Halaman

Saturday 28 February 2009

Allahhu akhbar,allahhuakhbar


Maha suci Allah.Itulah zikir serindik terhadap isu sekarang ini.Dimana pejuang agama Islam agama rasmi dalam negara kita.Isu ini adalah isu yang paling tinggi rangkingnya daripada isu-isu lain.Kalau kita umat Melayu yang beragama islam tidak menghiraukan isu ini maka anak cucu kita akan lebih ramai lagilah yang akan menukarkan agama mereka kepada agama kristian.
Nama Allah akan di tulis dalam cetakan untuk penganut kristian itulah isunya.Bagi serindik inilah cara para kristian itu hendak mempengaruhi umat Melayu Islam di Malaysia ini.Inilah perancangan strategik yang mereka plankan sejak lama dahulu.Wahai pemimpin dan orang yang berkuasa di bidang ini mengapakah persoalan ini boleh berlaku.Tidakkah kamu tahu bahawa perancangan yang direka khas ini akan memusnahkan Agama Kamu yang kita jaga ini.
Dalam keadaan sekarang inipun ramai anak-anak melayu islam yang terpesong akidahnya inikan bila ada satu lagi elemen yang berlaku ini seolah-olah ada perancangan jahat yang sedang di atur.
Teringat serindik pada zaman lepas sekolah dahulu.Serindik ni agak suka menyimpan buku-buku dan adalah satu buku yang bersaiz kecil sebesar kamus yang sering dibawa oleh murid sekolah darjah 3 dan 4.Entah darimana buku itu serindik dapat tidak pasti.Yang pasti bukan serindik yang beli atau dapat Free.Persoalannya daerah serindik yang jauh di pedalaman dapat sebuah buku yang cantik dan dicetak dalam bahasa Melayu.Bahasanya baik dan tersusun rapi mirip kepada buku agama islam.Tetapi bila di baca nyatalah buku tersebut buku cetakan untuk penganut agama kristian.
Subhanallah,syukur serindik dapat membezakan yang hak dan yang batil.Maka serindik ambil keputusan membakar buku tersebut.Ini adalah pengalaman serindik yang benar dan seolah-olah isu PENCETAKAN NAMA ALLAH ini sudah terancang rapi .Cuma kita saja tak tahu atau buat-buat tak tahu.
Sekarang...., wahai umat Melayu Islam UMNO,PAS,KEADILAN,PARA PEGUAM ,PARA HAKIM YANG BIJAKSANA (orang-orang yang bertanggungjawab dalam persoalan ini)atau sesiapa saja yang mendengar berita ini apakah perasaan kamu.Kalau dengar isu cereka politik bolehlah kita tersenyum lagi kerana itu semua untuk kepentingan peribadi yang berpaksikan kuasa tetapi apakah kuasa ini tidah dapat menghalang perancangan jahat pengembang agama islam di rantau nusantara khususnya DI NEGARA MALAYSIA.Allahhuakhbar..................

Friday 27 February 2009

Kuasa Dan Mereka



Ahli Parlimen Puchong












Adun Bukit Selambar




Pengerusi DAP Kebangsaan










Speaker Kerajaan Perak





Bila tak diberi kuasa merekalah orang yang mengatakan begitu begini ,belit sana belit sini tetapi dah dapat kuasa pun masih melakukan perkara yang sama belit itu belit ini.Sekarang memang sesuailah perbidalan mengatakan bila jumpa ular berbisa dengan orang ini,libaslah orang ini dulu sebelum melibas ular yang berbisa. Kerana orang ini bisanya boleh mendatangkan kemusnahan kepada negara.
Tengok sendirilah apadah jadi isu yang dibawa oleh empat orang politik ini.Bukannya nak jaga kepentingan rakyat dibawah naungannya tetapi asyik nak buat kecoh di Parlimen dan dimana saja ada isu.Kepentingan politik peribadi menjadi agenda.
Libas,libas,libaslah orang ini demi kepentingan keamanan negara.


Tuesday 17 February 2009

Moral atau akhlak

Ahaaaaaaa. Ada satu lagi isu yang menarik dapat diulas oleh serindik kali ini.Isu yang tengah hangat dan dah sejuk untuk diperkatakan.Ramai orang politik ketawa dengar cerita ini dan tak kurang juga yang meluat.Seolah-olah isu ini dicipta-cipta .Cipta tak cipta sebenarnya inilah asam garam orang politik. Yang tak ada diada-adakan,yang ada di sorok-sorokkan.

Hal yang demikian inilah yang menjadikan politik murahan berlanjutan untuk mengisi sketsa politik tanah air.

Untuk dikaitkan dengan tajuk cerita serindik ini ialah isu Moral Elizebert Wong wakil rakyat Bukit Lanjan dan isu Akhlak seorang ahli politik bernama Anwar Ibrahim.Orang BN boleh tersenyum bila dengar hal perletakan jawatan wakil rakyat ini.Orang Pakatan Rakyat gelabah mempertahankan isu ini.

Hai Anwar yang YB pertahankan sangat isu itu menyebabkan timbul satu isu pula.Ahaaaaa kalau isu bogel pun nak dipertahankan isu LIWAT macam mana.Hang pikirrrrrrrrrrlah.

Isu ini jika dikaitkan dengan hang memang sahlah hang suka hal-hal sedemikian.Hang pun boleh buat bogel ikut suka hati dan bolehlah liwat ikut suka hati.Haaaa apa nak jawap.Inilah sketsa politik yang tak ada di ada-adakan yang dah ada di sorok-sorokkan dan di nafikan.

Wahai Elizebert letaklah jawatan semoga semua orang puas hati.Individu yang sebarkan gambar tu ada sebabnya.Salah atu sebanya untuk YB letakkan jawatan dan bolehlah SPR buat pilihanraya baru dan ujilah kekuatan parti ,siapa yang kuat.


Begitulah cerita dan ulasan serindik kali ini.

Sunday 8 February 2009

Kisah Berebut Kuasa (Menang sorak negeri tergadai)

















Almaklumlah dinegeri hamba yang porak puranda dengan adanya 2 menteri besar.Kedua-duanya Melayu campuran.Seorang dari keturunan cina dan seorang lagi keturunan India.Bila mereka berbahasa Melayu,beragama islam dan mengamalkan budaya Melayu ,melayulah mereka.Itu adalah peruntukan undang-undang.tambahan pula keturunan mereka ada salah seorangnya sama ada dari sebelah datuk atau sebelah ibu ayah mereka ada Melayu.Itu namanya Melayu kacukan.Itu ikut sejarah bangsa Melayu di Malaysia. Hamba melihat ini kerana hamba merenung pada rupa bentuk muka kedua-dua Menteri besar yang berebut kuasa itu.

Almaklum cerita mereka ini seorang dah di lantik dan disuruh berhenti jadi menteri besar dan yang sorang lagi baru dilantik.Kalau ikut perkiraan mudah hamba,yang dilantik jika di suruh berhenti kenalah berhenti.Kalau tak mahu itu namanya gila kuasa,Sebab yang melantiknya adalah ketua negeri.Itu perkiraan mudah.Tapi yang tak mau berhenti apa pasal hamba pun tak reti .Ikut undang-undanglah,itulah,inilah itu semua tak pakai bagi hamba,undang-undang itu boleh dipinda-pinda, dan mereka jugalah memindanya.Contoh hal tanah yang dipajak 30-60 tahun boleh dipinda kepada 99 tahun.Apa lah bezanya kalau sultan suruh berhenti kemudian ganti orang lain. Lebih kurang samalah.


Kalau dia kata dia dilantik oleh rakyat .ahaa itu retorik politik saja.Cakap dengan orang kampung boleh tapi kalau cakap dengan orang politik kenyatan itu salah.Rakyat lantik jadi wakil mereka menjadi ADUN bukan rakyat lantik jadi menteri besar.Menteri besar dilantik oleh sultan perak.Itu pun tak boleh fikir Ke. Apalah si gila kuasa.Hamba bukanlah nak menyokong mana-mana pihak kalau dah kerusi sama banyak sultan berhak lantik siapa yang sultan mahu jangan buat kecohlah di negeri hamba tu.

Hamba terbang ke negeri lain nak cari rezeki dahlah tempat hamba tak banyak peluang hamba pun larilah.Tapi kalau macam ini politik Melayu di negeri hamba sampai bilapun negeri tak maju.Orang lain sibuk mengaut keuntungan di Negeri Melayu ,penjaga negeri sebuk berbalah hendakkan kuasa.

Kalau di ulas angka kerusi politik pakatan rakyat di perak orang PAS tak boleh dilantik menjadi Menteri besar pada mulanya kerana DAP lagi mendominasi kerusi.Hamba setuju kalau orang DAP jadi MB tapi sultan tak mahu maka di lantiklah si Orang PAS.Oklah sebab peruntukan dah kata untuk orang melayu.Jadi kalau sultan lantik orang Melayu dari orang UMNO jadi salah pulak.Itu gila kuasa namanya.Kalau nak diikutkan orang DAP lagi marahkan pada sultan tapi mereka takut nak bersuara maka mereka gunakan kebodohan orang Melayu.

Bab demontrasi ni ada baik buruknya.Baik bagi orang melayu.Biar mereka berlatih menjadi demontrasi jalanan,sebab pada masa akan datang mungkin penjajah baru datang menjajah negeri hamba tu.Haa masa tu demontrasi jalanan jadi halal,baru lah sedar si Melayu bahawa mereka dah tak ada KUASA....Wahai Melayu fikir-fikirkanlah.Ada mata lihat,ada telinga dengar,ada mulut berkatalah dan ada otak fikir-fikirlah sendiri.