Pada bulan-bulan yang lalu ada hamba mengulas sedikit tentang kalimah Allah ini.Masih ramai lagi umat islam yang berketurunan Melayu tidak mahu ambil tahu bagaimana perancangan yang begitu halus dilakukan oleh golongan pengembang agama kristian untuk mengkristiankan orang-orang Melayu di Malaysia ini.Wahai umat Islam memanglah sekali pandang seolah-olah kita boleh berdakwah kepada penganut lain dengan perkataan Allah,tetapi secara tak langsung juga orang Islam berketurunan Melayu boleh terpedaya dengan tipu helah mereka.Kalaulah fikirkan lebih panjang sedikit.Malah sekarang ini pun Melayu dah banyak terpengaruh dengan cara hidup orang kristian tambah pula dengan membaca majalah mereka apatah lagi maka akidah kita akan terpesong.
Ada pengalaman hamba di perkarangan Masjid India dalam bulan puasa yang lalu.Hamba dapat memerhatikan segelintir umat Melayu yang beragama Islam yang berselerak ketika itu.Maka hamba ternampaklah seorang hamba Allah yang bergelar perempuan,tidak bertudung,berpakaian jean ketat,memakai baju yang menunjukkan lurah dadanya,tergantung rantai yang berkalungkan simbol Salib (kristian) lalu menghampiri seorang amil di situ lalu melafazkan niat fitrah.Hamba pun tak tahu yang mana benar.Persoalannya ialah budaya hidup si remaja perempuan itu tadi dan amalan fitrahnya.Terima tak terima itu bukan persoalannya.Tetapi simbol agama yang di bawa oleh siperempuan itu telah bercampur aduk .Adakah Islam atau kristian.Banyak persoalan yang timbul di kepala hamba apabila melihat fenomena ini.
Bila persoalan Kalimah Allah yang diperdebatkan oleh umat Islam di negara kita ini nampaknya kecelaruan itu sudah dapat memperjelaskan kepada kita semua bahawa hendaklah kita Umat Islam Malaysia Menolak Penggunaan Kalimah atau Perkataan Allah dalam Majalah Mereka.Allahhuakhbar.
Wahai umat islam di Malaysia bersatulah kamu demi agama ,bangsa dan Maruah diri Anak cucu kita yang mendatang.
No comments:
Post a Comment