Halaman

Tuesday, 16 December 2008

Apakah Yang di Jeritkan

Polis akan mengambil tindakan terhadap ahli Parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar kerana didakwa menyalahgunakan kanak-kanak dalam kempen "Rakyat Pengayuh Perubahan" anjuran Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) di Rawang malam semalam.

Ni lah yang hamba nak ceritakan. Apa lagi yang nak di jeritkan oleh ahli parlimen Sungai Siput ni. Wahai Melayu sungai siput apalah yang wakil rakyat hang buat ni jeritlahlah,perubahanlah apakah jadahnya.Cari publisiti murah. Nak buat itu ini sekarang kena ada permit. Takkan lah nak buat perubahan pulak nak adakan kayuh basikal tanpa permit. Hoi orang sungai siput menjerit sajalah di sungai siput apa lagi atau jerit saja di Parlimen baru betul tempatnya ini kat Rawang pulak.Dekat daerah hamba pulak nak menjerit ,nak terbang pun tak boleh.

Jeyakumar ni pun satu nak tunjuk glamor janganlah buat dekat Rawang buat sajalah di tempat lain kan bodoh namanya.Memanglah bukan semua ahli parlimen PKR tu pandai.Ada juga yang bodoh dungu.Itu pun kau orang pilih.Kan bodoh jugak orang yang memilihnya.

Kita nak buat Basikalton pun ada permit ini nak menjerit suka hati nak tunjuk perubahan kepala otak hang Jeya Kumar.Luuuu pikir sendirilah.

Melayu Oh Melayu

MELAYU
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani,
semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Usman Awang
26 NOVEMBER 1999

Tuesday, 9 December 2008

Air disekat, meter tiada, wang di pungut

Tersebutlah cerita disebuah kawasan ditengah pelusuk nusantara.Disebuah negeri yang bernama Selangor Darul Ehsan.Seorang menteri besar bernama Tan Sri Mohamed Khalid Ibrahim.Dulu Negeri ini diperintah oleh Dato Sri Dr Khir Toyo.Wakil rakyatnya dahpun ditukarkan (parlimennya -G Palanivel,DUNnya Zainal Abidin Sakom,Dahulunya lagi Muhammad Taib).Kini Parlimennya Zainal Abidin Ahmad dan DUNnya Isa Abu Kassim.
Mana peginya air yang di anugerahkan Allah secara percuma kepada Hambanya.
Kerakusan manusia menyebabkan manusia lain menderita.
Ingatlah wahai manusia kamu akan dipertanggungjawapkan dan kamu akan di hitung segala perbuatan.
Ingatlah sebelum kamu mati.Alkisahnya pemimpin dah berubah masalah tak diubahpun. Kami dah susah payah ubah mereka tak sedar-sedarkah lagi.Ngapa tak ubah nasib kami yang perlukan pertolongan daripada kamu semua. Yang boleh kami lakukan sendiri kami akan lakukan tapi kalau yang kami tak mampu kami minta tolonglah.
Tersebutlah kisah di daerah kami ini Bukit Beruntung 3 (Kesumba & Widuri) tanah jajahan parlimen Hulu Selangor dan Dewan Undangan Negeri Batang Kali tidak mendapat bekalan air bersih yang di war-warkan oleh kerajaan negeri. Nak jaga kesihatan konon,tapi kami masih lagi meneguk pelahap air sungai selangor yang tercemar. Mesin Pam di gunakan pemaju untuk memberi kami yang kehausan air.Sampah keladak dan najis semuanya kami terima kerana tiada pilihan.Bekalan air di sekat,meter tak dipasang,wang kami telah dikutip pemaju Talam Coperation yang entah dimana.Mana janji kamu itu.
Arakian telah lama kami bertahan kalau ikut kelendar Serindik sejak tahun 2003 hingga Kini 2008 ( Dah 5 Tahun ) kalau ikut kelendar kawan-kawan, mereka kata lebih daripada itu. Maknanya dah lama kami menelan pelahap air yang dimaksudkan tadi.Nak tak nak kami terpaksa.Tak ada pilihan.... Hanya Allah yang tahu apa yang kami masukkan ke dalam kantong perut ini.

Masa serindik menulis ni air tak ada di tangki kami dah dua hari tak dapat bekalan air yang di Pam pemaju Talam Coperation konon.Aduan dah di buat pelbagai alasan di beri,wakil rakyat dah tahu tapi tak ada taring untuk menerkam,tak ada suara untuk mengaum,adu kat syabas mereka kata begitu begini.Apa nak lagi.Kalau Serindik ada kuasa Superman dah lama serindik bertindak memerangi musuh-musuh ini.Biar mereka tahu bahawa kuasa pembelaan lebih bermakna pada ketika kuasa mereka bermaharaja lela.

Wednesday, 3 December 2008

Zaid yang tercabar

"Pakatan Rakyat hari ini mengalu-alukan penyertaan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim ke dalam pakatan pembangkang itu selepas beliau dipecat keahliannya daripada Umno semalam."

Aku dah katakan dalam rencana mengenai zaid tuuuu. Ha baru padan kat kau Zaid.Aku nak tengok reaksi kamu.Ke mana arah kamu yang sebenarnya.Apa prinsip kamu wahai zaid tunjuk baik konon orang dah bagi tempat untuk berjuang .Sekarang perjuangan kamu hanya pada prinsip dan batu PKR sahaja.

Kalau kamu terima pelawaan PKR bererti kamu lalang.Harapkan lalang macam kamu tu bila masuk PKR pun orang tak pakai.

Kalau kamu duduk di dalam UMNO orang macam kamu tak perlu dipedulikan. Bukan apa sangat jasa kamu dah tujuk lagak.

Sekarang kamu pilihlah sendiri. Bawalah diri jangan tunjuk teror nak bantu orang Melayu.Kalau melayu macam kamu tu boleh peegilah.

Isu Bahasa Melayu

“Jika kita ingin memahami orang Melayu, kita perlu tinggal di negerinya, bertutur bahasanya, menghormati agamanya, meminati apa yang diminatinya, melayan apa yang disukai dan tidak disukainya, bersimpati dengannya dan menolongnya dalam kesusahan, sama-sama merasai keseronokan dan mungkin juga menanggung kerugiannya. Hanya dengan kepercayaannya inilah kita dapat memahami jiwanya dan pengetahuan seperti ini hanya boleh didapati oleh orang yang diberikan peluang tersebut dan menggunakannya dengan sebaik-baiknya.” Ungkapan ayat di atas bukanlah lahir daripada cendekiawan Melayu, tetapi daripada seorang lelaki asing, Sir Frank A Swettenham, Residen-Jeneral British pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu, dipetik dari bukunya, ‘Malay Sketches’. Tulisan Swettenham itu bukan sahaja patut dibaca pemimpin-pemimpin bukan Melayu tetapi patut juga dikaji oleh pemimpin-pemimpin Melayu sendiri. Kita boleh menempelak kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin DAP kerana dangkal mentafsirkan status Bahasa Melayu sebagai bahasa rakyat, tetapi secara tidak sedar bahasa kebangsaan ini telah lama dihumban dan dibunuh oleh golongan-golongan elit yang mengaku pejuang bangsa dan negara. Menurut satu teori sejarah yang kuat, bahasa Melayu dikatakan berpunca daripada bahasa Austronesia, yakni asal usul bangsa Melayu yang berasal dari daerah Yunnan (bermaksud awan selatan) di China. Kemudiannya, bangsa Melayu yang datang dari Yunnan ini digelar sebagai Melayu Proto setelah berhijrah ke Asia Tenggara ketika zaman batu sehingga terbentuknya masyarakat Melayu Asli di Semenanjung Malaysia, dayak di Sarawak, Batak dan Komering di Sumatera. Kata nama Austronesia itu sendiri membawa maksud ‘Kepulauan Selatan’, diterjemahkan daripada Bahasa Latin, ‘australis’ yang bermaksud ‘selatan’ dan bahasa Yunani, ‘nesos’ yang bermaksud ‘pulau’. Bahasa bangsa Austronesia itu dikatakan tersebar luas ke merata dunia, dari Taiwan dan Hawaii di hujung utara sehinggalah ke Selandia Baru (Aotearoa) di hujung selatan dan dari Madagaskar di hujung barat sehinggalah ke Pulau Paskah (Rapanui) di hujung timur.

terima kasih Membaca .Sila Beri Respon.Di Petik Dari Sinar Harian.Oleh :: Mohd Azhan Othman

Tuesday, 2 December 2008

Cuba Lihat Jawapan

Baru satu isu tentang sekolah aliran satu bahasa ( Bahasa Melayu) yang di perkatakan oleh Mukriz.Dah melenting si Cina DAP tu.Takut kalau kerajaan yang tak ada taring tu buat perubahan. Si Najib pulak berlembut konon nak jaga hati rakan kongsi.Apalah ikut sangat telunjuk mereka tu buat tak tahu saja lah biar mereka jawap. Mungkin takut tak jadi PM ke.Alahai kalau orang dah tak suka bila dah jadi PM pun boleh turun juga.Tegoklah saja PM yang dah ada sekarang terpaksa mengalah. I respect to you Pak Lah.
Mukriz I juga respect pada awak kerana bawa satu isu yang boleh membuka mata melayu yang sedang layu. Konon nak jaga hati rakan kongsi. Kongsi-kongsi lama-lama di kebas orang semuanya baru padan muka.

Merajuk nak di pujuk Porahlah Melayu Kacukan

"Salahkah saya mempertimbangkan tawaran itu, jika khidmat dan kerja- kerja saya selama ini tidak dihargai dan seolah-olah ada niat untuk mencantas saya daripada parti," tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah.

"Saya masih berpendirian bahawa tidak menolak dan tidak pula kata menerima namun tawaran yang datang dari sahabat baik saya, penasihat PKR , Datuk Seri Anwar Ibrahim masih boleh dipertimbangkan jika saya terus dilayan sebegini oleh UMNO bahagian sendiri.


Wahai melayu jangan merajuklah.Hidupni memang ada persaingan kalau kita tak mahu bersaing nak buat apa masuk dalam arena politik.Kalau dah tak mampu untuk menambah kuasa dan glamour sila berundurlah nak buat apa salahkan orang lain.Terpinggirlah,dipinggirlah entah apa lagi alasan yang tak munasabah kau cakapkan. Sila berundur dan masuklah parti mana-mana yang hang suka Aku tak mahu tengok muka kau dalam golongan melayu yang memang suka merajuk.Melayu hari ini mahukan orang yang tulin dan bersemangat kental.Sesiapa yang merajuk silalah keluar dari kelompok oarang yang kental semangatnya.Jangan me+ la +yu lagi.

Ancaman Perkongsian Kuasa

KUALA LUMPUR: Tindakan Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk M Kayveas semalam yang mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu akan keluar daripada Barisan Nasional (BN) jika kerajaan tidak meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum pilihan raya umum akan datang.


PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah (gambar) masih mempertimbangkan tawaran untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dua peristiwa yang membuatkan orang melayu tercabar satu daripada Parti India satu lagi dari Parti Umno dan sebelum ini daripada parti Cina.Semuanya tak boleh pakai.Semuanya merosakkan orang melayu.Apa kata wahai orang melayu semua ambil tindakan terhadap mereka. Singkirkan mereka daripada berpolitik biar kita yang ambil peranan mereka . Dimana melayu kudus yang memperjuangkan hak melayu? Telah saya perkatakan dahulu lagi melayu harus mempunyai senjata yang tajam iaitu pemikiran yang kreatif dan kritis untuk menewaskan mereka semua.

Sunday, 30 November 2008

Melayu Tercabar @ Melayu Dicabar

Apakah tindakan pemimpin Melayu apabila di cabar oleh Timbalan Parti MCA?

Persoalan ini memerlukan kupasan yang teliti supaya tidak ada individu yang terguris.Tapi apa boleh buat jawapan yang telus akan membuatkan mereka berfikir.Banyak yang orang melayu fikirkan tentang semangat setia kawan dan perkongsian kuasa . Silap jawap orang merajuk akan pergi ke pihak pembangkang. Itulah hakikatnya bila orang MCA( Parti Cina) ada dalam ruang perkongsian kuasa. Orang melayu masih tak sedar, orang cina kalau berkongsi mereka nak bolot semuanya. Luuu jangan percayalah....Mereka mana ada sikap tolak ansur. Sejarah dah dibaca mana ada orang cina datang ke rantau tanah melayu mereka mau kongsi itu ini. Kapal mereka hanya untuk mereka saja. Mereka mau orang melayu hantar ufti kerana melindungi Melayu daripada ancaman musuh. Sedangkan mereka merupakan musuh dalam selimut. Melayu tak reti lagi ke.

Kemanakah taring pemimpin melayu setelah 50 tahun berkuasa?

Mengenai taring ini hanya simbol saja.Kalau sebut tentang taring kita terbayang tentang taring harimau atau singa.Pemimpin Melayu mana ada taring yang di simbulkan itu. Mereka di didik supaya hormat pada orang lain.Tambahan pula kalau bangsa asing. Jika dilihatdaripada faktor sejarah orang melayu tinggal di kampung-kampung.Mereka tidak terdedah dengan aktiviti monopoli berbanding dengan keturunan Cina. Mereka ada puak-puak untuk monopoli kawasan perlombongan. Mereka pandai mewujudkan kumpulan Kongsi Gelap.Melayu tak sehebat mereka ,Melayu ada samseng kampung.Itupun tunjuk teror dengan orang kampung saja.Bila berdepan dengan orang asing lembut gigi dari lidah.Hormat sungguh kalau ada orang masuk kampung mereka. Mereka bangga kalau orang asing masuk kampung mereka . Layan pulun sampai jiran yang buat baik beratus tahun nasihatkan mereka pun no layan.Sampai Bangla boleh duduk-duduk minum kopi. Ini sikap melayu nak bertaring apa taring tak di asah .Samseng kampung sergah sikit dah lari masuk kelambu.

Kemanakah kuasanya apabila dah dilantik menjadi pemimpin?

Bab kuasa ni pun temberang saja lebih.Melayu kalau dah berkuasa mana ingat asal usul mereka. Bila rakan kongsi kuasa minta 1 baginya 3. kalau ada 4 semua bagi kat rakan tadi. Konon nak bersedekah. Kalau dah hak kita nak buat apa bagi kat orang lain tambahlah lagi kuasa tu supaya ada Power.

Semua pemimpin begituke ?

Nak kata semua Pemimpin begitu kejamlah saya. Mulut kena jaga.Nanti orang marah.Tapi bak kata pepatah cakap siang pandang-pandang,cakap malam dengo-dengo. Tak semua pemimpin begitu.

Apa sejarah kepimpinan Melayu?

Sejarah kepimpinan Melayu mempunyai liku-likunya.Sebab nya orang Melayu bukan di pimpin oleh Melayu.Sejarah yang kita baca zaman sekolah dulu kerajaan Melayu Melaka diKuasai oleh India Muslim (Parameswara).Kemudian perkembangan sejarah memperkatakan kepada kita tentang penaklukan kuasa Barat( Portugis,Belanda,Inggeris) dan timur (Jepun). Kemudian masuk komunis (Bintang 3).Beratus tahun orang Melayu tak berkuasa di bumi sendiri.Bila dah bijak sikit barulah dapat pada Melayu Kacukan bukannya Melayu tulen Tunku Abdul Rahman( ?),Tun Abdul Razak ( ?) , Tun Hussin Onn (Peranakan Arab),Tun Mahathir (Peranakan India)dan sekarang Pak Lah (?).Wallahhuaalam Bissawap. Hanya Allah yang tahu .Nak sorok macam mana....kalau dah fakta sejarah mengatakan begitu.Itulah yang dikatakan oleh sejarah tentang melayu. Bila dipersoalkan begitu kita terpaksa berpatah kepada perlembagaan yang memperkatakan tentang Definisi Melayu ( Berbahasa Melayu,Mengamalkan Budaya Melayu dan Beragama Islam).Jangan pertikaikan itu semua.... Kalau tak mahu berbahasa Melayu atau salah satu daripadanya.Gugurlah kamu daripada menamakan diri kamu BANGSA MELAYU. Fikir-fikirlah sendiri.

Monday, 24 November 2008

Kata Itu Memberi Makna

William A.Ward
"Guru yang sederhana memberitahu. Guru yang baik menjelaskan. Guru yang hebat menunjukkan cara. Guru yang agung menjadi inspirasi.

Tenas EffendySebagai pemimpin ianya cerdik Tahu Menyemak bijak menilik Tahu menyelesaikan perkara pelik. Ilmunya luas budi pun baik Akalnya panjang bicara pun molek Negeri makmur rakyat terdidik.

Abdullah Ibnu Abbas
"Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir".

Munsyi Abdullah
”Jika orang Melayu hendak menjadi bangsa yang besar, orang Melayu mesti mempelajari dan memelihara secermat-cermatnya bahasa Melayu, di samping menerima serta menambah pengetahuan baharu.”

Monday, 17 November 2008

Melayu Jangan Diduga Gengam Bara Biar Menjadi Abu

Bubar Majlis Peguam jika mahu berpolitik, kata Abu Zahar
Nov 16, 08 6:41pm
Majlis Peguam Malaysia perlu dibubarkan jika badan itu bertindak tidak ubah seperti sebuah parti pembangkang, mempersoalkan hak-hak pribumi di negara ini, kata Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia Tan Sri Abu Zahar Ujang.Katanya, badan itu kini tidak lagi memainkan peranan yang sepatutnya kepada peguam-peguam yang menjadi anggotanya."Saya menasihatkan supaya Majlis Peguam dibubarkan dan mereka yang terbabit menubuhkan sebuah parti jika ingin aktif dalam politik," katanya ketika berucap di program wacana isu perundangan dan hak-hak pribumi dalam perlembagaan di Memorial Tun Hussein Onn di ibunegara hari ini. Menurut laporan Bernama, beliau juga meminta semua peguam Melayu di negara ini supaya bersatu dalam menangani isu bangsa mereka yang berada dalam keadaan "amat tertekan sekali" ketika ini. Katanya, isu berhubung hak-hak keistimewaan orang Melayu sering dibangkitkan, lebih-lebih lagi selepas Pilihanraya Umum 8 Mac lalu dan "saya tidak sanggup lagi menghadapi situasi seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969." Dalam ucapannya, Abu Zahar yang juga anggota jawatankuasa Lembaga Disiplin Umno berkata lembaga itu tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati mengamalkan rasuah atau politik wang. "Kita nak pemuda harapan bangsa, yang ada hari ini kebanyakannya adalah pemusnah bangsa," katanya.
Fikirkanlah wahai pemuda warga Melayu.............

Thursday, 13 November 2008

Musim Cuti atau Bercuti


Berdasarkan tajuk dan gambar yang terpapar suka hamba nak berkata sekarang ni tibalah musim cuti sekolah.Bagi anak-anak kecil masa inilah kegembiraan datang dalam jiwa mereka.Bagi ibu bapa yang bekerja masa ini agak pening kepala. Mana tidaknya anak mereka siapa yang nak jaga. Kalau masa sekolah separuh hari cikgu dah ambil tugas tu.
Bagi yang banyak duit masa ini masa bercuti paling lama pun 7 hari lepas tu poket pun bercuti.Mana tidaknya duit habis bagi kat toke-toke atau penyangak mata wang malaysia yang ada di sekeliling sampai makan pun boleh missing. Jalan sikit toke minyak sudah stanby,jalan lagi toke tol sudah sedia,jalan lagi toke restoran menanti, begitulah seterusnya.
Alhamdulillah hamba masih lagi boleh bergerak tapi kena berhati-hati dengan penyangak yang ada......silap langkah habis di kebas oleh mereka zakat pun tak sempat nak bayar.Begitulah cerita musim cuti dan masa bercuti di akhir-akhir tahun ni.

Friday, 31 October 2008

Kes Altanthuya Satu Persoalan

Persoalannya Kalau Razak Baginda tidak bersalah siapa yang bersalah ? Luu fikirlah sendiri.
Yang bersalah tetap bersalah tapi kita lihat bagaimana berita memanipulasi kita sebagai pembaca.

Kalau dulu Razak dan 2 orang pegawai polis tu di tuduh bersalah tetapi kini tinggal berdua sahaja.

Sekarang 2 orang itu pula akan membela diri masing-masing. Benar mereka yang melakukan perbuatan tersebut persoalannya siapakah yang memberi lesen perbuatan tersebut. Kita mahu tunggu laporan berita selanjutnya.. Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.

Keadilan atau DAP


Dato Khalid diberi nama. Keadilan partinya.DAP rakan seperjuangan pula.
Sekarang ni timbul isu baru. Dimana pula rasionalnya.
Dulu PKNS Melayu jadi ketua, Kini Khalid cuba berniaga.
PKNS rugi Dato marah, lalu di tukar bangsa Pengarah.
Melayu marah Khalid gelisah, marah pun ada lawan maruah.
Melayu selangor tak pandai mengarah.PKNS rugi negeri parah.
Muka Dato naik merah.
Melayu selangor apa jadah, tak pandai niaga kena marah.
Dato cuba tukar pengarah,orang lain pula yang cuba di arah.
DAP atau keadilan yang punya arah, PAS marah kerana Melayu Selangor tidak diberi peluang.
Nak bagi peluang apa kalau merugikan perniagaan. ITu kata Dato.
Wahai Melayu Selangor mana yang pandai berniaga semuanya Korap.
Itu sebab Dato marah.
Ada yang kata Dato ada strategi niaga, atau Dato rabun strategi DAP .
Ada kata Dato pening, atau DAP dah masuk line .
Ada kata Dato tak percaya Melayu, atau Dato dah makan rasuah politik DAP.
Ada kata Dato cari rakan kongsi, atau Dato dah nampak DAP sahaja.
Wahai ahli politik selangor hati-hatilah kamu jangan selangor menjadi P.Pinang.
ketua menterinya dah tak dapat kat kita lagi..........................
Melayu Boleh
Melayu Boleh
Melayu Boleh bagi pada rakan kongsi,
Rakan kongsi tak mau bagi kongsi.

Kalut dan tekanan


Apakah yang dilakukan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim MB selangor? Ada golongan mengatakan bagus dan ada strategi koperatnya terhadap PKNS. Dulu Melayu sebagai ketua kini Melayu dah tak ada dalam selangor untuk di jadikan pengarah baru dalam PKNS mulalah si Dato Khalid di nasihati oleh kawan-kawannya yang bukan melayu tu. Alih-alih orang Pas dah marah marah pada Si Khalid. Apa dah jadi Dato'? Bijak-bijak dato dalam perniagaan rupanya cuba di tipu oleh rakan. Ini bukan perniagaan Dato. Ini politik. Bezakan ? jangan politik nak di niagakan...


Wednesday, 22 October 2008

Al Quran Kalamullah

Al-Quran Al-Karim adalah semulia-mulia kitab. Al-Quran Al-Karim adalah Kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Kitab suci Al-Quran Al-Karim menjadi panduan dan pembimbing utama bagi umat Islam.
Kemuliaan kitab suci Al-Quran telah diketahui umum, di antaranya tidak boleh diletakkan di sebarang tempat, ia mesti diletakkan pada tempat yang sesuai dengan kemuliaan dan kesuciannya. Maka bagi menjaga kemuliaannya itu tidak boleh meletakkan benda lain di atasnya. Imam At-Turmuzi Rahimahullah berkata di dalam kitab Nawadir Al-Ushul dalam fasal yang ke-253 : "Hendaklah jangan diletakkan di atas Mushaf Al-Quran mana-mana buku supaya ianya tetap buat selamanya di atas semua buku." - Syed ‘Alawi, pengarang Sab’ah Kutub Mufidah, menerangkan bahawa Mushaf Al-Quran hendaklah diletakkan di atas segala buku sekiranya ianya diletakkan dan disusun bersama-sama buku lain, dan yang paling sesuai adalah lebih elok jika ianya diletakkan secara tergantung di tempat yang suci, misalnya pada dinding yang bersih di ruang-ruang utama rumah.
Tuntutan menghormati Al-Quran boleh ditinjau daripada berbagai sudut termasuk untuk mengambil berkatnya, bahkan tuntutan ini adalah berbentuk wajib, dan dari sudut akidah, jika tuntutan ini diabaikan, ia boleh membawa kerosakan akidah. Oleh itu ulama Islam menerangkan bahawa sesiapa dari kalangan orang-orang Islam yang menghina dan meremehkan kitab suci ini, ia boleh menjadi murtad. Imam Al-Ramli Rahimullah berkata :
"Perbuatan yang boleh membawa kufur termasuklah kesengajaan mempermain (meremehkan) agama dengan terang-terangan, atau menentangnya atau mengingkarinya, seperti mencampakkan Mushaf atau sesuatu yang padanya terdapat kandungan Al-Quran, bahkan, ataupun ianya nama-nama mulia, atau mana-mana hadis. Imam Al-Rayyani menambah : "ataupun mana-mana ilmu syarak, kekotoran atau yang menjijikkan (walaupun ia suci)." (Nihayah Al-Muhtaj : 7:416).
Dalam kehidupan sehari-hari murid-murid sekolah atau penuntut-penuntut agama sangat terdedah kepada kitab-kitab agama termasuk Mushaf Al-Quran. Oleh itu, para guru dan ibu bapa hendaklah memahamkan anak-anak atau murid-murid mereka cara menghormati dan memuliakan kitab-kitab agama dan sentiasa mengingatkan mereka akan hal ini. Pastikan bahawa buku-buku agama yang kadang-kadang bersamanya ada Mushaf Al-Quran di dalam beg sekolah, tidak diletak di tempat-tempat yang tidak terhormat seperti di lantai atau di kusyen kereta yang kadang-kadang menjadi penyandaran atau diletakkan berhampiran dengan kaki sehingga terpijak atau dilangkahi. Semua cara-cara ini bukan cara yang betul meletak kitab-kitab lebih-lebih lagi Mushaf Al-Quran.
Oleh kerana itu, dalam menyusun kitab-kitab atau buku-buku agama pastikan Mushaf Al-Quran sentiasa berada di atas sekali, baik susunan itu di atas meja atau di rak-rak buku atau di perpustakaan.
Demikianklah seterusnya kitab-kitab agama sentiasa di atas sekali dalam susunan bersama buku-buku yang lain.

Pengkatalogan atau cara menyusun letak buku-buku dan kitab-kitab merupakan salah satu ilmu perpustakaan. Tujuan ilmu ini adalah bagi mendisiplinkan letak susunan buku-buku dan kitab-kitab supaya lebih kemas dan mudah digunakan oleh penggunanya.
Dalam dunia perpustakaan telah banyak panduan yang dikemukakan oleh pakar perpustakaan tentang cara penyusunan buku-buku. Di antara sistem yang paling terkenal ialah sistem dewi dan kongres. Secara umumnya, kedua-dua sistem ini tidak membezakan antara kitab agama dengan buku-buku lainnya. Mengikut sistem ini kitab tafsir Al-Quran boleh diletakkan di bawah buku sejarah, kitab hadis boleh berada di bawah buku sastera dan sebagainya. Keadaan ini terjadi kerana mengikut sistem nama atau kategori ilmu yang terkandung di dalam buku berkenaan, atau berdasarkan unsur-unsur lain. Sistem ini jelas tidak berdasarkan kepada kemuliaan dan keagungan ilmu yang terkandung dalam sesebuah buku atau kitab itu dan tidak berdasarkan kemuliaan yang empunya kitab atau pengarangnya.
Seperti yang sudah disebutkan di awal-awal lagi, mengikut pendapat ulama Islam, dasar utama etika dalam meletakkan susunan buku-buku dan kitab-kitab agama adalah mengikut kemuliaan kitab dan pengarangnya. Syed Alawi bin Ahmad As-Saqqaf Rahimahullah mengatakan bahawa hendaklah diambil kira adab meletakkan susunan kitab-kitab berdasarkan kemuliaan kitab dan kemuliaan pengarangnya, oleh sebab itu hendaklah yang paling mulia diletakkan di sebelah atas. (Majmu’ah Sab’ah Kutub Mufidah, h : 24).
Mengikut panduan yang diberikan di atas, Mushaf Al-Quran Al-Karim hendaklah diletakkan di sebelah atas sekali, kemudian di sebelah bawah diiringi oleh kitab-kitab hadis sahih dengan mendahulukan Sahih Bukhari daripada Sahih Muslim, kerana selain Sahih Bukhari sebagai kitab hadis yang paling sahih, ianya juga lebih banyak mengandungi ayat-ayat Al-Quran. Sekiranya ada beberapa kitab ilmu pengetahuan yang sama banyak mengandungi ayat-ayat Al-Quran, termasuk risalah tahlil, panduan zikir, maka didahulukan kitab-kitab tafsir Al-Quran, kemudian diiringi oleh kitab-kitab syarah hadis, usuluddin, usul fikah, fikah nahu, sharaf, ilmu ma’ani, ilmu bayan, ilmu badi’ dan yang seumpamanya seterusnya diiringi oleh buku-buku syair Arab dan ilmu ‘arudh.
Beliau juga menerangkan bahawa sekiranya ada beberapa kitab yang bersamaan yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran, maka didahulukan kitab yang paling banyak mengandungi ayat-ayat Al-Quran, kemudian yang paling banyak mengandungi hadis. Selepas itu barulah diambil kira pula kemuliaan dan keagungan pengarangnya, dan yang paling banyak dipakai oleh para ulama dan orang-orang salihin, serta kitab yang paling diperakui tentang kesahihan kandungannya.

Penghormatan yang selayaknya kepada kitab-kitab termasuk menerusi cara penyusunannya seperti yang disebut di atas, selain daripada satu perkara yang dituntut oleh agama, ia bertujuan bagi memperolehi berkat dan manfaat ilmu berkenaan. Walau sebanyak mana ilmu yang dicari dan walau setinggi mana peringkat pembelajaran yang diterokai, tanpa keberkatan dan manfaat ilmu, ia dianggap sia-sia dari sudut pandangan agama. Khasnya kepada para penuntut, mereka tidak akan memperolehi ilmu yang sebenar yang bermanfaat melainkan dengan menghormati ilmu, ahli ilmu, guru dan kitab.
Syeikh Az-Zarnuji Rahimahullah di dalam kitab Ta’lim Al-Muta’allim berkata :
"Ingatlah, bahawa para penuntut ilmu tidak akan memperolehi ilmu dan manfaatnya melainkan dengan menghormati ilmu, ahli ilmu dan guru." (H : 19).
Katanya lagi : "Cara menghormati ilmu itu termasuklah juga menghormati kitab-kitab." (H : 18).

Kitabun Perlu Dihormati

SECARA umumnya, kita percaya setiap rumah kediaman orang-orang Islam pasti menyimpan buku atau kitab-kitab agama, sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Arab atau dalam bahasa-bahasa lainnya. Dalam hubungan ini termasuklah Mushaf Al-Quran Al-Karim, sama ada secara lengkap atau bersama tulisan lain.
Buku atau kitab dalam kaca mata Islam adalah khazanah mutiara yang bernilai yang perlu dihormati kerana ia mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang telah dituangkan oleh pengarangnya dalam bentuk tulisan, sebagai panduan dan pembimbing bagi sesiapa yang membacanya. Di samping itu apabila disebut sebagai buku agama (kitab) pada lazimnya ia mengandungi petikan-petikan ayat-ayat Al-Quran Al-Karim, hadis-hadis Nabawi, atau paling tidaknya terjemahan maknanya atau qaul-qaul ulama.
Selain dari yang disebut sebagai kitab, ada lagi sejenis kitab dalam ukuran kecil yang lazim disebut ulama sebagai risalah atau kurrasat. Buku kecil atau risalah ini banyak dimiliki orang awam yang di antaranya mengandungi zikir, selawat dan doa-doa yang juga terdiri daripada ayat-ayat Al-Quran Al-Karim dan hadis-hadis Nabawi.
Pada masa ini ada di antara buku-buku atau kitab-kitab itu diperolehi secara percuma, sama ada yang diberikan oleh pihak kerajaan di majlis-majlis rasmi atau oleh orang perseorangan secara sukarela dalam bentuk wakaf. Keadaan ini menjadikan orang ramai dengan mudah dapat memiliki berbagai jenis buku atau kitab, kerana banyaknya buku-buku dan kitab-kitab itu ada di antara mereka yang membuat perpustakaan mini peribadi di rumah.
Mengikut ulama-ulama yang muktabar, kesemua kitab agama, baik yang besar atau yang kecil, mestilah dihormati dan dimuliakan dengan harapan untuk mengambil manfaatnya. Walaupun banyak mana kitab yang dimiliki, jika tidak diperolehi manfaatnya, ia adalah bagaikan barangan yang dibawa oleh keldai, tetapi sang keldai tidak dapat memanfaatkan barangan yang dibawanya.
Di antara etika menghormati dan memuliakan buku-buku atau kitab-kitab agama ialah tidak meletakkannya di sebarang tempat, terutamanya di tempat yang hina dan terdedah kepada penghinaan, seperti di lantai, di tempat yang kotor, di bawah tempat tidur dan sebagainya.
Sekiranya sesebuah kitab agama terpaksa diletakkan juga di lantai, maka hendaklah diletakkan sekatan atau pelapik di antara ramai dengan buku berkenaan. Demikian diterangkan oleh pengarang kitab ‘Majmu’ah Sab’ah Kutub Mufidah’. (H : 24).
Sesungguhnya orang yang mengenali nilai dan kemuliaan buku-buku atau kitab-kitab agama Islam hanyalah orang Islam, terutamanya para ulama. Justeru itulah para ulama sangat mengambil berat tentang etika dan tatacara meletakkan kedudukan dan susunan buku-buku atau kitab-kitab agama Islam. Merekalah yang ahli dalam menangani penyusunan dan etika menghormati buku-buku atau kitab-kitab agama dengan mengambil kira tentang kedudukan isi kandungan sesebuah kitab itu, begitu juga tentang kedudukan pengarangnya. Mereka meletakkan yang paling mulia dan dihormati secara tersusun mulai dari atas ke bawah, bukan dari bawah ke atas.

Tuesday, 21 October 2008

Adab bertamu

Hadith :
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Janganlah kamu datang ke rumah orang berhadapan pintunya, tetapi datanglah dari bahagian tepinya dan mintalah izin, jika diizinkan untuk kamu, masuklah, kalau tidak, baliklah.”

(At-Tabrani)


Huraian1. Semulia-mulia manusia adalah mereka yang beradab dan tahu tata tertib setiap perkara yang dilakukannya.2. Islam mengambilkira segala hal yang bersangkutan dengan kehidupan manusia termasuklah aspek hubungan sosial mereka dan mengajarkan adab-adab yang tertentu demi mewujudkan suasana masyarakat yang aman dan harmoni.3. Adab dalam berziarah contohnya disebutkan secara terperinci iaitu i) Memberi salam terlebih dahuluii) Mengetuk pintu perlahan-lahan dan tidak melebihi tiga kali iii) Berdiri bersebelahan pintu kerana dibimbangi jika yang membuka pintu itu adalah orang yang bukan muhrimiv) Tidak masuk melainkan setelah mendapat keizinanv) Tidak mengintai atau mengendap ke dalam rumahvi) Duduk di tempat yang disediakan kerana tuan rumah lebih maklum tentang keadaan rumah mereka.4. Berkunjung sebagai tetamu hendaklah memilih masa yang sesuai agar ia tidak menimbulkan keberatan kepada tuan rumah lebih-lebih lagi jika kedatangan tersebut didapati mengganggu urusan penting yang hendak dilaksanakannya.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Menghadapi Cabaran Zaman

Hadith :
Salim r.a mendengar Abu Hurairah mengatakan bahawa Nabi SAW bersabda:”Nanti akan dilenyapkan ilmu pengetahuan, akan bermaharajalela perzinaan dan kejahatan serta banyak haraj.” Seorang sahabat bertanya,:”Apakah haraj itu ya Rasulullah?” Jawab baginda:”Begini!”(Nabi memberi syarat dengan tangan beliau seolah-olah menggambarkan terjadinya suatu pembunuhan”.

(al-Bukhari)


Huraian1. Dalam arus pembangunan dan kemajuan yang pesat dewasa ini, umat Islam menghadapi krisis kebejatan moral yang amat membimbangkan. Ramai orang seolah-olah sudah lupa pada akhirat. Pelaku kejahatan bukan hanya terdiri daripada kalangan dewasa sahaja, namun anak-anak yang belum dewasa, ibu-ibu, bahkan orang yang sudah lanjut umur juga terlibat. 2. Perkara seperti ini perlu diberi perhatian serius oleh kita umat Islam kerana Allah SWT akan menimpakan bala dan laknat-Nya yang amat dahsyat disebabkan maksiat yang dilakukannya itu di mana ianya akan mengenai seluruh manusia.3. Apa yang dinyatakan oleh Rasul SAW di dalam hadis baginda telah pun berlaku di dalam realiti kehidupan kita pada hari ini. Ilmu telah diangkat atau disisihkan. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu agama atau ilmu syarak yang boleh memandu umat Islam kepada kebenaran, ilmu yang boleh menyelamatkan mereka daripada azab api neraka di akhirat kelak. Ulamak-ulamak yang takut kepada Allah SWT, yang memuliakan sifat-sifat zuhud dan warak semakin berkurangan dan berlaku pembunuhan di sana sini4. Maka bagi menghadapi situasi akhir zaman ini umat Islam perlu berhati-hati agar tidak terjatuh ke dalam kemungkaran. Benteng pertahanan aqidah perlu diperkuat dan diperkemaskan supaya tidak mudah terpedaya. Di samping itu konsep amar makruf nahi munkar harus diterapkan. Begitu juga konsep untuk saling mengingatkan dalam kebaikan dan kebenaran
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Doa

DOA
Doa ialah satu ucapan permohonan iaitu memohon dari hamba
(manusia) kepada Allah dengan hati yang ikhlas bagi mendapat
rahmat, inayah (pertolongan) dan juga bagi dijauhkan dari bala’
bencana dengan cara dan adab yang tertentu.


Perlembagaan Persekutuan (Perkara 3) memperuntukkan bahawa agama
Islam adalah Agama Bagi Persekutuan. Oleh itu amalan membaca doa
dalam Majlis-majlis Rasmi dan Separuh Rasmi Kerajaan adalah suatu
amalan yang suci dan murni sesuai dengan kedudukan agama Islam di Malaysia.


Pembaca doa seelok-eloknya seorang lelaki dan beragama Islam,
boleh menyebut perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu dan
Arab dengan tepat, fasih dan betul.

Pembaca doa seboleh-bolehnya individu yang mempunyai akhlak
dan sahksiah yang baik yang tidak dipertikai oleh pendengar dan
masyarakat.

Pembaca doa mestilah mengetahui kesesuaian doa yang dibaca
bagi satu-satu majlis yang diadakan.

Pembaca doa hendaklah datang ke majlis lebih awal sebelum
majlis dimulakan.

Pembaca doa hendaklah mempastikan dimana tempat bacaan
doa.

Sebelum memulakan doa, pembaca doa hendaklah memberi
tanda hormat kepada tetamu khas dan lain-lain tetamu yang hadir.

Pembaca doa hendaklah mengangkat tangan ketika berdoa.

Pembaca doa hendaklah membaca dengan nada suara yang
sesuai dengan maksud ayat di samping suara yang jelas, tidak
terlalu laju dan hendaklah dibaca dengan khusyuk serta tawadu’.

Tidak digalakkan pembaca doa membalikkan tangan taktala
memohon tolak bala’.

Pembaca doa hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian.