Halaman

Monday 23 March 2009

Klentong Si Pemutar PKR

Inilah satu lagi cerita kelakar yang di bawa oleh agen politik PKR.Kalau diulas oleh kawan-kawan serindik yang pro PKR alasan si pemutar ini mereka kata munasabah iaitu nak sambung belajar program Pasca Ijazah.Tapi bagi serindik taklah sebodoh itu nak cepat percaya bahawa si klentong ini nak sambung belajar sampai nak letak jawatan.Luuu fikirlah sendiri.
Kalau tak ada batu jatuh ke air tenang manakan berkocak air tersebut.Kalau tak ada yang tak sependapat manakan senang nak letak jawatan.Serindik dah ulas pun sikap melayu, kalau merajuk nak letak jawatan sebagai alasan untuk menarik simpati.Porahlah pegi jauh-jauhlah wahai melayu yang suka merajuk.Kuatkan semangat kalau benar-benar hendak membela bangsa ,tanah air dan agama.Kalau cepat merajuk jangan mengaku melayu.
Pada firasat serindik kes ni kes tak sependapat dengan boss.Itu saja sebabnya.Kalau Si DAP tu dapat kuasa jangan haraplah nak terima pendapat ahli politik segera seperti kau tu.Baru setahun jagung dah nak tunjuk teror manalah orang nak hormat.Bukannya hebat sangat PKR yang kau sanjung tu.Kalau Sultan pun Si DAP boleh pertikaikan inikan pula PKR atau hang yang tak punya wibawa.Inikan pula hendak bersama.Mana ada sejarah Cina mahu berkongsi kuasa kalau mereka berada di atas.
Cadangan serindik kalau YB Fairus mahu sambung belajar,belajarlah tentang sejarah politik bangsa China moga petunjuk dan pengetahuan tentang rakan kongsi kamu itu terserlah.Tapi ingat jangan menipu kaum kamu yang darahnya mengalir seperti darah YB itu. salammmm.

Cerita Politik PKR


Inilah cerita timbalan Lim Eng Guan.Mohammad Fairus Khairuddin kalau tak silap.Dah dapat kuasa dan duduk menjadi timbalan ketua menteri P.Pinang alih-alih nak letak jawatan.Apakah cerita sebenarnya yang berlaku kepada YB.Jangan nak tipu pengundi atau penyokong PKR bahawa nak tumpukan Program Pasca Ijazah kononnya.Nak klentong budak darjah 6 bolehlah tapi kalau nak klentong bapak budak yang berumur 21 tahun ke atas dan dah layak mengundi usah le.Alasan hang tu tak kuatlah.Carilah alasan lain bagi orang lebih percaya barulah jadi retorik politik PKR yang kau sanjungkan tu.