Halaman

Wednesday, 7 October 2009

Pilihan raya Vs Hari raya

DUA istilah yang dipaparkan di atas menjadi topik perbincang hamba pada kali ini iaitu PILIHAN RAYA Vs HARI RAYA. Dua istilah ini memang sedap di sebut namun apa yang tersirat dan tersurat kamus minda kita mempunyai makna tersendiri.

Bagi hamba PILIHAN RAYA adalah satu pentas politik yang memaparkan retorik seseorang pemimpin dalam menghuraikan perjuangan parti yang di dokong olehnya.Fenomena pilihan raya ini memaparkan dua puak besar iaitu pemerintah dan pembangkang.Kedua-dua puak ini mempunyai peranan penting dalam masyarakat dan saling mempengaruhi antara satu sama lain untuk mencari sokongan bagi memenangi pertandingan.Ada kalanya fenomena persembahan pilihan raya di sertai oleh lebih daripada dua golongan maka timbul istilah pertandingan tiga atau lebih penjuru.

Dalam pilihanraya perjuangan yang didokong adalah perjuangan nafsu kerana mereka tidak memikirkan pertandingan tersebut adalah perjuangan khalifah ALLAH.Jika mereka berfikir perjuangan ini ada kaitan dengan perjuangan Khalifah ALLah mungkin mereka tidak memburukkan sesama sendiri tapi apa yang dilihat,didengar dan dipertontonkan oleh para pejuang politik tanah air seolah-olah perjuangan mereka adalah pejuang yang suci untuk berbakti kerana ALLAH.Jika pembuka bicaranya berlandaskan amalan syaitan bagaimana pula untuk mentadbir rakyat jelata dengan hukum ALLAH.Begitu juga pejuang politik nasionalisma.Kalau pembuka bicaranya berdasarkan pemikiran logik akal ,bagaimana pula untuk mentadbir dalam bentuk perlembagaan.Itulah pilihan raya.

Hari raya pula ialah satu perayaan yang disambut untuk meraikan kejayaan setelah manusia berjaya melawan nafsu shahwatnya sepanjang sebulan dalam bulan RAMADHAN.Di samping itu dapat melatih diri daripada berlebih-lebihan.Namun demikian perjuangan semasa hari raya terbahagi kepada perjuangan nafsu dan perjuangan kemewahan.Siapa yang mewah akan berbelanja hinggalah selesai sebulan berhari raya sedangkan ALLAH hanya suruh bertakbir dari terbenam matahari hingga selesai sembahyang hari raya.Al kalam segelintir rakyat bertakbir perutnya hinggalah selama-lamanya.Apakah ini berhari raya?.

Nasihat hamba berpilihan rayalah kamu sekadarnya supaya rakyat tidak merasa jemu dan berhari rayalah kamu sekadar yang termampu.Sunat Shawal 6 hari harus dilakukan untuk penampungan ramadhan yang tercalar.Sekian

No comments: