Halaman

Wednesday, 17 September 2008

Zaid Ibrahim Yang Kepanasan Menggenggam Bara &Terpacul Mencabut Keris


Ramai pemimpin umno yang serupa dengan zaid ibrahim.Mereka hanya masuk umno demi kepentingan diri bukan untuk perjuangan.Mencari sebab untuk membuat kecoh dan merajuk. tengok sajalah si Zaid Ibrahim dah elok-elok menjadi wakil dalam kerajaan sebok pula letak jawatan. Teringat pula Serindik di zaman kolej dahulu memanglah mereka berebut nakkan jawatan tapi Serindik tengok saje tapi bila dah dapat tak mampu hendak menghadapi kerenah orang yang di pimpin,akhirnya mereka kecewa dan gagal melaksanakan tanggung jawap maka serindik berkata dalam hati.? x- : % @ # dan pelbagai lagi. Inilah kerenah manusia yang di gelar pemimpin. Daripada peristiwa itu Serindik menggunakan tindakan tunggu dan lihat.Hari ni pun berlaku perkara yang sama mereka tidak mahu menggunakan pendekatan menggenggam api biar menjadi bara,genggam bara biar jadi abu,alang-alang menyeluk pekasam biar kepangkal lengan semuanya mereka tak nak gunakan. Apa boleh buat.

Berbalik pada cerita Zaid Ibrahim tadi hangat-hangat tahi ayamlah dia tu. baru dapat jadi wakil kepada rakyat kelantan yang tidak berapa suka dengan pangkat senator mengendeng Paklah untuk dapat jawatan menteri kabinet. Deh-deh dah letak jawatan. Alang-alang letak jawatan elok juga pegi lompat party barulah gempak sikit. Apalah bodohnya Zaid ibrahim. Ha ya lah letak jawatan orang kutuk jika lompat parti orang kutuk berbaloilah tu.

Bukan dia tak tahu masuk umno nak cabut keris yang berkarat dan melekat kuat kerana darah perjuangan menentang British dahulu kuat keramatnya kalau tak cukup ilmu dan penuh dengan kejujuran dan kebaikan hantu keramat pemimpin Umno itu akan memaksa mereka kembali ke tempat asal.Maka mungkinlah Zaid Ibrahim ni balik ke tempat asalnya dan berkuburlah ia dalam kerier politik UMNO Kelantan dan Malaysia.

1 comment:

Zul-Elle said...

panas badan minum ENO,

genggam bara biar jadi arang.

terpacul bukan lah bacul,

cabut keris, sarungnya mana..?