Halaman

Monday 15 November 2010

Azmin Ali Yang akan Tewas Selepas Kemenangannya.

Berita ini memang tidak sesedap gulai masam Kak Azizah Presiden Parti Keadilan Rakyat Malaysia,jika tuan-tuan membacanya mungkin juga tuan-tuan tidak suka tetapi inilah hakikatnya dengan kemenangan Azmin dalam merebut kerusi teratas dalam parti.Bagi hamba hari ini Azmin menang tapi esok lusa ia akan kalah.

Bukan nak simpati pada mana-mana pihak tetapi dalam percaturan hamba, pusingan Azmin sudah ketahap kemuncak.Memang dia berkuasa dalam jangka masa tertentu kerana orang kuat parti tidak dapat ditonjolkan dalam pemilihan ini.Kekuatan yang ada hanya pada Azmin.Apabila tiada siapa yang akan mengambil tempat beliau akhirnya parti akan mengalami masalah ,apabila parti tidak kuat maka Azmin Ali akan tewas dengan kuasanya sendiri.Sedikit demi sedikit pengikutnya akan berkurangan.Kekuatan sesuatu parti bukan pada seorang pemimpin tetapi pada beberapa orang pemimpin.Bila mereka bersatu barulah kekuatan mutlak akan terbangun.

Dalam fenomena ini hamba dapat melihat bahawa Parti keadilan tertumpu kepada kekuatan individiu bukan kekuatan pasukan maka kehancuran akan mendatang.Ini fenomena yang berlaku dalam Parti Semangat 46 dulu.Kekuatannya tertumpu pada Tengku R tapi langkah bijak Tengku telah kembali kepada UMNO menyebabkan dia masih lagi dapat bertahan dalam politik tapi kekuatan taringnya hanya dipadang sendiri.

Azmin pun begitu juga kekuatan politik dia hanya tertumpu pada diri dan Anwar sahaja orang bawahan hanya penyokong.Penyokong keadilan kita dah tahu tahap kesetiaannya kalau gempak sikit mesti lemah semangat.Maka tinggallah Azmin seorang diri .selamat berjuang.

Thursday 11 November 2010

Zaid Yang kecundang

Dah lama hamba tak mencoret di paparan ini.Tapi entah mengapa membuak rasa didada untuk menulis mengenai anak Berahim ni.Dato Zaid Ibrahim orang ketiga selepas Anwar dan Khalid Ibrahim.Konon cerita dulu tidur sebantallah dan mimpi yang sama untuk keadilan dia dengan si Anwar ni tapi meletup pulak ketika ini dia suruh boss letak jawatan.Apalah si Zaid ni.Dulu dia yang terhegeh-hegeh keluar UMNO dan Masuk PKR tiba-tiba suruh orang kuat PKR keluar.Politik bodoh betullah kamu Zaid.Hamba yang tak tahu berpolitik sangat ni pun nampak kebodohan itu.

Dulu hamba ada ulas mengenai Zaid ni.Kes merajuklah.Orang Melayu jenis ni memang tak boleh pakai.Tak tetap pendirian.Aku cadangkan si Zaid ni pencen le berpolitik jual aje saham yang ada dan harta benda yang ada tu buat sedekah lagi baik kalau nak tunjuk bagus.

Haaa,baru lega sikit dada hamba dapat meluahkan perasaan ni.Wahai pembaca yang budiman sampaikanlah kepada rakan-rakan kalau jumpa si Zaid ni bacalah blog hamba ni moga sedarlah dia bahawa dia tu betul-betul bodoh.Konon nak tunjuk baik.Dalam UMNO pun gitu dalam PKR pun gitu.kalau dah tahu PKR tu adalah golongan yang kecewa dengan UMNO atau melayu tak tetap pendirian ngapa dekatkan diri.Pegi buat ibadat lainlah.Bukan dalam politik saja boleh buat baik.Kalau tak tahu juga cara nak buat baik jumpalah hamba...biorle hamba ajo sikit.
Selamat menamatkan kerjaya politik tuan Zaid.Kalau tubuh parti baru langsungle tak ada pengikut.Boleh mati katak le deme.kah-kah.Jual le rete yang ada.../sekian buat masa ni kita sambung dilain masa.