah Anwar bersalah atau Si watak antagonisnya Shaiful bersalah.Tungguuuuuuu.

Daripada cerita bersiri ini timbullah beberapa persoalan dalam kepala otak hamba ini:

1. Mengapa Si Shaiful sanggup mengaibkan bekas bosnya yang menjadi idola beliau?
2.Mengapakah Si Anwar sanggup menaji Si Saiful sedangkan isteri beliau boleh menjalankan tugas saiful?
3. Mengapakah Shaiful sanggup bersumpah di masjid tempat suci umat islam ,apakah dia insan yang suka mempermainkan tempat suci tersebut?
4.Mengapa Anwar tidak mahu mengikut jejak Shaiful untuk menidakkan pengakuan Shaiful tersebut?
5.Mengapakah Anwar yang banyak cakap tentang kebaikan tiba-tiba isu salah laku sek ini menjadi igauan beliau hingga sanggup berceramah sana sini untuk menidakkan tuduhan itu?
6.Mengapakah tidak menggunakan mahkamah sudah memadai sedangkan Shaiful tidak perlu berceramah untuk mengiakan tuduhan beliau?
7.Mengapakah sipeguam Islam tidak ada dalam senarai peguam bela sebelah Anwar?
8.Dulu ada Peguam Haji Sulaiman tetapi menarik diri dengan alasan sebab kesihatan?
9.Mengapa Haji Hadi membantah pasukan pemerhati dari Australia yang cuba campur tangan dengan urusan kes ini ?
10.Mengapakah rakan-rakan seperjuangan Anwar berdiam diri dengan kes ini sedangkan orang luar pula yang sebok yang tidak tahu latar belakang Si Anwar.

Banyak persoalan yang hamba fikirkan namun jawapannya masih tangguh,tangguh,tangguh lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.Porahlah Anwar yang melambatkan kes untuk tujuan mempermainkan orang seperti kami.

Thursday, 11 February 2010

Ular atau Singh

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pihak pendakwaan dalam kes itu berkata, Karpal bebas mengemukakan hujah tanpa perlu menghina hakim.

"Untuk mengatakan Yang Arif berbohong adalah terlalu kasar. Walaupun kita boleh berhujah sebaik manapun untuk anak guam kita, tetapi menggunakan perkataan kasar adalah tidak wajar.

"Kita boleh berbuat demikian dengan sopan dan beretika," katanya ketika berhujah semasa mahkamah mendengar permohonan pihak pembelaan supaya Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada kes itu kononnya kerana beliau berat sebelah.

mstar 11.2.2010

Sudah dikata dalam pepatah Melayu kalau jumpa ular dengan Singh(orang India) ketuk Singh dulu baru ketuk ular.Makna nya kalau jumpa orang begini bisanya lebih berbahaya kepada masyarakat berbanding bisa ular. sekarang baru nampak bahawa Singh tu lebih celupar macam anak guamnya si ANWAR.Adakah hakim pun di katakan begitu begini.Memanglah lah Singh tu peguam hebat dah nak mati di kerusi roda pun masih nak membela Anwar tu.Dah jadi wakil rakyat belalah rakyat bukan membela si ANwar seorang saja.

Yang menjadi persoalan sekarang PEGUAM yang bernama Haji Sulaiman ngapa tarik diri dalam Kes membela ANWAR atas alasan kesihatan.Tapi baru-baru ni hamba ada nampak beliau sihat saja nampaknya.Ada tipu atau ada udang sebalik batu.

Kalau kau seorang yang jujur dan berpendirian ayuh katakan yang sebenarnya seperti yang engkau ketahui wahai sahabat pembela ANWAR.

Tuesday, 5 January 2010

Hamid Albar pesalah utama Hishammuddin Kalut

Hamid Albar
Harus
di Tahan bawah tahanan ISA kerana beliau telah menyebabkan keadaan negara tidak stabil kerana Isu Kalimah Allah.

Inilah dua tokoh UMNO yang kalut dibuatnya.Yang kepala botak tu ialah Hamid Albar.Nak tahu cerita zaman dia jadi Menteri Dalam Negeri dulu dialah salah seorang yang meluluskan penerbitan Majalah Herald Katolik dan penggunaan kalimah Allah di bolehkan.Sekarang apadah jadi.Tergagap-gagaplah si Hishamuddin nak menjawab kepada rakyat atas perbuatan veteran UMNO yang dah tak mampu berfikir masih lagi nak pegang jawatan.Kalau orang kerajaan umur 58 di arahkan bersara wajib tapi orang politik dah nak mampus pun di suruh duduk di kerusi parlimen atau dewan rakyat.Namun nak letak jawatan usah harap.Yang pemilih (pengundi)pun satu ,tengok gambar poster memanglah nampak muda sebab gambar di poster tu gambar zaman muda mereka.

Inilah masanya Hishammudin boleh angkat keris berkarat tu.Nak di hunus takut maka tak berlimaulah keris tu.Sekarang baru tahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) kena buat rayuan tentang Isu Kalimah ALLAH.Rayuan bolehlee untuk membatalkan proses perundangan belum tentu lagi.Sebab Si Hamid Albar yang lembab pemikiran dah tanda tangan mati surat kelulusan tentang penggunaan Kalimah Allah dalam Majalah Katolik tu. Hakim tu pulak siapa semuanya bukan Islam.Harapkan ketua Hakim Negara yang Islam tu dah tak boleh buat apa-apa semuanya itu kawan-kawan.Entah-entah dia pun tak faham tentang Islam dan penggunaan Kalimah Allah.Hanya Allah saja yang mengetahui apakah musibah ini boleh membuatkan kita berfikir panjang.Wallahhuallam.

Barisan Yang Tidak Sebaris

Isu MCA menyokong kehendak Majalah Herald menggunakan Kalimah Allah dalam penerbitan adalah sokongan yang harus ditentang oleh kawan-kawan dalam barisan.Memang kita ketahui MCA yang kurang ajar tu.MCA harus di ajar apakah kerajaan Najib takut dengan sokongan mereka.Apa nak takut dengan mereka.Kerana kerajaan Najib memberi muka sangat dengan pengkhianat bangsa Malaysia tu maka mereka umpama kaduk naik junjung.Dahlah MIC pelbagai tuntutan yang di minta,kini MCA dan Gerakan pula nak diberi muka.Pegilahhhh wahai MCA, GERAKAN dan MIC.Ingat kau, kuasa pada kau itu boleh di bawa mati ke.Pegi jahanam dengan kuasa politik kamu tu. Kuasa parang panjang lagi kuat kalau kita mahu menggunakanya.Biar mati adat bersahabat demi agama kami akan pertahankan.Allahhuakhbar.Subhanallah.Apakah ini dinamakan cabaran umat Islam masa kini.Serata dunia kita dah lihat Islam dipermainkan. Apakah kini tiba masanya Islam di Malaysia mendapat petaka atau ujian daripada Allah.Apakah ini juga Islam di Malaysia sudah mendapat bala daripada ALLah.Mana pemuda UMNO,Mana pemuda Keadilan ,mana Pemuda PAS dan lain-lain yang mengaku Islam bangkit!bangkit ! bangun ! dari tidur lena dalam selimut politik kamu.Jangan biarkan mereka mencurah air keselimut kamu baru sebok untuk bangun dan menepis.Tidak ada gunanya lagi ketika kita sudah basah.Buat satu pasukan yang baik dan berpakatlah untuk menentang kezaliman terhadap agama kamu.Jangan leka lagi ayuh terus bersama dalam satu pasukan.Salam Selamat Untuk SEmua umat Islam.

Sunday, 3 January 2010

Sokongan Menolak Kalimah Allah dalam Majalah kristian (Allahhuakhbar)

Pada bulan-bulan yang lalu ada hamba mengulas sedikit tentang kalimah Allah ini.Masih ramai lagi umat islam yang berketurunan Melayu tidak mahu ambil tahu bagaimana perancangan yang begitu halus dilakukan oleh golongan pengembang agama kristian untuk mengkristiankan orang-orang Melayu di Malaysia ini.Wahai umat Islam memanglah sekali pandang seolah-olah kita boleh berdakwah kepada penganut lain dengan perkataan Allah,tetapi secara tak langsung juga orang Islam berketurunan Melayu boleh terpedaya dengan tipu helah mereka.Kalaulah fikirkan lebih panjang sedikit.Malah sekarang ini pun Melayu dah banyak terpengaruh dengan cara hidup orang kristian tambah pula dengan membaca majalah mereka apatah lagi maka akidah kita akan terpesong.
Ada pengalaman hamba di perkarangan Masjid India dalam bulan puasa yang lalu.Hamba dapat memerhatikan segelintir umat Melayu yang beragama Islam yang berselerak ketika itu.Maka hamba ternampaklah seorang hamba Allah yang bergelar perempuan,tidak bertudung,berpakaian jean ketat,memakai baju yang menunjukkan lurah dadanya,tergantung rantai yang berkalungkan simbol Salib (kristian) lalu menghampiri seorang amil di situ lalu melafazkan niat fitrah.Hamba pun tak tahu yang mana benar.Persoalannya ialah budaya hidup si remaja perempuan itu tadi dan amalan fitrahnya.Terima tak terima itu bukan persoalannya.Tetapi simbol agama yang di bawa oleh siperempuan itu telah bercampur aduk .Adakah Islam atau kristian.Banyak persoalan yang timbul di kepala hamba apabila melihat fenomena ini.

Bila persoalan Kalimah Allah yang diperdebatkan oleh umat Islam di negara kita ini nampaknya kecelaruan itu sudah dapat memperjelaskan kepada kita semua bahawa hendaklah kita Umat Islam Malaysia Menolak Penggunaan Kalimah atau Perkataan Allah dalam Majalah Mereka.Allahhuakhbar.

Wahai umat islam di Malaysia bersatulah kamu demi agama ,bangsa dan Maruah diri Anak cucu kita yang mendatang.

Wednesday, 30 December 2009

Apa nak jadi pemimpin kita

KOTA BHARU: Suasana tegang menyelubungi perkarangan rumah isteri kedua bekas Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Dr Rosli Allani Abd Kadir, 35, di Kampung Telipot di sini, semalam, apabila dikepung sekumpulan lelaki yang tidak berpuas hati dengan tindakan pasangan terbabit yang didakwa enggan mematuhi perintah mahkamah syariah mengarahkan mereka dimufarakah (dipisahkan) sehingga perbicaraan kes mereka selesai.

Apa nak jadi kepada pemimpin kita hari ni. Tok guru nak pilih pemimpin yang berakhlak tapi dapat yang buat kerja salah.Tak berakhlak lah tu.Macam mana ya kalau nak cari pemimpin yang berakhlak 100% baik.Wahai pembaca sekalian kalau nak cari pemimpin carilah cara bijak pandai dalam cerita Musang berjanggut arahan P ramlee.Watak bijak pandai yang di lakunkan oleh saadiah amat menarik dan patut di contohi.Kalau kita ikut cara tu mungkin dapatlah pemimpin yang baik dan luhur untuk rakyat jelata.Waalahualam.

Tuesday, 22 December 2009

Harapkan pagar Pagar Makan padi

Sabtu lalu Berita Harian mendedahkan kehilangan enjin jenis GE J85-21A pesawat tempur F-5E milik TUDM yang dipercayai antara skandal penyelewengan terbesar dalam sejarah TUDM. Maklumat risikan mengesahkan enjin itu dijual ke sebuah negara di Asia Barat.

Rakyat Malaysia mengharapkan pasukan yang bertanggungjawab menjaga harta benda negara namun hakikatnya harapkan pagar ,pagar yang makan padi harapkan pasukan keselamatan negara mengawal keamanan negara mereka pula yang membuat onar dalam negara hapuskanlah mereka itu.Telunjuk saja lurus tapi kelingking berkait.Kalau hamba dapat mereka akan hamba sembelih hidup-hidup kerana mereka negara kita jadi kelam kabut.Dah lah harapkan wakil rakyat menjaga kita mereka pun tak menjaga seberapa.Yang tahu kuasa dan jawatan saja.Peeeegilah.Jual maruah kamu itu ke pada mafia-mafia yang ada.Jangan persalahkan hamba jika hamba tidak menghormati kamu semua.Dan jangan salahkan rakyat jika kuasa beralih kepada tangan orang lain .
Selamat mengubah persepsi hamba dan rakyat jelata.

Monday, 14 December 2009

Ngapa ANWAR Gelabah


KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa Biro Tata Negara (BTN) telah menayangkan di Internet beberapa rakaman ucapannya pada sesi BTN.Katanya BTN harus bertanggungjawab dan tidak harus memilih dalam menyiarkan ucapan tersebut.BTN juga harus menyiarkan ucapan pemimpin Umno yang lain pada sesi BTN tersebut, katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
"Saya akan mempertahankan kedudukan saya," katanya dan menjelaskan ucapan itu dibuat ketika beliau di dalam Umno.
"Dulu Lain Sekarang Lain" slogan orang yang takut dengan bayangannya sendiri.Luu fikirlah sendiri...Kalau dah berani menikam mengapa pula takut untuk mencabut keris yang terbenam.

Saturday, 12 December 2009

Bendera Malaysia Dibakar Oleh Indon


Apakah perasaan saudara apabila melihat bendera negara saudara di bakar ? Tergamam saya hendak menjawapnya apabila sebuah rancangan televisyen Indonesia menayangkan bendera Malaysia di bakar oleh rakyatnya.Ketika itu kami sama-sama menonton rancangan televisyen negara mereka.Slogan yang di tulis pada bendera itu begitu menghina negara kita yang tercinta iaitu" MALINGSIA'. Lalu bendera itu di bakar dan di arak beramai-ramai.
Pengalaman ini saya dapat semasa saya berkunjung ke Bumi Minangkabau.Terdiam seketika saya memikirkan apakah jawapan yang harus saya perkatakan.Saya terfikir bahawa ada isu yang mereka tidak puas hati kepada kita.
Wahai warga negara Malaysia mereka secara amnya tidak puas hati dengan cara kita mempromosikan budaya kita,layanan sesetengah orang kepada pembantu rumah dan lain-lain lagi.Itulah sebabnya mereka memandang serong terhadap kita Malaysia ini.

Malaysia atau Indonesia


Itulah Gunung Merapi yang terletak di Tanah Minangkabau Daerah Sumatera Barat yang bergelora dengan lahar panas yang akan menenggelamkan penduduk disekitarnya.Tiada siapa yang dapat meneka bila gunung tersebut akan meletus.Berbanding dengan tanah Malaysia yang tercinta yang kita boleh teroka dan menambah rezeki di atasnya tanpa gangguan sesiapa.

Wahai warga negara Indon ketahuilah kamu bahawa negara ini aman dan makmur sumber mencari rezeki kepada kamu yang rajin.Tetapi ada di kalangan kamu yang tidak pernah memijak bumi Malaysia berperasaan serong terhadap warga kami lalu maruah negara kami di cerca dan di bakar. Apakah perkataan 'MALINGSIA' dapat merapatkan hubungan Malaysia dan Indonesia ? Ketahuilah kamu Malaysia adalah bumi BERTUAH.

Friday, 27 November 2009

Selamat Menyambut Aidil Adha



Selamat Hari Raya Aidil Adha Kepada Semua Pembaca

Saturday, 21 November 2009

SPRM dan Kebebasan

Malaysia negara tunggal amal soal saksi waktu pejabat
KUALA LUMPUR 20 Nov. - Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan peraturan tidak menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat.
Seorang bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), Abdul Razak Idris berkata, peraturan itu juga menggambarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seolah-olah tidak mempunyai kuasa selepas waktu pejabat.
Beliau berpendapat, keterangan saksi adalah satu perkara penting dalam mengheret seseorang pesalah itu ke mahkamah.
"Jika tempoh merekod keterangan saksi itu dihadkan, siasatan sesuatu kes itu bukan saja akan memakan masa yang panjang malah saksi juga berpeluang menghapuskan keterangan atau bukti.
"Lebih buruk lagi, saksi yang disiasat itu berpotensi melarikan diri semasa penangguhan (selepas waktu pejabat)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mahkamah Tinggi semalam memutuskan supaya SPRM tidak boleh lagi menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat seperti yang diamalkan sebelum ini.
Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Mohamad Ariff Md. Yusof dalam penghakiman bersejarah itu berkata, tindakan menahan seorang saksi untuk disoal siasat menjangkaui waktu pejabat adalah satu penahanan secara salah di sisi undang-undang.
Pada hemat beliau, peruntukan menyoal siasat saksi 'sehari-ke-sehari' seperti tertera dalam Seksyen 30(3)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 tidak bermakna SPRM boleh melakukannya secara berterusan selama 24 jam.
Bagaimanapun, Abdul Razak berkata, beliau menghormati dan akur dengan keputusan yang diambil mahkamah.
Pada masa yang sama, beliau berharap mahkamah akan menimbangkan rayuan Peguam Kanan Persekutuan, Noorin Badaruddin yang mewakili pihak responden berhubung keputusan tersebut.
"Setahu saya, Malaysia adalah negara pertama di dunia yang mengadakan sekatan sebegini kepada badan pencegah rasuah," katanya.
Tambah beliau, kesediaan suruhanjaya itu untuk berkerja tanpa mengira waktu untuk memerangi jenayah rasuah sepatutnya dihargai dan bukan sebaliknya.
"Sekiranya operasi dilakukan pada waktu malam, apakah ini bermakna suruhanjaya itu tidak boleh merakam keterangan saksi walaupun dalam keadaan terdesak," soal beliau.
Sementara itu, seorang lagi bekas Pengarah Siasatan BPR, C. Thavarajah berkata, SPRM mungkin akan gagal untuk mencapai objektif utamanya jika dilarang mengambil keterangan saksi di luar waktu pejabat.
Menjelaskannya, beliau berkata, sepanjang perkhidmatannya dengan agensi pencegahan rasuah itu tidak pernah terdengar mengenai sekatan seumpama itu.
"Kalau saya dalam situasi sebegini, mungkin saya perlu berfikir beberapa kali untuk terus berkhidmat dalam badan penguatkuasa ini kerana sekatan itu boleh mengakibatkan reputasi siasatan terganggu," tambah beliau.
Tambah Thavarajah, beliau tidak dapat bayangkan bagaimana pegawai penyiasat dapat menjalankan tugas hanya dalam tempoh waktu yang ditetapkan.
Bagaimanapun, beliau menerima serta menghormati keputusan yang diputuskan oleh mahkamah.
Dalam pada itu, SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata, suruhanjaya itu akur dengan keputusan mahkamah.
Kata kenyataan itu, SPRM akan mengeluarkan satu garis panduan berhubung perkara itu untuk diedarkan kepada semua pejabat SPRM di seluruh negara dalam masa terdekat.
Ini Komen saya (SERINDIK KESUMBA)
Kalau dilihat secara umumnya tiada kebebasan kepada SPRM. Maknanya SPRM tak boleh siasat pesalah sewenang-wenangnya.Kalau begitu tak payah SPRM lah pegi bagi polis saja siasat.

Wednesday, 7 October 2009

Pilihan raya Vs Hari raya

DUA istilah yang dipaparkan di atas menjadi topik perbincang hamba pada kali ini iaitu PILIHAN RAYA Vs HARI RAYA. Dua istilah ini memang sedap di sebut namun apa yang tersirat dan tersurat kamus minda kita mempunyai makna tersendiri.

Bagi hamba PILIHAN RAYA adalah satu pentas politik yang memaparkan retorik seseorang pemimpin dalam menghuraikan perjuangan parti yang di dokong olehnya.Fenomena pilihan raya ini memaparkan dua puak besar iaitu pemerintah dan pembangkang.Kedua-dua puak ini mempunyai peranan penting dalam masyarakat dan saling mempengaruhi antara satu sama lain untuk mencari sokongan bagi memenangi pertandingan.Ada kalanya fenomena persembahan pilihan raya di sertai oleh lebih daripada dua golongan maka timbul istilah pertandingan tiga atau lebih penjuru.

Dalam pilihanraya perjuangan yang didokong adalah perjuangan nafsu kerana mereka tidak memikirkan pertandingan tersebut adalah perjuangan khalifah ALLAH.Jika mereka berfikir perjuangan ini ada kaitan dengan perjuangan Khalifah ALLah mungkin mereka tidak memburukkan sesama sendiri tapi apa yang dilihat,didengar dan dipertontonkan oleh para pejuang politik tanah air seolah-olah perjuangan mereka adalah pejuang yang suci untuk berbakti kerana ALLAH.Jika pembuka bicaranya berlandaskan amalan syaitan bagaimana pula untuk mentadbir rakyat jelata dengan hukum ALLAH.Begitu juga pejuang politik nasionalisma.Kalau pembuka bicaranya berdasarkan pemikiran logik akal ,bagaimana pula untuk mentadbir dalam bentuk perlembagaan.Itulah pilihan raya.

Hari raya pula ialah satu perayaan yang disambut untuk meraikan kejayaan setelah manusia berjaya melawan nafsu shahwatnya sepanjang sebulan dalam bulan RAMADHAN.Di samping itu dapat melatih diri daripada berlebih-lebihan.Namun demikian perjuangan semasa hari raya terbahagi kepada perjuangan nafsu dan perjuangan kemewahan.Siapa yang mewah akan berbelanja hinggalah selesai sebulan berhari raya sedangkan ALLAH hanya suruh bertakbir dari terbenam matahari hingga selesai sembahyang hari raya.Al kalam segelintir rakyat bertakbir perutnya hinggalah selama-lamanya.Apakah ini berhari raya?.

Nasihat hamba berpilihan rayalah kamu sekadarnya supaya rakyat tidak merasa jemu dan berhari rayalah kamu sekadar yang termampu.Sunat Shawal 6 hari harus dilakukan untuk penampungan ramadhan yang tercalar.Sekian